[go: up one dir, main page]

Ruhainies

Pelakon wanita Malaysia

Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas (lahir 27 Julai 1992) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2][3] Beliau mula dikenali ramai menerusi peranannya sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain dalam drama bersiri Hello, Mr. Perfect! (2015). Beliau turut membintangi drama bersiri Menantu Ting Tong (2016), Cinta Lemon Madu (2018), Anugerah Cinta Aisyah (2019) dan Cukup Derita Itu (2021), yang ditayangkan sebanyak dua musim.

Ruhainies
Kelahiran
Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas

(1992-07-27) 27 Julai 1992 (umur 32)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • model
  • pengacara
  • ahli perniagaan
  • duta produk
Tahun aktif2014–kini
Ibu bapa
  • Zainul Ilyas Zainul Abidin (bapa)
  • Che Bunga Salleh (ibu)
Saudara
  • Rahimah Sadrina (kakak)
  • Risteena Munim (kakak)
  • Riesha Sharmin (adik)
  • Nul Aiman (adik)

Kehidupan awal

sunting

Ruhainies dilahirkan pada 27 Julai 1992 di Kepala Batas, Pulau Pinang dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin dan Che Bunga Salleh. Kakaknya, Risteena Munim juga seorang pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Playboy Itu Suami Aku, bersama Fattah Amin.[4] Sama seperti kakaknya, Ruhainies juga menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di mana beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pelancongan.[5]

Kerjaya

sunting

Televisyen dan filem

sunting

Meskipun masih baru menceburi dunia lakonan ketika itu, Ruhainies sudah mendapat kepercayaan daripada penerbit dan pengarah drama tempatan untuk menggalas watak utama dalam drama Hello, Mr. Perfect! di Slot Akasia TV3, beliau bergandingan bersama Fattah Amin. Drama ini diadaptasi daripada novel karya Waniey Zakaria dengan tajuk sama.

Sebelum membintangi Hello Mr. Perfect!, Ruhainies terlebih dahulu membintangi telefilem Sopeah Jin dan menggalas sebagai watak pembantu.[6] Seterusnya, beliau membintangi drama bersiri Si Montel sebanyak 13 episod yang bersiaran di Unifi TV.[7][8]

Pada tahun 2016, Ruhainies telah muncul dalam drama Menantu Ting Tong yang bersiaran di TV3. Ruhainies yang memegang watak utama dalam drama tersebut digandingkan dengan Azrel Ismail, juga sebagai watak utama.

Beliau juga membintangi drama Bagaikan Kelip-Kelip sebagai pelakon utama membawa watak Marlina dan turut sama menjayakan drama ini ialah Ben Amir, Aishah Azman serta barisan pelakon yang lain.

Pada tahun 2017, Ruhainies muncul dalam telefilem bertajuk Katakan Tidak Pada Cinta yang bersiaran di TV2 pada 7 Mac 2017. Ia juga dibintangi oleh Azrel Ismail, Syuk, Fatimah Az-Zahra dan pelakon lain.[9] Pada Jun 2017, beliau muncul dengan drama bertajuk Menantu Bilal yang mula bersiaran pada 2 Jun 2017 di TV3 menggantikkan drama Cucu Tauke Beras. Ia turut dibintangi oleh Amar Asyraf, Syazwan Zulkifli, Nazeera Sardi, Talha Harith dan banyak lagi.

Di tahun yang sama juga, beliau diberi kepercayaan buat kali pertama untuk mengendalikan program travelog, Secawan Kopi (TV Okey) sebagai pengacara. Penggambaran program tersebut dilakukan hampir di seluruh pelusuk Indonesia.

Dalam tahun 2018, Ruhainies muncul dalam dua siri drama, Tak Ada Cinta Sepertimu sebagai Bella dan Cinta Lemon Madu sebagai Haida serta telefilem Matilahnak sebagai Hannah Delicious.

