[go: up one dir, main page]

Stimbot

Laman nyahkekaburan
(Dilencongkan daripada Hot pot)

Stimbot ialah masakan komunal yang berasal dari Dinasti Yuan China, tetapi sekarang dapat dimakan dalam pelbagai bentuk di seluruh Asia Timur. Ia terdiri daripada periuk air rebusan panas yang diletakkan di tengah meja makan. Semasa periuk dikekalkan mereneh, bahan-bahan makanan dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak di atas meja.

Daging mentah disediakan untuk dimasak.
Periuk panas dengan gril di sekelilingnya.
Periuk panas yang sedang dimasak.
Di dalam periuk panas.
Makanan stimbot boleh menjadi tidak teratur dan kotor pada akhirnya.
Restoran stimbot di Johor, Malaysia.

Hidangan stimbot yang tipikal termasuk hirisan daging, sayur daun, cendawan, wantan, ladu telur, dan makanan laut. Makanan yang dimasak biasanya dimakan dengan sos. Di banyak kawasan, hidangan stimbot sering dimakan pada musim sejuk.

Cina / Mongolia

sunting

Huo Guo (Cina Tradisional: 火鍋, Cina Ringkas: 火锅, pinyin: huǒguō) merupakan nama Cina bagi "periuk panas" iaitu huǒ bermaksud "api", manakala guō bermaksud "periuk". Chinese Fondue ialah istilah bahasa Inggeris yang biasa digunakan di negara-negara Barat. Da Been Lo ialah istilah bahasa Kantonis untuk stimbot dan dapat diterjemahkan lebih kurang sebagai "memukul sisi periuk".

Gaya masakan Cina ini berasal dari Mongolia dan China utara melalui bentuk primitifnya yang wujud sejak lebih seribu tahun dahulu. Orang-orang nomad Mongolia masak daging dan sayur di dalam periuk yang diletakkan di atas unggun api. Merekalah yang dikatakan memulakan tradisi menghiris daging dengan nipis supaya dapat memasak tanpa menggunakan bahan api yang banyak.

Stimbot menyebar ke selatan semasa Dinasti Tang (618-906). Kemudian, orang-orang nomad utara yang menetap di China menambah stimbot dengan daging-daging seperti daging lembu dan daging kambing, manakala orang-orang selatan menambah makanan laut. Menjelang Dinasti Qing, stimbot menjadi popular di kebanyakan kawasan di China.

Di banyak rumah moden di bandaraya-bandaraya besar pada hari ini, batu arang tradisional yang digunakan untuk memasak stimbot telah digantikan dengan versi elektrik atau gas.

Oleh sebab gaya memasak stimboat banyak berubah dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain, bahan-bahan makanan yang telah digunakan amat berbeza. Sedangkan tidak betul-betul tradisional, adalah seronok bagi menguji kaji bahan-bahan dan sos-sos menurut rasa kegemaran sendiri. Satu kelainan Kantonis termasuk mencampuri telur mentah dengan perasa-perasa untuk mengurangkan 'haba' yang diserap oleh makanan dan dengan itu, dapat mengurangkan kemungkinan sakit tekak selepas hidangan stimbot, menurut teori-teori herba Cina.

Daging sejuk beku dihiris dengan amat nipis. Menghiris daging sejuk beku dengan cara ini akan menyebabkannya menggulung dan sering dihidangkan dengan bentuk sebegini. Daging-daging yang digunakan termasuk daging kambing, lembu, ayam, dan lain-lain lagi. Periuk masak sering terbenam dalam meja dan dipanaskan dengan propana atau sebagai alternatif, terletak di atas meja dan dipanaskan dengan batu arang. Daging dan sayur dimasukkan ke dalam periuk secara berasingan dengan penyepit, dan masa masaknya adalah singkat sahaja. Daging seringnya hanya memerlukan masa 15 hingga 30 saat untuk masak.

