[go: up one dir, main page]


Masakan China atau Masakan Cina (Jawi: ماسقن چينا; Cina: 中國菜) berasal dari pelbagai tempat di China dan telah meluas di merata tempat di dunia — dari Asia Timur hingga Amerika Utara, Australia dan Eropah Barat.

Perbezaan kebudayaan antara setempat amat ketara di China, berbeza juga jenis gaya makanannya. Terdapat lapan masakan setempat yang utama, iaitu: Anhui, Kantonis, Hokkien, Hunan, Jiangsu, Shandong, Szechuan, dan Zhejiang. Terdapat juga masakan mengikut agama termasuk Buddha dan Muslim.

Masakan

sunting

Satu hidangan dalam budaya Cina biasanya terdiri daripada dua atau lebih komponen utama:

  1. satu sumber karbohidrat atau kanji, yang dikenali sebagai zhǔshí ("主食" "makanan utama", makanan ruji) — biasanya nasi, mi, atau mantou (pau kukus); dan
  2. penyertaan hidangan sayur-sayuran, daging, ikan, atau benda-benda lain, dipanggil cài (, "sayur").

Mi merupakan bahagian yang penting dalam kebanyakan masakan Cina. Namun, di kebanyakan tempat di China, terutamanya bahagian utara, produk berasaskan gandum termasuk mi dan pau kukus (seperti mantou) lebih banyak, berbanding bahagian selatan yang dikuasai nasi. Meskipun nasi itu amat penting dalam masakan Cina, kadang-kala nasi langsung tidak dihidangkan; apabila begini, nasi hanya akan diberi apabila masakan lain sudah tiada, atau sebagai hidangan sampingan berbentuk nasi goreng pada akhir waktu makan. Sup biasanya disajikan pada awal dan akhir waktu makan di China Selatan.

Alat makan

sunting

Penyepit merupakan alat makan utama bagi makanan pejal, manakala sup dan cecair lain dinikmati dengan camca yang lebar dan rata di bawahnya (secara tradisinya buatan seramik). Adalah dilaporkan bahawa penyepit kayu makin pudar dominasinya akibat pembalakan yang berkurangan di China dan Asia Timur [perlu rujukan]; kebanyakan kedai makan Cina hendak beralih ke alat makan yang lebih mesra alam, seperti penyepit plastik atau buluh [perlu rujukan]. Bahan lebih mahal yang digunakan pada zaman silam termasuk gading dan perak. Sebaliknya, penyepit pakai buang buatan kayu/buluh kian menggantikan penyepit guna semula di restoran.

Penyampaian

sunting
 
Sebuah lukisan Cina Dinasti Song pada sebuah majlis jamuan di luar, lukisan ini adalam buatan semula pada sebuah aslinya Dinasti Tang.

Dalam kebanyakan hidangan Cina, makanan disediakan dalam kepingan kecil (cth. sayur, daging, doufu), sedia untuk diambil terus lalu dimakan. Secara tradisi, budaya Cina menganggap penggunaan pisau dan garpu di meja makan sebagai gasar kerana alat-alat tersebut berupa senjata. Adalah juga dianggap kurang sopan untuk mengehendaki tetamu memotong makanan sendiri. Ikan biasanya dimasak dan disaji seekor, untuk para pemakan menarik kepingan terus dari ikan dengan penyepit, tidak seperti dalam sesetngah masakan lain di mana ikan dipotong. Ini adalah kerana adalah diingini agar ikan disajikan sesegar yang boleh, dan penting sekali, seekor ikan yang tidak dipotong melambangkan keseluruhan benda kerana ikan itu mempunyai permulaan (kepala) dan pengakhiran (ekor) yang sempurna. Adalah satu kebiasaan dalam kebanyakan restoran di mana penghidang menggunakan sepasang camca untuk memotong daging ikan sebagai sajian di atas meja. Daging ayam juga banyak didapati dalam hidangan Cina. Walaupun ayam itu dipotong menjadi kepingan, serupa dengan menghidangkan ikan, setiap kepingan badan ayam termasuk hempedal dan kepala dihidangkan untuk melambangkan kesempurnaan.

Dalam masakan Cina, setiap orang diberi semangkuk nasi sendiri sementara hidangan yang lain disajikan dalam pinggan mangkuk di tengah meja yang dikongsi oleh semua orang di keliling meja. Dalam satu hidangan Cina, setiap orang memetik makanan dari pinggan kongsi secara kecil-kecilan dengan penyepit. Kebanyakan orang bukan Cina kurang selesa dengan membenarkan alatan sendiri seseorang (yang mungkin terkena ludah) menyentuh pinggan kongsi; atas sebab kebersihan ini, sudu atau penyepit tambahan ("公筷", har. penyepit awam) turut disediakan. Di kawasan yang kuat dipengaruhi Barat, seperti Hong Kong, setiap orang diberi sebatang sudu logam yang berat untuk tujuan ini. Makanan yang dipilih selalu dimakan bersama dengan nasi sama ada sekali makan atau berselang-seli.

Minuman

sunting

Dalam budaya Cina tradisional, minuman sejuk dipercayai mengganggu penghadaman makanan panas, maka barang-barang seperti air berais atau minuman ringan tidak dihidangkan ketika waktu makan. Selain sup, jika adapun minuman lain, maka minuman itu mungkin sekali teh atau air panas. Teh dipercayai membantu pencernaan makanan yang berminyak. Sungguhpun begini tradisinya, dewasa ini bir dan minuman ringan makin kerap disertakan dengan makanan. Satu kombo yang biasa dijumpai di kebanyakan kedai makan kecil di sesetengah tempat di China ialah periuk panas yang disajikan dengan bir sejuk, iaitu kombinasi yang dikenali sebagai lěng dàn bēi ("冷淡杯", har. cawan sejuk tawar, walaupun kuat rasanya), iaitu bertentangan dengan apa yang disarankan tradisi. Idea-idea dari herbologi Cina turut mempengaruhi kombinasi makanan yang digemari dalam hidangan tradisional Cina.

Lihat juga

sunting
Wikibooks 
Wikibooks

Pautan luar

sunting

Masakan China di Curlie