Khatijah Abu Hassan
Khatijah Abu Hassan merupakan seorang pelakon dan penerbit filem di Malaysia.[1]
Khatijah Abu Hassan | |
---|---|
Kelahiran | Khadijah binti Abu Hassan 1948 (umur 75–76) Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1982–1990 |
Pasangan | Aziz Singah (k. 1967; c. 1990) |
Anak-anak | Muhamad Rizal Bob Singah Muhamad Ruzaley |
Beliau adalah antara pemegang watak utama dalam drama bersiri Opah yang diterbitkan pada 1982 oleh Radio Televisyen Malaysia. Beliau melakonkan watak Jenab, kakak kepada Osman lakonan Razali Buyong dalam drama itu.
Khatijah yang berasal dari Singapura mempunyai sebuah syarikat iaitu Mega Wajasinar Sdn. Bhd dan menjadi produser kepada filem Bilut yang menampilkan pelakon terkenal Filipina, Jericho Rosales. Kerjaya sebagai penerbit sebenarnya sudah dimulakan oleh Khatijah sejak 1990.
Pada 1990 Khatijah bergerak di atas nama syarikat Channel Nine Sdn. Bhd. Semuanya bermula sejak beliau bercerai dengan bekas suaminya, pelakon Aziz Singah pada 25 Julai 1990. Perkahwinannya dengan Aziz pada 28 Oktober 1967 itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhamad Rizal, Bob Singah dan Muhamad Ruzaley. Semasa di Singapura, beliau sudah aktif berlakon dengan kumpulan Teater Sembawang. Sebagai ahli teater, dia berkemampuan menari dan menyanyi.
Pada 1971, beliau mula bekerja di RTM hingga 1985 sebagai pengalih suara. Bermula dari RTM juga dia berjinak dengan drama televisyen. Antara drama yang pernah dilakonkannya ialah Atap Genting Atap Rumbia dan Kau Yang Amat Ku Sayang yang melayakkannya dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa.
Rujukan
sunting- ^ "Pelakon Opah kini penerbit filem". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-20. Dicapai pada 2018-05-19.
Pautan luar
sunting- Khatijah Abu Hassan di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Sumber - Utusan Malaysia, 16 Mac 2006
- Khatijah Abu Hassan di Facebook