Ramuan umum

sunting

Kelainan wilayah

sunting

Di Beijing, stimboat dimakan pada sepanjang tahun. Stimbot Beijing biasanya di makan di rumah pada musim sejuk. Berbagai-bagai jenis stimbot boleh didapati di Beijing — biasanya, kedai-kedai makan moden membekalkan berbagai-bagai jenis air rebusan berperisa dalam mangkuk yang mempunyai beberapa bahagian. Kedai-kedai yang lebih tradisional atau lama menghidangkan air rebusan yang sederhana harumnya dalam periuk Mongolia yang merupakan bekas loyang yang dipanaskan dengan batu arang di dalam serombong pusat. Air rebusan dimasak di dalam sebuah mangkuk berbentuk donut yang mengelilingi serombong itu.

Stimbot Manchuria (Cina Tradisional: 東北酸菜火鍋) menggunakan banyak jeruk kobis Cina (Cina Tradisional: 酸菜) untuk menghasilkan rendidih yang masin.

Stimboat gaya Sichuan amat berbeza dengan gaya yang dimakan, umpamanya, di Taiwan. Seringnya perbezaan terdiri, antara lain, daripada jenis daging yang digunakan, jenis asas sup, serta sos dan perisa yang digunakan untuk memberi rasa kepada daging.

Di Xishuangbanna, berhampiran dengan Myanmar, air rebusan seringnya dibahagikan kepada bentuk yin dan yang - air rebusan cili pedas yang berwarna merah pada satu bahagian, dan air rebusan ayam yang berwarna putih pada bahagian yang lain.

Salah satu kelainan yang paling masyhur ialah stimbot "má là" (Cina Tradisional: 麻辣 — "kebas dan pedas") Sichuan: sejenis rempah istimewa yang dikenali sebagai "huā jiāo" (Cina Tradisional: 花椒 — "flower pepper" atau Lada Sichuan) ditambah untuk mengurangkan deria rasa dan oleh itu, dipanggil "má là". Ia biasanya digunakan untuk makan pelbagai daging serta hirisan filet daging kambing.

Stimbot termasyhur di provinsi Sichuan yang mengembangkan gaya tersendiri. Bandaraya-bandaraya Chengdu dan Chongqing juga termasyhur untuk berbagai-bagai jenis huǒ guō. "Sì Chuān huǒ guō" dapat dibezakan daripada "huǒ guō" biasa di China jika merujuk kepada "Stimbot Gaya Utara". "Cuān yáng ròu", Bahasa Cina: 氽羊肉 (daging kambing masakan segera) boleh dianggap sebagai wakil jenis makanan ini yang tidak menumpukan kepada asas sup.

Di Taiwan, stimboat dimakan dengan sos celupan yang terdiri daripada sos sacha serta kuning telur mentah.

Kepentingan kebudayaan

sunting

Makan stimbot bersama keluarga atau kawan-kawan dikatakan menegaskan perpaduan dan bersatu hati kerana ia dilakukan dengan sebuah periuk kongsi yang tunggal. "Weilu" — mengeliling periuk — mempunyai maksud yang mendalam kepada orang-orang Cina yang banyaknya menganuti idea-idea Konfusianisme yang menekankan perpaduan keluarga. Gaya makan stimbot seringnya seronok dan dimakan dengan perlahan; orang-orang yang makan stimboat seringnya bersembang semasa makan bersama-sama. Secara tradisi, jenis makan ini kekadang berlangsung hampir sehari. Bir ialah minuman pilihan untuk hidangan stimboat di China. Stimbot kekadang dimakan sebagai sebahagian perayaan Hari Cina Baru. Bentuk bulat periuk melambangkan perpaduan keluarga.

Keracunan makanan

sunting

Beberapa perkara harus diingati untuk mengelakkan keracunan E. coli atau Salmonella. Selepas memegang daging mentah dengan penyepit, celupkan penyepit itu dalam air rebusan yang panas terik untuk membunuh sebarang mikrob. Jika telur mentah digunakan, gunakanlah telur yang paling segar sahaja. Alternatif yang lain adalah untuk menggunakan penyepit yang berlainan untuk periuk stimbot.

