Judas Iscariot
Judas Iscariot atau Yudas Iscariot (bahasa Ibrani: יהודה איש־קריות, Yəhûḏāh ʾΚ-qəriyyôṯ) (meninggal sekitar tahun 29–33 Masihi) anak Simon Iscariot[1] merupakan salah seorang dari 12 Hawari mengikut Perjanjian Baru. Dia bertugas sebagai bendahara.[2]
Di kalangan orang Kristian, nama Yudas Iscariot sudah tidak asing lagi. Dia dianggap sebagai pengkhianat kerana telah menyerahkan Jesus Christ kepada imam-imam kepala Yahudi dengan harga royalti sebanyak 30 keping perak.[3] Kitab Bible juga mencatatkan bahawa Yudas mati dengan kondisi perut terbelah dan semua isi perutnya keluar.[4] Tempatnya telah digantikan oleh Matias setelah kesebelas murid membuang undi untuk menentukan siapa orang ke-12 yang akan menggantikannya.[5]
Kisah kitab Bible
suntingJudas disebut dalam Gospel sinoptik, Gospel John dan pada permulaan Acts of the Apostles.
Mark menyatakan bahawa ketua-ketua paderi mencari jalan sembunyi untuk menangkap Jesus. Mereka memilih untuk tidak berbuat apa-apa semasa majlis santapan kerana mereka khuatir orang ramai akan merusuh; sebaliknya mereka memilih malam sebelum majlis bagi menangkapnya. Dalam Gospel Luke, Syaitan merasuk Judas pada waktu ini.[6]
Mengikut pengisahan Gospel John, Judas membawa kantung wang para hawari.[7]. Judas mengkhianati Jesus dengan suapan sebanyak "tiga puluh keping perak",[8] dengan memperkenaalkannya dengan kucupan — "Kucupan Judas" — kepada tentera Ketua Paderi, Caiaphas, yang kemudiannya menyerahkan Jesus kepada tentera Pontius Pilate.
Kematian
suntingTerdapat beberapa pemerian tentang kematian Judas, dan dua daripadanya dimuatkan dalam kanun kitab Bible moden:
- Matthew 27:3–10 berkata bahawa Judas memulangkan wang kepada para paderi dan menggantung dirinya. Para paderi kemudiannya menggunakan wang bagi membeli tanah perkuburan (Potter's field). Gospel menggmbarkan ini sebagai pelunasan satu ramalan.[9]
- Bab Acts of the Apostles menyatakan bahawa Judas menggunakan wang untuk membeli sebidang tanah, akan tetapi terjatuh kepala dahulu, dan "terbelah ketika itu dan ususnya terkeluar". Padang ini digelar Akeldama atau "Lapangan Berdarah".[10]
- Gospel Judas yang bukan kanun menyatakan bahawa Judas mendapat impian bahawa para hawari merejam dan menindasnya.[11]
- Satu lagi kisah yang disimpan Papias, seorang ketua awal Kristian, menyatakan: "Judas berjalan di dunia ini sebagai contoh sedih orang yang tidak warak; tubuhnya mengembang sehinggakan dia tidak melepasi tempat yang dapat dilepasi sebuah rata dengan mudah, dia dirempuh rata, jadi ususnya terkeluar."[12]
Pengisahan bercanggah
suntingKehadiran kisah kematian Judas yang bercanggah menimbulkan kesulitan kepada para sarjana yang melihat percanggahan itu sebagai satu ancaman kepada kesahihan Kitab Bible.[13]Masalah inilah yang menyebabkan penolakan bahawa "setiap pernyataan dalam Bible pasti kebenaran sejarah", misalnya oleh CS Lewis.[14] Terdapat beberapa percubaan penyeragaman Gospel dibuat, seperti usaha Augustine bahawa Judas menggantung diri, dan tali gantung putus, dan kejatuhan menyebabkan tubuhnya merekah,[15][16] ataupun bahawa pengisahan Acts dan Mathew sebenarnya merujuk kepada dua transaksi berlainan.[17]
Beberapa sarjana moden menolak pendekatan sedemikian[18][19][20] dengan menyatakan bahawa ramalan Matthew ialah sebuah pernyataan midrash yang membenarkan pengarangnya menyampaikan sesuatu kejadian sebagai pelunasan sesuatu ramalan Perjanjian Lama. Mereka berhujah bahawa pengarang menambah perincian imaginatif seperti 30 keping perak, dan penggantungan diri, yang tersandar kepada pengisahan kematian Judas yang lebih awal.[21]