Beliau muncul dalam dua telefilem, Ustaz Rock dan Ara serta siri drama Bisikan Cinta Ramadan yang ditayangkan pada 2020.[10]

Ruhainies membuat penampilan sulungnya di layar filem pada tahun 2021 menerusi filem romantik keagamaan, Seandainya Kau Ada[11] arahan Chad Rahman dan Fadzil Teh yang diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Kamsiah Abu dengan skrip ditulis oleh Marr Mohamed. Filem ini turut dibintangi oleh Aidit Noh, Fendy Bakry dan Raysha Rizrose. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Rozita. Filem ini ditayangkan pada 29 April 2021 di Astro First. Seterusnya, filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! yang bergenre seram arahan Arjin Uppal turut dibintangi oleh Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Aishah Ilias. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Farah.[12] Filem ini mula ditayangkan pada 7 Julai 2022.

Sebagai duta produk

sunting

Pada tahun 2018, Ruhainies telah mengikat kontrak selama setahun sebagai duta produk kecantikan popular Korea Selatan, Guerisson selepas aktor Lee Kwang-soo dan diangkat sebagai duta Guerisson di Malaysia. Beliau merupakan selebriti Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta produk kecantikan popular Korea Selatan.[13][14]

Perniagaan

sunting

Ruhainies turut melibatkan diri dalam bidang perniagaan dengan mengasaskan produk kecantikannya iaitu Ruhainies Rosysecret. Namun, beliau dikatakan sudah memperlahankan pengeluaran dan promosi produk kecantikannya itu atas sebab komitmen lain.[15] Pada Jun 2021, beliau juga turut menjadi rakan kongsi dalam mengusahasamakan produk makanan ringan Canchy bersama pengasas utamanya, Hasif Hamzi. Produk tersebut mendapat sambutan yang luar biasa dalam tempoh dua minggu selepas dilancarkan.[16]

Kontroversi

sunting

Perang mulut dengan Janna Nick

sunting

Pada April 2016, Ruhainies mengecam tindakan pelakon Janna Nick memuat naik video beserta kaspyen yang mencemuh dirinya di akaun Instagram pelakon itu dan menganggapnya sebagai kurang matang.[17] Beliau mengakui terkilan apabila Janna masih ingin memanjangkan isu pergaduhan mereka biarpun dirinya pernah membuat kenyataan secara terbuka kepada media sudah memaafkan kesalahan pelakon itu.[18][19]

"Saya tidak mahu ada lagi salah faham antara kami dan memilih untuk berdamai. Industri hiburan kecil dan tidak mustahil, kami akan disatukan dalam produksi lain nanti. Sedapat mungkin, saya enggan mencari musuh kerana saya di sini untuk bekerja.

"Cuma, saya terkilan dengan tindakan kurang matang Janna (Nick) apabila memuat naik video di akaun Instagramnya untuk memburukkan nama saya. Apa yang pasti, baik Michael Ang sebagai pengarah dan pelakon pengganti saya untuk filem itu mengetahui kebenarannya.

"Ketika ini, saya memilih untuk tidak membalas semula perbuatan Janna itu kerana tidak mahu bertindak mengikut emosi. Namun, saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan mesej yang dihantar Janna kepada saya apabila tiba masanya kelak,"[17][18]

— Ruhainies mengulas mengenai tindakan pelakon drama Kau Aku Kita semasa ditemuramah oleh Berita Harian.[17][18]

