[go: up one dir, main page]

Latif Ibrahim

Penyanyi dan pelakon Malaysia (1951-2012)

Abdul Latif bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim (23 Februari 1951 – 20 Februari 2012) merupakan penyanyi era 1970-an dan pelakon dari Malaysia.

Latif Ibrahim
Kelahiran
Abdul Latif bin Ibrahim

(1951-02-23)23 Februari 1951
Meninggal dunia20 Februari 2012(2012-02-20) (umur 60)
Sebab kematianAkibat kencing manis dan paru-paru berair
DikebumikanTanah Perkuburan Islam AU4
Nama lainLatif Ibrahim
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1973–2012
PasanganMasriah Mahadan
Anak-anak2
IbuSiti Mariam Syed Abdul Rahman
BapaIbrahim Abu Hassan
SaudaraDatuk Khatijah Ibrahim (adik)
Sophia Ibrahim (kakak)
KeluargaAman Belon (Datuk)
Hussein Abu Hassan (Bapa saudara)
Mahyon Ismail (Ibu saudara)
Dilla Hussein (Sepupu)
Faizal Hussein (Sepupu)
Fairuz Hussein (Sepupu)

Kerjaya

sunting

Beliau berlakon lebih 15 buah drama dan filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu. Filem terakhirnya ialah 4 Madu arahan Abdul Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010. Tahun 2011, beliau berlakon teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Pada tahun 1988 beliau berlakon dalam filem Bisikan Arwah.

Lagu popularnya ialah Nora, Pilihklah Aku, Mengenang Dikau Kembali dan lagu joget Manis Kata Di Bibir Saja. Beliau seangkatan dengan Uji Rashid, Datuk Hail Amir, Datuk DJ Dave, Dahlan Zainuddin, Datuk Sharifah Aini dan lain-lain.

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau berasal dari Melaka. Datuk saudaranya pelakon bangsawan dan pelawak terkenal 1950-an Aman Belon.

Bapa saudaranya adalah pelakon Hussein Abu Hassan.

Adiknya penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim manakala kakaknya seniwati Sophia Ibrahim. Isterinya bernama Masriah Mahadan dan mereka mempunyai dua anak iaitu Mohd Hazriq, 36 dan Haznally, 34.[1]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1973 Satu Penentuan Azman Filem pertama
1975 Anak Seluang Jauh Melaut Rusli
1976 Hapuslah Air Matamu Adi
1979 Dendang Perantau Iskandar
Sumber Ilhamku Nasir
1981 Bintang Pujaan Hassan
1982 Senja Merah Baharom
Esok Untuk Siapa Ikhsan
Ribut Di Hujung Senja Pelakon undangan
1988 Bisikan Arwah Iwan/Parta Filem Indonesia
1989 Ragam Pemandu Rahim
1991 Sejati Dr. Ariffin
Juara Zaki
1992 Sahabat Latif
Rimba Malam Murad
Konstabel Mamat Mail Musang
1994 Simfoni Duniaku
2000 Pasrah Datuk Osman
2005 Tak Ori Tapi Ok Dato’ Mahmud
2006 Salah Bapak
2009 Pulau Asmara Anuar
2010 4 Madu Pak P.J Filem terakhir, penampilan khas
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Laila Majnun Leman TV3
2009 Gerak Khas (Musim 11) TV2 Episod: "Terjerat"

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 25 Tahun 5 Minit TV3

Meninggal Dunia

sunting

Pada 20 Februari 2012, Latif Ibrahim (61 tahun) meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sisi isterinya, Masriah Mahadan (66 tahun). Beliau juga menghidap kencing manis dan paru-paru berair pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun 2000.Beliau sudah tiga kali dikejarkan ke IJN akibat serangan yang sama. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Korinari (CCU) IJN akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung.Jenazah dibawa ke rumahnya di AU3, Taman Keramat, Hulu Kelang. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4

Antara rakan artis yang hadir ialah seniman Datuk Aziz Satar, Hail Amir, Halil Chik dan Datuk Sharifah Aini.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Alfatihah Latif Ibrahim meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-25. Dicapai pada 2012-02-20.
  2. ^ Latif Ibrahim Beritahu Isteri 'Teringin Hendak Balik'

Pautan luar

sunting