[go: up one dir, main page]

Fauziah Nawi

Juruhebah, pengarah, pelakon, penyanyi dan penari wanita Malaysia

Datuk Hajah Fauziah binti Nawi (lahir 26 Jun 1953) merupakan seorang juruhebah radio, pelakon, penyanyi, pengarah dan penari Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim keempat (2006) dan keenam (2008).[2][3][4] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[5]


Fauziah Nawi
فوزيه ناوى
PJN[1]; PPN; SMP (Pahang); PPT (Perak)
Kelahiran
Fauziah binti Nawi

(1953-06-26) 26 Jun 1953 (umur 71)
PekerjaanJuruhebah radio, pelakon, penyanyi, pengarah, penari, pengacara, penulis
Tahun aktif1973–kini
Ketinggian157 cm (5 ka 2 in)
PasanganMohamad Hanif Gedek (k. 1975–1996)
Anak-anak2 (termasuk Pitt Hanif dan Siti Noor Fateha)
AnugerahFestival Filem Malaysia ke-12 - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Sayang Salmah)

Kerjaya

sunting

Sebagai juruhebah, Fauziah pernah mengendalikan program radio seperti Radio 4 - Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, "Non Stop Music and Before We Say Goodnite", Radio 3 Ibu Kota - Fascinating Malaysia, dan Radio 1 - Manis-Manis Garam.

Fauziah pernah mengarah teater Dari Bintang Ke Bintang 1 & 2, Opera Ayu Cendana & Muzikal Tok Rimau 1, Salina, Angin Kering, Malam Gelap Bukit Damansara, Korporat, Si Bereng Bereng, Jiwa, Pulang dan Tali. Di samping itu, Fauziah pernah menjadi pengarah drama bersiri Baju Kak Long, Sahabat, Azlina, Sebening Kasih & Pantai Berbisik.

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau berkahwin dengan Mohd Hanif Gedek pada 1975 hingga 1996 dan dikurniakan dua anak. Anak sulung beliau, Mohd Firdaus (Pitt Hanif) ialah seorang penulis skrip dan pengarah.[6]

Pendidikan

sunting

Beliau merupakan graduan Sarjana (Master) dan berjaya menamatkan pengajian pascasiswazahnya dalam jurusan Ijazah Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) daripada Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 23 September 2018.[7]

Beliau kini khabarnya sedang dalam perancangan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat kedoktoran falsafah atau PhD.[8]

Diskografi

sunting
  • Hitam Manis Berseri (1974)
  • Kasihku Kasihmu (1975)

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1981 Bintang Pujaan Fauziah Filem pertama beliau
1987 Mawar Merah Sharifah
1995 Sayang Salmah Dasimah
2004 Berlari Ke Langit Dirinya sendiri
Cinta Luar Biasa Ibu Husin
2006 Man Laksa Mak Mah Penampilan khas
High School Musical Puan Darbus Alih suara BM
The Red Kebaya Makcik
2007 Qabil Khushry Qabil Igam Tijah
Diva Makcik Seri
High School Musical 2 Puan Darbus Alih suara BM
2008 Akhirat Kaunselor Pelakon undangan
Senario The Movie: Episode 1 Makcik Perlumba Kereta Penampilan khas
2009 Maut Nenek JJ Penampilan khas
2010 Kecoh Betul Emak Pelakon undangan
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Ibu Johan
Rasuk Zaiton
2012 Hoore! Hoore! Nenda Zaimah
2013 Cinderella Mak Jah
Penanggal Bidan Mak Teh
2014 Kekasih Rozita Filem pendek
2015 Gangsterock Kasi Sengat Mak Shake
2017 Mencari Rahmat Aunt Normah
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Mak Embun
Jodoh Syaitan Mak Timah
Ada Apa Dengan Dosa Nenek
2021 Seandainya Kau Ada Puan Asiah
Sabda Kekasih Ibu Jannah
2022 Small Town Heroes Ibu Aishah
Operasi UFO
Hantu Mok Joh Mok Joh
2023 Gui Nenek Muis
2024 Jiwa 8 Belas Emak Ishq
Saka Perawan Nek Aminah
2025 6 Jilake Mak Naga
Padang Kertas
TBA Surat Muhammad
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1973 Tahan Kinabalu TV1 Drama pertama beliau
Drama Minggu Ini - Air Matanya Rencong
Drama Minggu Ini - Angin Bila Menderu
1995 Dia Bukan Untukku Kak Yah- rakan baik kepada "Indah Fuziana Farhan" lakonan sahabat lama beliau, Uji Rashid TV3 drama arahan beliau yang berkisar tentang seorang bintang teater yang juga seorang janda; digilai oleh seorang lelaki muda berketurunan Tengku
1999 Romeo & Juliet
2005–2006 Biarku Sentuh Cintamu Pelakon undangan
2008 Akukah Tanggang Radziah
Ta'in Azizah
Obsesi Tengku Mariam
2009 Suraya Tengku Latifah
Selumbar Di Hati Mama TV2
2010 Asmara Nek Mah TV3
Gerak Khas (Musim 12) Hamidah TV2 Episod: "Semangat Baru"
2011 Asmara 2 Nek Mah TV3
Hilang Fauziah TV9
2011 Tanah Kubur (Musim 1-2) Mak Teh Astro Oasis
2013 Mak Lang, Datang Kompang Bergendang Mak Lang TV3
Surat Dari Langit Biru Mak Munah
2014 Kifarah (Musim 2) Mak Som Episod: "Al-Amin"
Setitis Kasih Darmia Opah TV9 Diadaptasi dari novel 2012 bertajuk sama, karya Naniey TJ
2016 Sayap Jibril Mak Nah Astro Oasis Episod: "Dendam Syurga"
Kifarah Mistik TV3 Episod: "Malar Hitam"
Bodyguard
Marhaban Kome Oi Ustazah Faridah
2017 Jejak Karmila Hamidah
Nahu Rindu Nek Som
2018 Cinta Bukan Kristal Opah Timah TV3
Mencari Qiblat
Cekelat Honey Sufiah Astro Citra
2019 Aurora Aisyah Mak Biah (Tua) TV1
Curi-Curi Cinta Puan Asmah Astro Ria Drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah
Semua Salahku Fatimah TV3
2020 Bidadari Kiriman Tuhan Kalsom Astro Ria
Mummy Oja Seroja / Mummy Oja Awesome TV
Isteriku 120kg TV1
2020–2021 Hadiah Dari Tuhan TV3 Pelakon undangan
2022 Harith Fayyadh Dato' Ainon
Kerana Hafsanya Setia Faridah TV1
Sepi Tanpa Cinta Aminah Sooka
Air Mata Allisya Nek Mah TV9
Nenda Hajah Aminah TV3
Anak Abah Tok Wan Meriam Awesome TV
2023 Darah Merdeka TV1
Entitled Prime Video
2024 Takdir Itu Milik Aku Nek Tuk Hasnah Astro Ria
Baby Papa Tok Mak tonton
TBA Budak Jurang Sabrina TV3