Rujukan Matthew kepada kematian Judas sebagai pelunasan ramalan yang "diungkapkan melalui Jeremiah, seorang nabi" menimbulkan kontroversi, kerana ia memparafrasakan sebuah cerita daripada Book of Zechariah (Kitab Zechariah) [22] yang merujuk kepada pemulangan 30 keping perak.[23] Beberapa penulis, seperti Jerome dan John Calvin menyimpulkan bahawa ini sebuah kesilapan ketara.[24] Beberapa penulis moden menyarankan bahawa penulis Gospel mungkin memikirkan kutipan daripada Jeremiah,[25] seperti bab Jeremiah 18:1–4 dan Jeremiah 19:1–13 yang merujuk kepada balang tukang tembikar dan tempat pengebumian, dan bab Jeremiah 32:6–15 yang merujuk kepada satu tanah perkuburan dan balang tanah liat.[26]
Randel Helms menulis, "Hakikat yang Matthew 27v9 memikirkan bahawa kutipan yang ditulisnya datang daripada Jeremiah menunjukkan bahawa dia telah menyimpang daripada amalan biasanya—terutamanya apabila mengguna Mark—memeriksa ketepatan sumber rujukan Perjanjian Lamanya. Sumber Matthew mengadunkan pembelian sebidang tanah dan peletakan surat ikatan ke dalam balang Jeremiah dengan pembuangan 30 keping perak di dalam kuil dan pembelian Potter's Field Zechariah. Cerita tindakan Judas selepas pengkhianatan merupakan satu yang contoh yang mendedahkan penggunaan rekaan dan imaginasi terhadap Perjanjian Lama sebagai sebuah buku tentang Jesus."[27]
Bukti tambahan bahawa cerita Judas tidak terdapat dalam dokumen awal Kristian disimpulkan daripada dasar Matthew 19:28 dan Luke 22:28–30. Di sini, Jesus memaklumkan hawari bahawa mereka akan "duduk di atas 12 takhta dan menghakimi 12 puak Israel." Tiada pengecualian dibuat bagi Judas walaupun Jesus maklum akan pengkhianatan yang akan dilakun Judas. Jawapan mungkin terletak dalam hakikat bahawa sumber ayat-ayat ini berkemungkinan Dokumen Q hipotesis (QS 62). Difikirkan Q mendahului Gospel dan merupakan satu daripada dokumen Kristian terawal. Memandang kebarangkalian ini, cerita pengkhianatan Judas ini mungkin direka oleh penulis (Gospel) Mark.[28][29][30]
Gospel Barnabas
suntingMengikut salinan-salinan terawal (salinan terawal daripada abad ke-15) Gospel of Barnabas, Judas lah yang disalib dan bukan Jesus. Karya ini menyatakan bahawa raut mukanya bertukar menjadi serupa wajah Jesus, apabila yang pertama (Judas) itu mengkhianati yang kedua (Jesus) dan membawa tentera Rom menangkap Jesus yang pada ketika itu sudah naik ke langit. Pertukaran wajah ini sungguh sama sehinggakan pada mulanya Maryam, ibu Jesus, terfikir bahawa yang ditangkap dan disalib itu Jesus sendiri. Gospel kemudiannya menyayatakan bahawa jasad Judas dicuri dari kuburnya selepas tiga hari dan selepas itu timbullah berita angin bahawa Jesus dihidupkan kembali. Apabila Jesus diberitahu di langit ketiga tentang apa yang telah berlaku, beliau berdoa kepada Tuhan agar dihantar pulang ke dunia, dan turun ke dunia serta mengumpulkan ibu, hawari dan pengikutnya, dan memberitahu mereka kebenaran tentang apa yang telah terjadi. Jesus kemudian naik ke langit, dan akan pulang pada akhir zaman sebagai seorang raja yang adil.
Mengikut tradisi Islam
suntingMenurut tradisi Islam, Nabi Isa a.s. (Jesus Christ) tidak dibunuh atau disalib. Al-Quran menjelaskan dalam Surah An Nisaa':157 bahawa Isa tidak dibunuh dan tidak disalib oleh orang-orang kafir. Adapun yang terlintas mereka ialah seorang yang rupa dan rupanya diumpamakan oleh Allah seperti Nabi Isa, iaitu Judas Iscariot.
