[go: up one dir, main page]

Opah (drama)

Siri televisyen

Opah bermula dari siri Drama Minggu Ini pada tahun 1983 sehingga tahun 2000. Pada tahun-tahun berikutnya Opah menjadi siri yang popular dan salah satu rancangan tunggak RTM. Watak utama dipegang oleh Zaiton Hussain sebagai Opah Kalsom, Khatijah Abu Hassan (Jenab), Zami Ismail (Dollah), Radzali Buyung (Osman), Normala Omar (Timah) isteri Osman, Mohamad Abdullah (Alang Yasin) dan Mustaffa Noor (Amar). Watak cucu-cucu Opah pula dilakonkan oleh Aziz M. Osman (Burn), Nornashriq Nornikman (Bob) dan Asdayanti Daut (Lina).

Opah
Dibintangi oleh
Zaiton Hussain
Khatijah Abu Hassan
Aziz M. Osman
Zami Ismail
Penerbitan
PenerbitHusner Ahmad
PenyuntingRamlah Jalee
Penyiaran
Saluran asalTV1
Siaran asal1983 – 2000

Siri 'Opah' ini yang disiarkan selama 15 tahun mengutarakan falsafah kekeluargaan berteraskan budaya Melayu berlandaskan ajaran Islam. Opah ditonjolkan sebagai seorang ibu tunggal yang kematian suami berjaya membesarkan empat orang anaknya. Siri keluarga ini turut diwarnai oleh ragam cucu-cucunya.

Nilai-nilai murni dalam keluarga Melayu yang dipaparkan melalui drama 'Opah' membawa banyak pengajaran kepada para penonton.[1]

Pelakon

sunting
  • Opah - ibu kepada empat orang anak
  • Osman - anak lelaki
  • Jenab - anak perempuan
  • Yasin - anak lelaki
  • Amar - anak lelaki

Pengarah

sunting
  • Mat Yusoff Ismail

Rujukan

sunting
  1. https://bebasnews.my/2019/10/24/selalunya-dalam-drama-melayu-hari-ini/
  2. https://www.utusan.com.my/nasional/2019/07/opah-cetus-fenomena-drama-kekeluargaan/
  1. ^ Mohd. Saiful Sahak (20 Julai 2019). "Opah cetus fenomena drama kekeluargaan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 Julai 2022.