Perselisihan antara Ruhainies dan Janna mula menjadi bualan apabila Janna dikatakan menghasut Michael untuk menyingkirkannya sebagai salah seorang pelakon filem sulung arahannya, Kimchi Untuk Awak yang turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong.[17] Salah faham itu bagaimanapun, terlerai apabila Ruhainies memilih untuk berdamai. Namun, tindakan Janna memuat naik video penjelasan Michael itu menghangatkan semula isu berkenaan. Mengukuhkan lagi andaian itu apabila Janna menulis kapsyen yang dianggap memalukannya.[17][18]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Seandainya Kau Ada Rozita Filem pertama
2022 Roh 100 Hari Amy
Musyrik - Api Neraka Menantimu! Farah
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Terlanjur Cinta TV9 Drama pertama; Sebagai watak sampingan; Tidak dikreditkan
2015 Si Montel Unifi TV
Hello, Mr. Perfect! Alya Adriana/Nurul Ain TV3
2015-2016 Kifarah Mistik Episod: "Panas"
2016 Menantu Ting Tong Marsha
Bagaikan Kelip-Kelip Marlina TV9
Jejak Karmila Nonie TV3
2017 Menantu Bilal Normala
Kisah Dari Mekah Astro Oasis
Ketupat Rendang Brownies Coklat Pemilik Butik TV3 Watak kameo
2018 Tak Ada Cinta Sepertimu Bella Astro Ria
Cinta Lemon Madu Haida TV3
2019 3 Gadis Manis Kirin Astro Gempak Musim ketiga
Anugerah Cinta Aisyah Aisyah TV Okey
Dapur Kita Dian TV3
2020 Maaf Tak Indah Zila
Jangan Ambil Kerja Tuhan Mia TV2 Episod: "Mereka Reka Neraka"
Lelaki Lingkungan Cinta Dayana TV3
2021 Cukup Derita Itu Ellani
Wifi Sebelah Rumah Mira Disney+ Hotstar
Kanvas Kara TV2
2022 Sayang Tak Dikenang Ayu Izhani TV3
Puteri Reunion Rania
2023 Bintang Iris
Hikayat Pak Belalang Puteri Astro Ceria
TBA Keturunan Azira TV3

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Sopeah Jin Aishah TV3
2016 Karlisa Karmila
Hello, Mr. Perfect! Raya Alya Adriana/Nurul Ain
Pujaan Malaya Lisa TV9
Ayah Tak Pernah Kalah
Bedah Motor
Luna Elvira Luna
Cikgu Dina Pakai Prada Cikgu Dina
Menanti Awan TV2
Jatuh Cinta Buta Melissa Astro Ria
2017 Katakan Tidak Pada Cinta Diyana TV2
Cik Misi Diana TV9
Topeng TV1
Oops Terlajak Nikah Astro Citra
2018 Ratu Kebaya Masuk U Saleha Markonah TV2
Uniknya Cinta Miera TV3
Matilahnak Hannah Delicious Astro Citra
2019 Salam Manis Manis TV2
Awek Mulut Tempayan Shanti TV Okey
2020 Ara Raudhah TV3
Ustaz Rock Amira TV Okey
2021 Diva Dari Jakarta Ejot Astro Citra
Rumah Di Hujung Jalan Arissa TV1
Legenda Puteri Felora Puteri Felora Astro Ceria

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Ketuk-Ketuk Ramadan Dirinya sendiri TV1 Artis undangan
2017 Secawan Kopi TV Okey Pengacara
Fan Fanatik Astro Ria Sebagai peserta; Episod 3
2019 Curi-Curi Ramadan TV Okey Pengacara
Senang Terhibur TV3 Artis undangan; Episod 4 (bersama Elly Mazlein dan W.A.R.I.S)
Sepahtu Reunion Live (2019) Dr. Izzati Astro Warna Artis undangan; Episod "Esok Belum Tentu Ada"
2020 Sepahtu Reunion Live (2020) Anne Artis undangan; Episod "Bilik 808"
Warung Wak Dirinya sendiri Awesome TV Artis undangan; Episod 4 (bersama kakaknya Risteena Munim); Musim 1
2021 Tok Kata Artis undangan; Episod 5
Sembang Rawak Artis undangan; Episod 2 (bersama Puteri Aishah)
Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom TV1 Artis undangan; Episod 4
Sepahtu Reunion Live (2021) Ruhil Astro Warna Artis undangan; Episod "Curang"

Web drama

sunting
Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2017 Chor & Chah Siti SME Corp Web/YouTube Drama pertama
2018 Chor & Chah 2
2022 Sorry Naik Lori Nadia IQIYI
2024 Terjerat

Muzik video

sunting
Tahun Lagu Artis
2015 "Sorry-Sorry Sayangku" Nomad
2016 "Masih Cinta" Kim Dong Gyun
"Bukan Untukku" Hyper Act
2017 "Lebih Sempurna" Syamel

