Jejak Karmila
Jejak Karmila ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Murali Abdullah, dibintangi oleh Ogy Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies dan Asyraf Aley.[1] Diadaptasi dari novel bertajuk sama hasil karya asal Rizalwan Ramli, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Zehra TV3 dari 11 Januari 2017 hingga 15 Februari 2017 menggantikan Surah Buat Maisarah.
Jejak Karmila | |
---|---|
Genre | |
Pencipta |
|
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Murali Abdullah |
Dibintangi oleh | Ahmad Harhash |
Lagu pembukaan | "Sekian Terima Kasih" oleh Azharina |
Lagu penutup | "Andai" oleh Kaer Azami |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit | Haji Fadzil Teh |
Tempoh siaran | 41 minit |
Syarikat penerbitan | Zeel Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 11 Januari 2017 – 15 Februari 2017 |
Kronologi | |
Mengikuti | Surah Buat Maisarah |
Diikuti oleh | Nahu Rindu |
Sinopsis
suntingMengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (Johan As'ari), anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi.
Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim yang benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya.
Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya (Adriana Fareesha) dan Nonie (Duerra Mitilda) yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa.
Konflik terjadi sehingga Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie. Hampir 20 tahun meringkuk dalam penjara, jiwa dan hatinya sudah lali dengan keadaan itu, tetapi masih bersemangat untuk menjejaki anaknya setelah sudah sekian lama terpisah.
20 tahun kemudian. Sementara itu, Suraya (Mia Ahmad) yang bekerja sebagai wartawan jenayah turut berusaha menjejaki ibunya, Karmila (Fauziah Ahmad Daud) tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara.
Terjadi juga konflik cinta tiga segi antara dua beradik, Suraya dan Nonie dengan Syed Haikal (Asyraf Aley).
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Ogy Ahmad Daud sebagai Karmila
- Mia Ahmad sebagai Suraya
- Ruhainies sebagai Nonie
- Asyraf Aley sebagai Syed Haikal
- Ahmad Harhash Sebagai Syed Omar
Pelakon pembantu
sunting- Amy Mastura sebagai Syarifah Aniza
- Azri Iskandar sebagai Syed Zaidi
- Ben Ali sebaagai Jojo
- Afiq Anuar sebagai Ikmal
- Fauziah Nawi sebagai Hamidah
- Amanda Misbun sebagai Kak Inah
- Wan Sharmila sebagai Karmila (remaja)
- Johan As'ari sebagai Karim
- Adriana Fareesha sebagai Suraya (kecil)
- Duerra Mitilda sebagai Nonie (kecil)
- Cik Manggis sebagai Syarifah Aniza (remaja)
- Nafiz Muaz sebagai Syed Zaidi (remaja)
- Rais Hazlin sebagai Amirul
- Tasha Muhammad sebagai Nurul
- Wawa Jasni sebagai Ernie
Rujukan
sunting- ^ "Drama Jejak Karmila (TV3)". My Infotaip. 10 Januari 2017. Dicapai pada 2 Mac 2017.
: Slot Zehra, Setiap Rabu- Jumaat , 9:00 Malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Jejak Karmila | Berikutnya |
Surah Buat Maisarah | Nahu Rindu |