[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Wikipedia:Glosari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nota: Walaupun takrifan istilah di bawah adalah berguna untuk memahami dan menulis di laman masyarakat (laman perbualan, laman perbincangan, laman pengguna dan lain-lain.), tolong jangan gunakannya semasa menulis sesebuah rencana ensiklopedia sebenar. Istilah yang diambil dari Wikipedia bahasa Inggeris telah dicondongkan. Silalah merujuk laman Wikipedia:Takrifan istilah dasar dan garis panduan‎ untuk takrifan istilah dasar dan garis panduan yang utama;



Berikut merupakan senarai istilah yang biasa digunakan di Wikipedia. Untuk bantuan, sila lihat Wikipedia:Bantuan, Wikipedia:FAQ dan Wikipedia:FAQ Menyumbang.



A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z


Alihan (redirect)
Satu tajuk laman yang apabila diklik, mengalihkan pengguna ke laman lain. Ia biasanya digunakan untuk perkataan seerti atau variasi ejaan. Sebagai contoh, quran akan membawa anda ke laman Al-Quran.
Anchor
Satu istilah untuk kod HTML yang membolehkan anda membuat pautan ke bahagian tertentuk sesuatu halaman, dengan menggunakan aksara "#". Perhatian: "anchor" buat masa ini tidak mempunyai sebarang kesan untuk "alihan".
Arkib
Halaman di Laman perbualan di mana sebahagian perbincangan dipindahkan, dengan tujuan mengurangkan saiz halaman tersebut.
Balik asal
Lihat Kembali.
Blok
Lihat Sekat.
Bot
Satu program yang menyunting laman Wikipedia secara automatik atau semi-automatik, selalunya untuk tujuan interwiki atau menterjemahkan jadual.
Lihat Wikipedia:Bot.
Birokrat
Seorang penyelia Wikipedia yang diberi kepercayaan untuk melantik pengguna menjadi sysop.
Cermin (mirror)
Laman web selain Wikipedia yang menggunakan kandungan asal Wikipedia sebagai sebahagian/semua sumber untuk laman itu.
Lihat Wikipedia:Cermin dan bayangan.
Lihat juga Copies of Wikipedia content.
Checkuser
Satu kebolehan pengguna untuk melihat alamat IP pengguna berdaftar, biasanya digunakan untuk memastikan tiada pengguna boneka.
Lihat Wikipedia:Checkuser, m:CheckUser Policy.
Developer
Seorang pengurus Wikipedia yang boleh mengubah secara langsung perisian dan pangkalan data Wikipedia.
Lihat m:Developers senarai developer dan untuk maklumat lanjut.
Fasa I
Perisian wiki UseModWiki. Wikipedia menggunakan perisian ini sebelum 25 Januari 2002.
Fasa II
Perisian wiki yang ditulis oleh en:User:Magnus Manske dan digunakan Wikipedia selepas 25 Januari 2002.
Fasa III
Perisian Fasa II yang telah diubahsuai dan diperbaiki, dan kemudian dinamakan MediaWiki. Wikipedia kini menggunakan MediaWiki versi 1.6
Lihat juga Wikipedia:MediaWiki, m:MediaWiki.
Gabung
Menggabungkan dua rencana yang bertindan, dan menukarkannya menjadi satu.
Lihat juga Wikipedia:Rencana bertindan.
GFDL
Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Rencana Wikipedia adalah tertakluk di bawah lesen ini.
Lihat juga Wikipedia:Hakcipta.
Halaman rawak
Pautan halaman rawak terdapat di sebelah kiri laman kebanyakan kulit Wikipedia. Ia akan membawa anda ke satu rencana Wikipedia yang dipilih oleh satu algoritma komputer secara rawak.
Interwiki
Pautan ke projek Wikimedia lain; sama ada ke rencana yang sama dalam bahasa lain dalam Wikipedia, ataupun pautan ke projek lain seperti Meta dan Wiktionary.
Jimbo
Jimmy Wales, pengerusi Yayasan Wikimedia.
Kategori
Kategori merupakan himpunan laman yang dibuat oleh pelayan secara automatik dengan melihat teg kategori dalam rencana. Teg kategori adalah dalam bentuk [[Kategori:Komputer]]. Lihat tatatingkat kategori di Wikipedia:Tinjau.
Kedai Kopi
Wikipedia:Kedai Kopi adalah tempat untuk membincangkan hal-hal WIkipedia.
Kemas
Proses pembaikan rencana dari segi tatabahasa, format dan sebagainya. Mengemas rencana (cleanup) cuma memerlukan kemahiran menyunting, pengetahuan mengenai sesuatu tajuk itu tidak begitu penting.
