Sperma
Isitlah sperma diperoleh daripada perkataan bahasa Yunani (σπέρμα) sperma adalah (bererti "benih") dan merujuk sel pembiakan jantan. Dalam jenis pembiakan seks yang dikenali sebagai anisogami dan oogami, ada kelainan saiz bertanda gamet dengan yang lebih kecil beristilahkan sel "jantan" atau sperma. Sperma uniflagelum yang motil dirujuk sebagai spermatozoon, sementara sel sperma tidak motil dirujuk sebagai spermatium. Sel sperma tidak boleh berbahagi dan mempunyai jangka hayat terhad, tetapi selepas pelakuran dengan sel telur semasa persenyawaan, organisma baharu mula berkembang, bermula sebagai zigot totipoten.[perlu rujukan] Sel sperma manusia adalah haploid, maka 23 kromosomnya boleh mencantumi 23 kromosom telur betina untuk membentuk sel diploid. Pada mamalia, sperma berkembang di dalam buah zakar dan dikeluarkan dari zakar. Boleh juga dikeluarkan sperma melalui TESE.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Air mani
- Granuloma sperma
- Pemancutan mani
- Pendermaan sperma
- Penyimpanan sperma betina
- Persaingan sperma
- Polispermi
- Sperma betina
- Spermatogenesis
- Spermatozoon
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sperma |
- (Inggeris)The Great Sperm Race pdf
- (Inggeris)Human Sperm Under a Microscope
Didahului oleh Tiada |
Peringkat perkembangan manusia Sel sperma + Oosit |
Diikuti oleh: Zigot |