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 Tumirah Pengarah 1 TV3
2002 Rumah Ditengah Sawah
Pondok Buruk Mak Jah Astro Ria
2003 Pondok Buruk 2
Pencarian Amelia VCD
Neon Ibu Topa Penampilan khas
2004 Tak Sangka No! Mak Siah
Tembung
Titik-Titik Noda Madam TV3
2005 Sekeras Kerikil Along TV3
Daun Ketupat Kering Emak TV2
2007 Suara Saleha Mak Intan TV3 Juga sebagai penulis
Bunga Kerinduan Namira
2008 Ombak Laut China Selatan Tun Astro Ria
2009 Uri Pensyarah Astro Box Office Penampilan kameo
2011 Taubah Mak Peah
Warkah Dari Penjara Odah TV9
2012 Aku, Dia dan Tong Sampah Tok Wan TV9
2013 Kawan TV2
2014 Perjalanan TV3
Abang Samseng Jemur Kain
Warkah Syurga Mak Som Astro Prima
2015 Jahil Mak Astro Oasis
Aku, Dia dan Tong Gas Tok Wan TV9
2016 Ketupat Terakhir Mak Nen TV3
Songket Pak Andam Mak Gayah TV9
Cik Siti TV3
Terputusnya Sebuah Doa Astro Ria
2017 Bisik Pada Allah Mak Munah Astro Citra
Kembalikan Syawalku Mak Chah @ Aishah
2018 Kerantung Musalmah TV1
Pendosa Ingin Ke Syurga TV3
2019 Mingki Nek Mah TV3
Syawal Untuk Semah
Tok Siah Tok Siah Astro Citra
Potret Moyang
2020 Kambing Golek Ramadhan TV2
Jam Tangan Paksu TV1
Salam Dari Syurga Astro Citra
2021 Dolla Watch Me Glow Norzie
Takbir Semalam Mak Yah Awesome TV
Keringat TV2
Syurga Tanpa Dosa
Jeti Fatimah TV3
Mencari Siratul Mustaqeem Khadijah
2022 Adik Kakak
Jeman: Ombak Berbisik Mak Wan Awesome TV
Langit Mak Yam TV3
Korban Pak Tam TV1
Seri TV2
2023 Nur Di Pintu Syurga TV9
Mistik Bilik Mayat Mak Jah TV AlHijrah
Quran Pondok Buruk Astro Ria
Selendang Putih Datin Hasnah TV2
Yek Icin Mahak Nenek TV1
2024 Perang Panjut Tujuh Likur Numa
Pinggan Retak Di Tapak Tangan Mak Yah Astro Ria

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1986 Selamat Pagi Malaysia Pengacara TV1
2021 Sepahtu Reunion Al-Raya Artis jemputan Astro Warna Episod: "Kembali"

Penghargaan dan darjah kebesaran

sunting

Anugerah dan pencalonan

sunting
  • Pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Sayang Salmah dan drama Mendung Tidak Berarak Lagi
  • Pernah digelar Most Versatile Broadcaster RTM
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1995 Festival Filem Malaysia ke-12 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Menang
2021 Festival Filem Malaysia ke-31 Anugerah Sepanjang Zaman Menang
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Anugerah Tokoh Seri Angkasa Menang

Rujukan

sunting
  1. ^ FAROL HADI (4 Julai 2023). "Istana naik taraf darjah kebesaran, Fauziah Nawi bergelar Datuk". mStar. Dicapai pada 5 Julai 2023.
  2. ^ Kadang-kadang yang kalah selalu dapat job: Fauziah Nawi
  3. ^ Batal kelas lakonan, anggap Fauziah Nawi tidak popular
  4. ^ Fauziah Nawi: Bermula sebagai penari
  5. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  6. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (27 Oktober 2019). 'Pitt... maafkan mama' - Fauziah Nawi Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
  7. ^ (24 September 2018). Dramatis terkenal Fauziah Nawi menerima segulung Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) daripada Universiti Terbuka Malaysia MalaysiaGazette. Dicapai pada 16 November 2023.
  8. ^ (21 Ogos 2023). Fauziah Nawi mahu lanjut pengajian peringkat PhD MalaysiaGazette. Dicapai pada 16 November 2023.
  9. ^ Zaara Talita (4 Julai 2023). "Datuk Fauziah Nawi bersyukur dengan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diterimanya". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2023.

Pautan luar

sunting