Kemaskini
Proses pembaikan rencana dari maklumat terbaru kerja-kerja kemasan lain. Proses ini (update) memerlukan penyunting mengetahui sedikit sebanyak mengenai topik tersebut.
Kembali
Satu suntingan yang memansuhkan perubahan yang dibuat sebelumnya.
Kembali asal
Mengembalikan sesuatu laman kepada keadaan asalnya (kembali). Sysop mempunyai keupayaan untuk melakukannya dengan lebih mudah.
Konflik sunting
Dua atau lebih pihak cuba untuk menyimpan suntingan yang berbeza pada masa yang sama untuk rencana yang sama, dan menyebabkan salah satu suntingan terhilang.
Kotak info
Satu jadual yang diformat secara konsisten untuk beberapa rencana mengenai topik yang sama.
Kotak pasir
Kotak pasir merupakan satu laman yang boleh disunting sesuka hati. Tujuannya adalah supaya pengguna dapat mengasah teknik penanda wiki. Ahli Wikipedia juga boleh membuat kotak pasir sendiri di laman pengguna masing-masing.
Kotak pengguna
Kotak pengguna merupakan kotak kecil yang diletakkan di laman pengguna.
Lihat juga Wikipedia:Babel.
Kulit
Tema yang terpapar pada tatarajah. Ketika ini cuma ada 5 pilihan: MySkin, Standard, Nostalgia, Cologne Blue dan Monobook.
Laku musnah (vandalisme)
Perbuatan merosakkan laman Wikipedia dengan sengaja. Ini termasuklah pengosongan, menambah maklumat palsu, pautan tidak berkenaan dan lain-lain. Sila laporkan perbuatan laku musnah kepada mana-mana penyelia, atau tambahkan templat {{padam}} jika rencana tersebut adalah baru.
Lihat juga Wikipedia:Laku musnah, m:Wikipedia vandalism.
Laman
Mana-mana topik di dalam Wikipedia; iaitu isi laman web yang tanpa apa-apa jadual menu. Ini termasuklah rencana biasa, rencana ringkas (stub), alihan, laman nyahkekaburan, laman pengguna, laman perbincangan, dokumentasi dan halaman istimewa.
Laman buntu
Laman yang tidak mempunyai pautan ke laman lain, tidak termasuk pautan antara bahasa. Istimewa:Laman buntu ada menyenaraikan laman-laman tersebut, namun ia jarang dikemaskini.
Laman dilindungi
Laman yang tidak boleh disunting melainkan oleh sysop. Biasanya, ini Cuma dilakukan untuk menenangkan keadaaan semasa perang sunting.
Lihat juga Wikipedia:Laman dilindungi.
Laman meta
Laman yang menerangkan tentang Wikipedia. Nama yang lebih tepat ialah Wikipedia:Teks ruangnama MediaWiki. Laman meta tidak merujuk kepada laman di Meta-Wikimedia.
Laman pengguna
Laman untuk ahli Wikipedia. Biasanya digunakan untuk memperkenalkan diri dan sebagai diari (menyimpan nota dan senarai suntingan/rujukan). Anda boleh menghubungi mana-mana pengguna melalui laman perbualan pengguna tersebut.
Lihat juga Wikipedia:Laman pengguna.
Laman perbualan
Laman yang dikhaskan untuk perbincangan. Semua laman di Wikipedia mempunyai laman perbualan/perbincangan.
Lihat juga Wikipedia:Laman perbualan.
Lencongan berganda
Laman alihan yang membawa ke alihan lain, dan bukan ke rencana sebenar. Ia perlu diperbaiki supaya mengalih terus ke rencana sebenar.
MediaWiki
Perisian Wikipedia dan projek Wikimedia lain, dan juga satu ruangnama.
Bandingkan dengan Wikimedia.
Lihat juga Wikipedia:MediaWiki.
Meta
Satu wiki khusus (Wikimedia Meta-Wiki) yang digunakan untuk tujuan perbincangan mengenai Wikipedia dan projek Wikimedia lain. Pernah dpanggil Metapedia, Meta Wikipedia dan Meta Wikimedia.
Lihat juga Wikipedia:Meta.
Mewiwikikan (wikify)
Memformat menggunakan penanda wiki (berbanding penanda HTML atau teks biasa) dan menambahkan pautan dalam kepada teks rencana.
NPOV
Pandangan berkecuali (Neutral point of view), atau NPOV ialah persetujuan menulis rencana secara objektif, iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak. Ini adalah polisi Wikipedia.