Siniar

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran Catatan
2023 Studio Sembang Dirinya sendiri Youtube Artis undangan; Episod: "Pi Mai Pi Mai Tang Tu"; Dihoskan oleh Amelia Henderson

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2016 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 Antagonis Pilihan Hello, Mr. Perfect! Menang [20][21]
Pasangan Pilihan (bersama Fattah Amin) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2017 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 Aktres Pilihan Menantu Ting Tong Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Azrel Ismail) Tercalon
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Gandingan Serasi Drama Popular (bersama Zul Ariffin) Wifi Sebelah Rumah Tercalon
Watak Antagonis Popular Maaf Tak Indah Tercalon
Anugerah Drama Sangat 2021 Pelakon Antagonis Terbaik Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktres TV Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (7 Disember 2019). Ruhainies tak ambil peluang Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
  2. ^ Norhayati Nordin (31 Disember 2019). Mahu watak mencabar Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
  3. ^ Georgie Joseph (2 Februari 2019). Bukan artis tempelan Harian Metro. Dicapai pada 30 September 2019.
  4. ^ Biodata Nur Ruhainies Farehah Pelakon Hello Mr Perfect Melvister. 1 September 2015. Dicapai pada 27 September 2015.
  5. ^ Ardini Sophia Sina (6 Disember 2015). Ruhainies mula bina nama Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2016.
  6. ^ Zaidi Mohamad (19 April 2016) Populariti Ruhainies Mencanak Umpama Ekspres Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2024.
  7. ^ Wanita Berbadan Besar Perlu Tonton Drama 'Si Montel' mStar Online. 5 September 2015. Dicapai pada 27 September 2015.
  8. ^ HyppTV's new drama series 'Si Montel', makes its charm on HyppSensasi Telekom Malaysia. 5 September 2015. Dicapai pada 27 September 2015.
  9. ^ Rahsia Jodoh Ruhainies & Azrel Ismail Dalam Telemovie Katakan Tidak Pada Cinta Hiburan.us. 27 Februari 2017. Dicapai pada 28 Februari 2017.
  10. ^ Syafil Syazwan Jefri (22 Oktober 2019). Dugaan terbesar Ruhainies Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
  11. ^ Sudirman Mohd Tahir (3 Februari 2020). Banyak main emosi Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
  12. ^ Syafil Syazwan Jefri (11 Januari 2018). Ruhainies kuatkan semangat. Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2022
  13. ^ Gempak (11 Jun 2018). Wajah Persis Gadis Korea, Ruhainies Ganti Lee Kwang-soo Astro Awani. Dicapai pada 26 Februari 2022
  14. ^ Khai Hassan (3 September 2018). Ruhainies Selebriti Pertama Dipilih Menjadi Duta Produk Kecantikan Popular Korea Oh! Media. Dicapai pada 26 Februari 2022
  15. ^ Arifuddin Ishak (9 Mei 2017) "Jadi Duta Produk Orang Lebih Berduit". MStar. Dicapai pada 26 Februari 2022
  16. ^ Alif Fadli Bin Mohd Sori (10 Oktober 2021) “Ini tahun saya”. Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Februari 2022
  17. ^ a b c d e Ruhainies anggap Janna Nick tidak matang Farhana Ab Rahman. Berita Harian . Dicapai pada 23 April 2016.
  18. ^ a b c d ‘Perang’ Janna-Ruhainies terus hangat Zaidi Mohamad. Berita Harian . 24 April 2016. Dicapai pada 27 September 2016.
  19. ^ Kontroversi dengan Janna tak jejas tawaran berlakon Ruhainies. Astro Gempak. 1 Jun 2016. Dicapai pada 27 September 2016.
  20. ^ Budiey (19 Februari 2016). Senarai Penuh Pencalonan Malam Anugerah DFKL 2016 Budiey.com. Dicapai pada 4 Mac 2022.
  21. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (19 Mac 2016). Drama Kau Aku Kita bolot 6 trofi -rangkap ke-6 Berita Harian. Dicapai pada 4 Mac 2022.

Pautan luar

sunting