Zoo (filem)
Zoo ialah sebuah filem komedi fantasi Malaysia 2010 arahan Azhari Zain. Bertemakan kehidupan manusia dan haiwan, filem ini dibintangi oleh Lan Pet Pet, Lisa Surihani dan Azlee Jaafar dan ditayangkan pada 1 Julai 2010.[1]
Zoo | |
---|---|
Pengarah | Azhari Zain |
Lakon layar | Azhari Zain |
Dibintangi | |
Sinematografi | Indra Che Muda |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | MIG Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Plot
suntingMengisahkan seorang jejaka bernama Saad atau Ad yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja. Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan Zoo, Ad secara tidak sengaja masuk ke sessi temuduga yang dibuat oleh pengurus disitu, En. Din dan Ad mendapat jawatan tersebut. Dari saat itu bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan.
Ad telah diperkenalkan kepada seorang lagi pekerja di situ iaitu Shiela. Menurut Shiela, ramai pengawal di situ telah lari selepas semalaman berkerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo itu boleh bercakap tetapi Shiela sendiri tidak mempercayainya. Ad yang mendengar cerita dari Shiela bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawakannya. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada hari pertama rondaan Ad di zoo tersebut. Ad sendiri melihat haiwan-haiwan di situ seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Ad.
Ad demam keesokan harinya. Ad menceritakan perkara tersebut kepada Shiela dan En. Din tetapi mereka tidak mepercayainya. Begitu juga dengan Osman yang turut bekerja di situ tidak mempercayai kata-kata Ad. Osman pula pandai membodek En Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan exotic. Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Ad bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut.
En Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberi surat amaran kepada Ad. Ad telah meminta pertolongan dari haiwan-haiwan itu untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Dari siasatan yang dibuat oleh Ad dan haiwan-haiwan di situ, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar tetapi ada orang dalam yang bersubahat.
Ad telah menamakan beberapa orang yang dicurigainya tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri. Adakah Ad dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? Adakah tepat seperti yang didakwa oleh Ad terhadap “suspek-suspek’nya? Bagaimanakah haiwan-haiwan itu dan Ad sendiri dapat membantu antara satu sama lain? Saksikan ZOO untuk mengetahui kesudahannya.
Pelakon
sunting- Lan Pet Pet sebagai Saad bin Minit / Ad
- Lisa Surihani sebagai Shiela
- Azlee Jaafar sebagai Rain (antagonis utama).
- Jesse Lim sebagai Bad
- Bob Lokman sebagai Din bin Don / En. Din
- Angah Raja Lawak sebagai Osman bin Osmat / Osman
- Mie Raja Lawak sebagai Sarip
- Zul Handy Black sebagai Kordi dan Beckham
- Cat Farish sebagai Pengawal
- Hamdan Ramli sebagai Hobbit
- Bob Kuman sebagai Sibol
Penampilan khas
sunting- Ismail Hutson sebagai Pengurus zoo
Rujukan
sunting- ^ Faizal Saharuni (24 Jun 2010). "Zoo, kasih manusia dan haiwan". Kosmo!. Dicapai pada 15 Mac 2014.