Nyahkekaburan (disambiguation)
Proses menguraikan konflik yang terjadi apabila dua rencana yang berbeza mempunyai tajuk biasa yang sama.
Lihat juga Wikipedia:Nyahkekaburan.
Nupedia
Satu projek sebelum Wikipedia yang ditutup pada 2003.
Pautan dalam (internal link)
Satu pautan ke laman lain di Wikipedia atau projek Wikimedia lain menggunakan penanda dua kurungan bentuk kotak "[[" and "]]". Pautan ini biasanya berwarna biru sekiranya laman tersebut wujud dan anda belum melawatinya dan ungu jika anda telah melawatinya, atau merah sekiranya laman tersebut belum wujud.
Lihat juga: interwiki dan m:interwiki link.
Pautan luar (external link)
Pautan ke laman yang bukan milik Wikimedia. Pautan bentuk ini biasanya mempunyai bentuk panah di akhirnya.
Lihat juga Wikipedia:Tutorial (Pautan luar).
Pautan merah (red link / broken link)
Pautan ke satu laman yang belum wujud, selalunya berwarna merah. Ia mungkin kelihatan seperti ini bergantung kepada tatarajah anda. Pautan ke laman baru juga mungkin kelihatan merah disebabkan oleh pepijat di templat meta. Biarkan sahaja seketika dan pautan tersebut akan kembali normal.
Pautan sendiri
Satu pautan wiki dalam rencana yang membawa pembaca ke rencana yang sedang dibaca. Pautan seperti ini akan dipaparkan sebagai teks tebal dan bukannya pautan.
Penanda wiki
Kod seperti HTML, namun lebih mudah dan senang, contohnya '''tebal''' dan bukan <b>tebal</b>. Ia merupakan kod sumber yang disimpan di dalam pangkalan data dan ditunjukkan di kotak suntingan. Carian menggunakan perisian Wikipedia dilakukan di teks sumber, manakala carian Google cuma mencari teks yang terhasil. Saiz sesuatu laman merupakan saiz teks wiki.
Juga digunakan: teks wiki.
Lihat juga Wikipedia:Menyunting.
Pengawas (oversight)
Seorang pengguna yang berhak menghapuskan sesuatu semakan suntingan kerana mengandungi rahsia seseorang atau alasan yang tertentu.
Pengosongan (blanking)
Mengosongkan laman. Pendatang baru mungkin melakukannya secara tidak sengaja. Namun jika dilakukan dengan sengaja, itu merupakan perbuatan laku musnah. Jika pengosongan dibuat kepada rencana baru yang mengarut, itu dikecualikan. Sila tarik perhatian penyelia untuk menghapuskan laman tersebut.
Penyelia (admin)
Penyelia merupakan seorang pengguna dengan keistimewaan teknikal untuk membantu membuat kerja-kerja rumah.
Juga digunakan: sysop, pengurus, pentadbir.
Perang sunting (edit war)
Bila dua atau lebih pihak berulangkali menyunting sesuatu rencana mengikut pendapat mereka, dan membuang isi yang tidak disukai.
Juga digunakan: perang kembali, perang balik asal.
Lihat juga Wikipedia:Perang sunting.
Teks plat dandang (boilerplate)
Pesanan piawai yang boleh ditambah kepada rencana menggunakan templat. Sebagai contoh, {{tunas}} dikembangkan menjadi berikut:
Portal
Portal ialah suatu laman yang menghimpunkan tajuk-tajuk yang berkaitan.
Quarto
Wikimedia Quarto ialah sebuah surat berita yang diterbitkan setiap suku tahun oleh Yayasan Wikimedia. Ia boleh dibaca di sini.
Ringkasan suntingan (edit summary)
Kandungan kotak "Ringkasan:" di bawah kotak suntingan pada halaman "sunting".
Lihat juga Wikipedia:Ringkasan suntingan.
Ruangnama (Namespace)
Satu cara mengelaskan laman. Wikipedia mempunyai 18 ruangnama untuk rencana ensiklopedia, laman projek (Wikipedia:), laman pengguna (Pengguna:), halaman istimewa (Istimewa:), laman mediawiki (MediaWiki:), laman perbualan (untuk rencana, laman projek dan laman pengguna) dan lain-lain.
Lihat juga Wikipedia:Ruangnama.
Sejarah
Semua sejarah silam sesuatu rencana, daripada mula hinggalah revisi terkini.
Lihat Wikipedia:Sejarah laman.
