Dendang Perantau (filem)
Filem Dendang Perantau merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1979. Filem Dendang Perantau diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Dendang Perantau | |
---|---|
Pengarah | Jamil Sulong |
Dihasilkan oleh | Dato Mustafa Ton |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | Varia Film Productions |
Tarikh tayangan | 1979 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Dendang Perantau mula ditayangkan pada 1979 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Latif Ibrahim, Uji Rashid, Hail Amir, Teh Faridah dan ramai lagi.
Pengarah
suntingFilem Dendang Perantau diarah oleh pengarah Dato' Haji Jamil Sulong pada 1979.
Ringkasan
suntingDes Iskandar yang berasal dari Indonesia sedang menuntut di sebuah universiti di Malaysia. Dia berkenalan dengan Faridah setelah menyelamatkannya dari mati lemas. Iskandar menceritakan kisah cinta lamanya dengan Emilia. Des dan Emilia belajar di kampus yang sama. Hubungan mereka tidak direstui oleh ayah Emilia kerana mementingkan kekayaan. Datuk Ariff iaitu ayah Emilia bercadang menjodohkan Emilia dengan Wan Farid- anak Wan Kamarul yang merupakan rakan kongsi perniagaannya. Emilia meminta diputuskan pertunangannya dengan Wan Farid kerana dia seorang kaki samseng dan memukul Des. Pada suatu hari ayah Des datang ke Malaysia untuk membuat perbincangan perniagaan dengan Datuk Ariff. Barulah Datuk Ariff tahu yang Des juga datang dari keluarga yang kaya dan dia mula menyukainya. Ayah Des (Pak Hasbullah) juga berkenan untuk bermenantukan Emilia. Namun sewaktu Des pulang ke Medan untuk bercuti semester, tanpa diduga Emilia telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.
Pelakon
sunting- Latif Ibrahim sebagai Des Iskandar
- Uji Rashid sebagai Emilia
- Hail Amir sebagai Wan Farid
- Teh Faridah sebagai Faridah
- Ade Nirmala sebagai Erni
- S. Roomai Noor sebagai Dato’ Arif
- Umi Kalthum sebagai Datin Adila
- Mahmud Jun sebagai Wan Kamarul
- Normadiah sebagai Siti
- Yusof Latiff sebagai Pak Hasbullah
- Wahid Satay sebagai Wahid
- R. Jaafar sebagai Dol
- Yusni Jaafar sebagai Yam
- Param
- Amran Kenit
- Lim Goh Poh
- Julie Dahlan
- Azlina Aziz sebagai Tetamu majlis hari jadi
Anugerah dan pencalonan
suntingFestival Filem Asia Pasifik ke 22 (Pusan):-
Filem Tragedi Terbaik- menang Rakaman Terbaik (Peter Lim/ Zulkifli Salleh)- menang
Festival Filem Malaysia Pertama (1980):-
Pelakon Wanita Terbaik (Uji Rashid)- calon unggulan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hail Amir)- calon unggulan