[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Uterus)
Rahim
Imej menunjukkan struktur yang berbeza di sekitar dan berkaitan dengan rahim manusia.
Butiran
PendahuluParamesonephric duct
ArteriArteri ovari, arteri rahim
UratVena rahim
LimfaBadan dan serviks ke nodus lomfa ilium dalam, fundus ke nodus limda para-aorta tambah nodus limfa inguinal supersifial.
Pengenalpastian
nama bahasa Latinuterus
nama bahasa Yunaniὑστέρα (hystéra)
MeSHD014599
TAA09.1.03.001
FMAFMA:17558
Terminologi anatomi

Rahim (Jawi: رحيم), peranak,[1] peranakan,[1] merian[1] atau uterus (daripada bahasa Latin, Ubt. & Bio.[2]) ialah organ seks pembiakbakaan betina atau perempuan (untuk yang manusia) yang bertindak balas terhadap hormon utama kebanyakan mamalia termasuk manusia. Rahim ditempatkan di pelvis membelakangi pundi kencing dan mendepani rektum; salah satu hujungnya adalah pangkal yang sempit menuju ke arah faraj di hadapan badan si perempuan manakala satu hujungnya lagi yang lebih luas dianggap "badan" rahim disambung dua-dua sisinya dengan salur benih telur.

Rahim haiwan terdapat dalam berbagai bentuk dan ukuran mengikut jenis organisme: rahim manusia dikenalpasti berbentuk buah pir dan sekecil telur ayam pada tahap biasa luar kehamilan. Beberapa organisme seperti kucing dan babi serta jenis karnivor lainnya memiliki rahim yang terbelah dua.

Rahim kebanyakan terdiri dari otot ditahan pada tempatnya oleh beberapa ligamen.

Rahim tertolak sebahagiannya menonjol di bahagian perut yang membesar selama tempoh kehamilan. Di kehamilan pun rahim manusia beratnya hanya sekitar sekilogram.

Lapisan rahim

[sunting | sunting sumber]

Rahim mempunyai tiga lapisan membentuk dalamannya iaitu endometrium yang paling dalam, miometrium yang tengah dan perimetrium yang luar.[3]

Endometrium merupakan lapisan paling dalam rahim. Lapisan ini menjadi semakin tebal dalam kitaran sebulan akibat estrogen dirembeskan ovum benih perempuan yang membesar dirangsang hormon perangsang folikel;[4] lapisan ini akan turun dengan segala darahnya pada hujung bulan kitaran sekiranya benih perempuan tidak disenyawakan atau disuburkan dengan benih lelaki; perkara ini berlaku sepanjang suburnya seorang wanita.[4] Sekiranya kedua-dua benih ini dapat disatukan, kelenjar dan pembuluh dalam rahim bertambah besar dan banyak membentuk decidua menghubung lanjut menjadi tembuni/uri yang menyalurkan khasiat dan oksigen kepada embrio yang kemudiannya berkembang lanjut menjadi janin sampai lahir.[5][6]

Miometrium merupakan lapisan tengah rahim terdiri dari otot licin. Perimetrium pula sejenis membran peritoneum menutupi bahagian luar rahim.[7]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c "Alat Sulit/Kuntum/Faraj", dalam Anisah Barakbah (2007). m/s. xv.
  2. ^ "uterus". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Tortora, G; Derrickson, B (2011). Principles of anatomy & physiology (ed. 13th.). Wiley. m/s. 1105. ISBN 9780470646083.
  4. ^ a b "Proses Kehamilan", dari Anisah Barakbah (2007), m/s. 35-86.
  5. ^ Blue Histology - Female Reproductive System Diarkibkan 2007-02-21 di Wayback Machine. School of Anatomy and Human Biology — The University of Western Australia Accessed 20061228 20:35
  6. ^ Guyton AC, Hall JE, penyunting (2006). "Chapter 81 Female Physiology Before Pregnancy and Female Hormones". Textbook of Medical Physiology (ed. 11th). Elsevier Saunders. m/s. 1018ff. ISBN 9780721602400.
  7. ^ Ross, Michael H.; Pawlina, Wojciech. Histology, a text and atlas (ed. Sixth). m/s. 848.

Sumber utama

[sunting | sunting sumber]
  • Anisah Barakbah (2007). Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Universiti Islam Malaysia Press. ISBN 9789671330593.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]