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. (Surah An Nisaa', Ayat 157)
Rujukan
sunting- ^ Kitab Bible, Yohanes 6:71
- ^ Kitab Bible, Yohanes 12:6, 13:29
- ^ Kitab Bible, Matius 26:14-15
- ^ Kitab Bible, Kisah Para Rasul 1:18
- ^ Kitab Bible, Kisah Para Rasul 1:26
- ^ Kitab Bible, Luke 22:3
- ^ Kitab Bible, John 12:6:131
- ^ Kitab Bible, Matthew 26:14:131
- ^ Kitab Bible, Matthew 27:9—10
- ^ Acts 1:18.
- ^ Gospel of Judas 44–45 Diarkibkan 2011-09-11 di Wayback Machine.
- ^ (Papias Fragment 3, 1742–1744).
- ^ Zwiep, Arie W. Judas and the choice of Matthias: a study on context and concern of Acts 1:15–26. p. 109
- ^ letter to Clyde S. Kilby, 7 May 1959, quoted in Michael J. Christensen, C. S. Lewis on Scripture, Abingdon, 1979, Appendix A.
- ^ Zwiep, Arie W. Judas and the choice of Matthias: a study on context and concern of Acts 1:15–26. p. 109
- ^ "Easton's Bible Dictionary: Judas". christnotes.org. Dicapai pada 2007-06-26.
- ^ [http://www.levendwater.org/companion/append161.
html "The purchase of "the potter's field", Appendix 161 of the Companion Bible"] Check
|url=
value (bantuan). Dicapai pada 2008-02-15. line feed character in|url=
at position 48 (bantuan) - ^ Raymond E. Brown, An Introduction to the New Testament, p. 114.
- ^ Charles Talbert, Reading Acts: A Literary and Theological Commentary, Smyth & Helwys (2005) p. 15.
- ^ Frederick Dale Bruner, Matthew: A Commentary, Eerdmans (2004), p. 703.
- ^ Reed, David A. (2005). ""Saving Judas"—A social Scientific Approach to Judas's Suicide in Matthew 27:3–10" (PDF). Biblical Theology Bulletin. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-29. Dicapai pada 2007-06-26.
- ^ Kitab Bible, Zechariah11:12–13
- ^ Vincent P. Branick, Understanding the New Testament and Its Message, (Paulist Press, 1998), pp. 126–128.
- ^ Frederick Dale Bruner, Matthew: A Commentary (Eerdmans, 2004), p. 710; Jerome, Epistolae 57.7: "This passage is not found in Jeremiah but in Zechariah, in quite different words and a different order" [1]; John Calvin, Commentary on a Harmony of the Evangelists, Matthew, Mark and Luke, 3:177: "The passage itself plainly shows that the name of Jeremiah has been put down by mistake, instead of Zechariah, for in Jeremiah we find nothing of this sort, nor any thing that even approaches to it." [2].
- ^ Donald Senior, The Passion of Jesus in the Gospel of Matthew (Liturgical Press, 1985), pp. 107–108; Anthony Cane, The Place of Judas Iscariot in Christology (Ashgate Publishing, 2005), p. 50.
- ^ See also Maarten JJ Menken, 'The Old Testament Quotation in Matthew 27,9–10', Biblica 83 (2002): 9–10.
- ^ p116 of chapter vi, ' The Passion Narrative ' from " Gospel fictions " by Randel Helms, published 1988 by Prometheus Books
- ^ Cable L W Judas Iscariot, Betrayer or Enabler, Fact or Fiction? Diarkibkan 2007-10-10 di Wayback Machine in Sceptics Corner Diarkibkan 2009-12-12 di Wayback Machine essay collection
- ^ Q 22:28,30 By Paul Hoffmann, Stefan H. Brandenburger, Christoph Heil, Ulrike Brauner, International Q Project, Thomas.
- ^ Jesus, apocalyptic prophet of the new millennium By Bart D. Ehrman.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Judas Iscariot |
- The Prophecy of Judas in Psalm 41 Video Diarkibkan 2009-09-18 di Wayback Machine
- Judas Iscariot: Catholic Encyclopedia article published 1910
- Jewish Encyclopedia: Judas Iscariot
- "Death and Retribution: Medieval Visions of the End of Judas the Traitor" – 1997 lecture by Dr Otfried Lieberknecht
- Gospel Truth