Sekat (block)
Menyekat seseorang pengguna dari menyunting Wikipedia untuk jangkamasa yang tertentu merupakan langkah disiplin terakhir yang akan diambil. Antara sebabnya ialah pengguna tersebut mempunyai sejarah suntingan berat sebelah, berterusan melakukan vandalisme, enggan bekerjasama dan mendengar teguran serta berlaku kurang sopan. Sekatan boleh dikenakan pada mana-mana pengguna berdaftar atau alamat IP pengguna tidak berdaftar.
Lihat juga Wikipedia:Polisi sekatan.
Senarai pilihan
Senarai laman yang dipilih pengguna, yang boleh dicapai di Senarai pilihan untuk melihat perubahan terkini pada laman-laman tersebut.
Lihat juga: m:Help:Watching pages.
Silam
Lihat sejarah.
Steward
Seorang Penyelia yang berkuasa menukar status mana-mana pengguna, termasuklah memberi atau menarik kuasa menjadi Penyelia dan bureaucrat.
Stub
Satu rencana ringkas yang biasanya mempunyai tidak lebih dari satu perenggan.
Lihat kategori ini untuk daftar rencana ringkas.
Lihat juga Wikipedia:Cari dan baiki stub.
Suntingan nol (null edit)
Suntingan nol terjadi apabila seseorang penyunting menyimpan sesuatu laman tanpa membuat sebarang suntingan. Kadangkala dibuat untuk memaksa kemaskini templat.
Suntingan seksyen
Menggunakan pautan 'sunting' di sebelah kanan laman, anda boleh menyunting satu bahagian (tajuk) sahaja, supaya lebih mudah mencari perkara yang ingin disunting. Walau bagaimanapun, anda memerlukan Javascript untuk melakukan ini.
Sysop
Lihat Penyelia.
Templat (template)
Satu cara untuk menambahkan kandungan satu laman ke laman lain secara automatik. Biasanya digunakan untuk topik berkaitan, bantuan pelayaran dan lain-lain.
Lihat Wikipedia:Templat.
Terjemahan
Wikipedia Bahasa Melayu sepatutnya hanya mempunyai laman di dalam bahasa Melayu. Laman berbahasa lain boleh dihapuskan jika tidak diterjemahkan.
Lihat kategori ini untuk daftar rencana yang memerlukan terjemahan.
Transwiki
Memindahkan sesuatu lama ke wiki lain, seperti Wiktionary, Wikibooks dan Wikisource.
Lihat juga m:Transwiki.
Ujian Google
Mencari nama rencana atau tajuk bahagian menggunakan enjin carian Google untuk pelbagai tujuan. Selalunya untuk memeriksa pelanggaran hakcipta, memastikan antara beberapa istilah yang mana lebih popular, memastikan sama ada seseorang itu cukup terkenal untuk medapat rencana sendiri dan memeriksa sama ada sesuatu topik yang samar dan pelik adalah benar atau ciptaan semata-mata.
Lihat juga Wikipedia:Ujian Google.
Wikibooks
Projek keluarga Wikipedia untuk menghasilkan buku teks dan manual percuma.
Lihat juga Wikibooks.
Wikimedia
Wikimedia Foundation Inc., satu pertubuhan bukan-mencari-untung yang memberikan bantuan undang-undang, kewangan, struktur serta perkakasan kepada Wikipedia dan projek lain sepertinya.
Bandingkan dengan MediaWiki.
Lihat juga Yayasan Wikimedia.
Wikiquette
Etika Wikipedia tentang cara bekerjasama membina Wikipedia.
Lihat juga Wikiquette.
Wikiquote
Projek keluarga Wikipedia untuk menghasilkan koleksi petikan percuma.
Lihat juga Wikiquote.
Wikisource
Projek keluarga Wikipedia untuk menghasilkan koleksi teks sumber asal percuma.
Lihat juga Wikisource.
Wiktionary
Projek keluarga Wikipedia untuk menghasilkan kamus percuma dalam setiap bahasa.
Lihat juga Wiktionary.
WP
Singkatan untuk Wikipedia.
Yatim
Laman yang tidak mempunyai pautan dari laman lain, tidak termasuk pautan antara bahasa. Laman yatim dan gambar tidak digunakan. ada menyenaraikan laman/gambar tersebut, namun ia jarang dikemaskini. Daftar Utama pula boleh dikemaskini secara manual.
en: / id: / ms: / etc.
Wikipedia Bahasa Inggeris / Bahasa Indonesia / Bahasa Melayu / dan lain-lain. Selalu dipakai di ringkasan suntingan to menandakan perubahan pada pautan interwiki. Untuk senarai kod penuh, sila lihat ISO 639. Untuk senarai penuh Wikipedia, lihat m:Complete list of language Wikipedias available.

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z