Chigae / Jigae

sunting

Stimbot Korea adalah sangat pedas dan berempah, dan amat sesuai untuk memberikan kehangatan pada musim-musim sejuk Korea yang teruk. Ramuan-ramuan direndidih di dalam sup berempah yang diberi rasa dengan menggunakan pati kacang cili atau belacan. Kelainan-kelainan yang biasa termasuk:

  • Dubu Jigae - dengan tauhu.
  • Kimchi Jigae - dengan kimchi.
  • Budae jigae ("jigae pangkalan tentera") - direka pada zaman dahulu ketika orang-orang mengumpulkan makanan lebihan dari pangkalan-pangkalan tentera Amerika Syarikat seperti ramen segera dan Spam untuk merendidih dengan kimchi dan bahan-bahan makanan yang lain.

Thailand

sunting

Sukiyaki Thailand

sunting

Stimboat di Thailand pada mula-mulanya merupakan stimbot gaya Cina, khususnya untuk komuniti etnik Cina yang besar. Bagaimanapun pada dekad 1960-an, sebuah rantaian restoran yang dipanggil Coca membuka cabang sulung di Dataran Siam, Bangkok, dan menghidangkan versi terubah suai stimbot Cina di bawah nama Jepun Sukiyaki. (Walaupun ia hanya sedikit serupa dengan sukiyaki Jepun, nama itu menarik perhatian orang ramai kerana "Lagu Sukiyaki", lagu pop Jepun, merupakan lagu terlaris di seluruh dunia ketika itu.) Dalam versi terubah suai Thailand ini, pelanggan-pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan, dengan setiap hidangan jauh lebih kecil berbanding yang biasa supaya dapat membenarkan pelanggan-pelanggan memesan lebih banyak jenis hidangan.

Sos celupan yang berempah juga disediakan semata-mata untuk rasa-rasa Thailand, dengan banyak cili, limau nipis, dan daun ketumbar ditambahkan. Ini terbukti menjadi makanan terlaris dan tidak lama kemudian, rantaian-rantaian lain memulakan pembukaan restoran-restoran "suki" di seluruh Bangkok dan bandaraya-bandaraya yang lain, dengan setiap mereka mempunyai sos celupan istimewa yang tersendiri sebagai hujah jualan.

Pada hari ini, rantaian MK adalah rantaian restoran yang terpopular di Thailand, dengan 122 buah resotran di seluruh negara dan lapan saluran keluar di Jepun. Coca juga berkembang dengan pantas di luar negara, dan menghidangkan suki Thailand di 24 buah saluran keluar di seluruh Asia dan Australia, dengan banyak lagi saluran keluar dirancangkan untuk Amerika Syarikat dan Eropah.

Jepun mempunyai berbagai-bagai jenis hidangan stimbot yang dikenali secara kolektif sebagai nabemono. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa gaya, dengan ramuannya dibiarkan mereneh dalam air rebusan berasaskan kicap atau miso yang berperisa ringan dan kemudian dicelup dalam sos sebelum dimakan (seperti stimbot Cina).

  • Mizutaki: Ketulan ayam dibiarkan mereneh di dalam air rebusan dan dihidangkan dengan sos celupan seperti ponzu. Satu keistimewaan tradisional Fukuoka, tetapi telah dimakan di seluruh Jepun selama beratus-ratus tahun.
  • Yosenabe: adakah satu daripada nabemono paling disukai di Jepun. Yose (寄) bermaksud meletakkan bersama dan dengan idea menyerupai Eintopf Jerman, oleh itu menandakan semua bahan (contoh, daging, makanan laut, telur, tauhu dan sayur) adakah dimasak bersama dalam sebuah periuk. Yosenabe adakah lazimnya berdasarkan air rebusan dibuat menggunakan miso atau perisa kicap.
  • Shabu-shabu: serupa dengan stimbot Cina. Hirisan nipis daging lembu dibiarkan mereneh dalam seperiuk air rebusan, bersama tauhu, cendawan, dan pelbagai jenis sayur, dan dihidangkan dengan variasi sos celupan seperti ponzu. Ramuan seperti daging babi, ayam, atau makanan laut kadangkala digunakan sebagai gantian untuk daging lembu. Stimbot Cina diperkenalkan kepada orang Jepun semasa pemerintahan penjajah di Manchuria, dan apabila mereka kembali ke Jepun selepas tamat perang, mereka mencipta semula hidangan ini dengan menggantikan daging kambing dengan daging lembu yang mereka lebih biasa.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting