Perak F.C.
Penyumbang utama di rencana ini nampaknya mempunyai hubungan rapat dengan subjek. (Ogos 2022) |
Nama penuh | Kelab Bola Sepak Perak | ||
---|---|---|---|
Gelaran | Seladang (The Gaurs) Bos Gaurus | ||
Nama pendek | PFC | ||
Diasaskan | 1921 | ||
Stadium | Stadium Perak, Ipoh, Perak (Kapasiti: 42,500) | ||
Pemilik | XOX Berhad | ||
Pengerusi | Dato' Seri Abdul Azim bin Mohd Zabidi | ||
Pengurus | Neow Choo Seong | ||
Jurulatih | Yusri Che Lah | ||
Liga | Liga Super Malaysia | ||
2024 | Malaysia Super League, 4th of 13 | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
| |||
Musim semasa |
Perak Football Club atau juga dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Perak adalah sebuah kelab bola sepak profesional yang bertapak di Ipoh, Perak. Sejak diasaskan pada tahun 1921, Stadium Perak di Ipoh menjadi stadium utama Perak PC. Kini Perak FC bersaing di Liga Super Malaysia.
Seperti kebanyakan pasukan bola sepak negeri di Malaysia, kelab ini diuruskan oleh persatuan bola sepak negeri. Namun pada 2016, Perak FC telah mengambil langkah penswastaan dan memisahkan pengurusan daripada persatuan bola sepak negeri.
Gelaran lain Perak FC ialah The Bos Gaurus yang bermaksud Seladang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Perak FA (1921 - 2016)
[sunting | sunting sumber]Perak FA ditubuhkan pada tahun 1921 namun, pasukan ini tidak secara rasmi didaftarkan sehingga 18 April 1951 dimana badan pentadbiran Perak Amateur Football Association (PAFA) ditubuhkan dan mengambil alih pengurusan Perak FA. Perak FA adalah sebuah pasukan negeri yang mewakili negeri Perak dalam Piala Malaya (kemudian tukar kepada Piala HMS Malaya dan terkini Piala Malaysia). Perak FC adalah antara ahli pengasas dalam Piala Malaya.Perak FA adalah kelab ketiga paling berjaya dalam sejarah Piala Malaysia dengan 8 kali kejuaraan.
Sejak Liga Malaysia diperkenalkan pada tahun 1979, Perak FA telah menjadi juara pada edisi tahun 2002 dan 2003. Perak FA juga pasukan paling lama berada di dalam divisyen 1 Liga Malaysia sejak 1989 sehingga 2019 sebelum di singkirkan ke divisyen 2 buat kali pertama dalam sejarah kelab.
Pada tahun 1990 ketika Piala FA Malaysia mula dipertandingkan, Perak FA berjaya menjadi juara sulung dan mengulangi kejuaraan pada edisi tahun 2004.
Perak TBG (2016 - 2019)
[sunting | sunting sumber]Pada Februari 2016, Perak FA melakukan penjenamaan semula dan dikenali sebagai Perak The Bos Gaurus atau Perak TBG sebagai salah satu langkah penswastaan pasukan.
Perak TBG mendapat lesen kelab pada tahun 2017 sebagai syarat baharu FMLLP untuk penyertaan Liga Malaysia.
Kelab ini bejaya menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2018, piala pertama sejak 12 tahun lepas. Perak TBG juga menjadi naib juara Piala FA pada tahun yang sama sekaligus melayakan diri untuk menyertai pusingan kelayakan AFC Champions League 2019. Untuk menyertai kejohanan ini, Perak TBG telah bejaya mendapatkan lesen kelab AFC pada tahun 2019. Perak TBG mumbuat kemunculan sulung di AFC Champions League pada 12 Februari 2019 di pusingan awal 2 menentang pasukan dari Hong Kong, Kitchee SC dan berakhir dengan seri 1-1 selepas masa tambahan sebelum menang penentuan sepakan penalti 6-5. Perak TBG kemudian bertemu dengan kelab dari Korea, Ulsan Hyundai untuk pusingan ketiga namun tewas 1-5.
Perak FC (2020 - Kini)
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2020, Perak TBG telah bejaya menswastakan kelab mengikut keperluan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memisahkan persatuan bole sepak negeri dari kelab bola sepak.
Kemelut kewangan dan penyingkiran (2021-2022)
[sunting | sunting sumber]Akibat perubahan pentadbiran dari PAFA kepada kelab, pasukan Perak FC mengalami kekurang dana dari kerajaan negeri Perak, Selepas ketua jurulatih, Mehmet Durakovic meninggalkan Perak FC sebelum bermulanya musim 2021, Perak FC mengalami masalah kewangan yang serius dimana belanjawan kelab diturunkan dari RM35 juta kepada RM5 juta. Hal ini, menyebabkan pemain dibayar selama beberapa bulan. Pada bulan Mei 2021, pemain enggan turun latihan akibat tunggakan gaji.
Kesan daripada kemelut ini, pretasi pasukan mula merudum dan sekaligus mengakibatkan Perak PC buat pertama kalinya dalam sejarah pasukan tersebut tersingkir ke divisyen 2 Liga Malaysia, Liga Perdana pada September 2021. Perak FC juga dikenankan tindakan larangan perpindahan permain oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Pengambilalihan oleh IMC Sdn Bhd
[sunting | sunting sumber]Pada November 2021, PAFA mengumumkan Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd sebagai pemilik baru Perak FC selepas 100% pegangan saham induk itu dijual kepada syarikat berkenaan.Ini menjadi Perak FC kelab kelima yang menjual 100% pegangan syarikat secara sekali gus selepas Sri Pahang FC, PJ City FC, Johor Darul Ta'zim dan Kelantan FC.[1]
Pengambilaihan oleh XOX Bhd
[sunting | sunting sumber]XOX Bhd melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan 100% Perak FC Sdn Bhd pada Ogos 2022. [2]
Naik semula ke Liga Super
[sunting | sunting sumber]Susulan perubahan struktur Liga Malaysia, Perak FC dinaikan semula ke Liga Super selepas berjaya melepasi syarat yang ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Pencapaian Individu
[sunting | sunting sumber]Anugerah Penyerang Pilihan
Musim | Pemain |
---|---|
2006–07 | Muhamad Khalid Jamlus |
Anugerah Pemain Paling Popular
Musim | Pemain |
---|---|
2006–07 | Kaliappan Nanthakumar |
Liga-M Anugerah Kasut Emasll
Musim | Pemain | Jaringan |
---|---|---|
2001 | Norizam Ali Hassan | 13 |
2002 | Muhamad Khalid Jamlus | 17 |
2005–06 | Keita Mandjou | 17 |
2006–07 | Keita Mandjou | 21 |
Liga-M Penjaring Terbanyak Perak FA
Musim | Pemain | Jaringan | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Marshall Soper | 11 | ||||||
1996 | Noel Dodo Kipee | 13 | ||||||
1997 | László Répási | 19 | ||||||
1998 | László Répási | 8 | ||||||
1999 | Azrul Amri Burhan | 6 | ||||||
M.Nagaraja | ||||||||
2000 | Muhamad Khalid Jamlus | 7 | ||||||
2001 | Norizam Ali Hassan | 13 | ||||||
2002 | Muhamad Khalid Jamlus | 17 | ||||||
2003 | Muhamad Khalid Jamlus | 9 | ||||||
2004 | Frank Seator | 14 | ||||||
2005 | Keita Mandjou | 11 | ||||||
2006 | Keita Mandjou | 17 | ||||||
2007 | Keita Mandjou | 21 | ||||||
2008 | Carlos Arturo Caceres | 17 | ||||||
2009 | Razali Umar Kandasamy | 13 | ||||||
2010 | Mohd Nazri Mohd Kamal | 6 | ||||||
2011 | Akmal Rizal Ahmad Rakhli | 9 | ||||||
2012 | Michal Kubala | 13 | ||||||
2013 | Paulo Rangel | 11 | ||||||
2014 | Abdulafees Abdulsalam | 5 | ||||||
Milan Purović | ||||||||
2015 | Charles Chad | 9 | ||||||
Namkung Woong | ||||||||
2016 | Elias Fernandes | 9 | ||||||
2017 | {{ country showdata</noinclude> | alias = Negara Palestin | shortname alias = Palestin | flag alias = Flag of Palestine.svg | size = | name = | altlink =
}} Yashir Pinto |
6 |
2018 | Gilmar Filho | 11 | ||||||
2019 | Careca | 7 | ||||||
2020 | Shahrel Fikri | 10 |
Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 21 July 2020
# | Nama | Tahun | Liga | Piala FA | Piala Malaysia | Piala Sumbangsih | Piala AFC | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Muhamad Khalid Jamlus | 1999–2004, 2007-2008 | 70 | 13 | 26 | 0 | 5 | 114 |
2 | Keita Mandjou | 2004-2007 | 49 | 12 | 14 | 4 | 2 | 81 |
3 | Frank Seator | 2003-2005 | 26 | 12 | 12 | 0 | 6 | 64 |
Penyokong
[sunting | sunting sumber]Pasukan Perak juga mempunyai gerakan penyokong berkonsepkan Ultras yang dikenali sebagai Ultras Silvermania. Kumpulan penyokong ini akan sentiasa memberikan sokongan yang berterusan kepada para pemain Perak dari awal sebelum perlawanan hingga lah tamat perlawanan tanpa henti. Dipercayai gerakan Silvermania ini dirancang sekitar tahun 2009 dan merupakan antara yang terawal di Liga Malaysia.
Seperti pasukan lain, negeri Perak juga mempunyai lagu penyokong dan liriknya digunakan untuk menaikkan semangat pemain. Versi popular lagu penyokong Perak adalah dalam versi When The Saints Go Marching In.
Ipoh Mali, Ipoh Mali, Ipoh Mali,
Talak Sombong,
Ipoh Mali Talak Sombong,
Ipoh Mali Talak Sombong.
Satu slogan kegemaran penyokong Perak adalah Kejor Yeop Kejor, yang secara kasar diterjemahkan menjadi "kejar, saudara, kejar". Slogan tersebut diterima pakai oleh pasukan selepas Kerajaan Negeri Perak menggunakan slogan tersebut pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 1996. Pada tahun 2007, pasukan Perak FC telah memperkenalkan lagu berjudul, 'Skor Yeop Skor'.
Khabar angin mengatakan lagu ini mula kedengaran apabila Perak muncul juara Piala FA Malaysia pada 1990. Sejak itu, laungan Kejor Yeop Kejor menjadi sinonim kepada penyokong Perak. Pada perlawanan akhir Piala FA 1990, Perak ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama dan pada masa rehat, penyokong Selangor bersuara kepada penyokong Perak dengan laungan Kejor Yeop Kejor.
Pada masa separuh masa kedua, Perak berjaya mengikat kedudukan kepada 2-2 dan penyokong Perak mula melaungkan Kejor Yeop Kejor. Lauangan tersebut menjadi semakin kuat apabila Perak berjaya menjaringkan dua lagi gol untuk mencatat kemenangan 4-2 ke atas Selangor.
Kini penyokong pasukan Perak FC digelar The Supporters
Stadium
[sunting | sunting sumber]
Tajaan Jersi Pasukan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pengeluar | Penaja |
---|---|---|
1995-1996 | Asics | Dunhill |
1997-1999 | Puma | Dunhill |
2000 | Line 7 | Dunhill |
2001 | Umbro | Dunhill |
2002-04 | Lotto | |
2005 | TM | |
2006-09 | Joma | |
2010 | Specs | |
2011 | Denaturherbs | |
2012 | Kika | Denaturherbs |
2013 | Umbro / Kappa | Lembaga Air Perak Diarkibkan 2019-10-29 di Wayback Machine |
2014 | Joma / PAFA Sports[3] | Lembaga Air Perak Diarkibkan 2019-10-29 di Wayback Machine / Casuarina |
2015 | AL Sports | Perak Agro Diarkibkan 2018-08-07 di Wayback Machine / Casuarina |
2016 | Lembaga Air Perak Diarkibkan 2019-10-29 di Wayback Machine / Perak Corp. | |
2017 | Lembaga Air Perak Diarkibkan 2019-10-29 di Wayback Machine / Perak Corp. | |
2018 | Lembaga Air Perak Diarkibkan 2019-10-29 di Wayback Machine / Perak Corp. / MapsPerak / Quip / WCE / Al-Ikhsan | |
2019 | Umbro | Lembaga Air Perak Diarkibkan 2019-10-29 di Wayback Machine / Sapura Energy. Diarkibkan 2020-03-19 di Wayback Machine / Setiaawan Diarkibkan 2019-11-22 di Wayback Machine / Al-Ikhsan / OldTown White Coffe Diarkibkan 2020-03-01 di Wayback Machine /kltehlanddev Diarkibkan 2020-08-05 di Wayback Machine / [1][pautan mati kekal] |
2020 | Kelme | Visit Perak (tuan rumah) & Pangkor Duty Free Island (tempat lawan) |
2021 | Kaki Jersi | Lenggong Valley (tuan rumah) , Royal Belum (tempat lawan) & 100 Years of Perak ( Tempat Ketiga ) |
2022 | Lotto / Cheetah | Prestige Sport, Cosmic Express / XOX, XOX Black Market |
2023 | Cheetah | XOX, Progenet, XOX Black Market, Apotec Chocoactiv |
2024 - 2025 | Cheetah | XOX, KDDI, Visit Perak, Symphony Life |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Domestik
[sunting | sunting sumber]Kejohanan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super | ||
Divisyen 2/Perdana 2/Liga Premier | ||
Divisyen 3/Liga FAM | ||
Piala Malaysia | ||
Piala FA Malaysia | ||
Piala Sumbangsih |
Belia
[sunting | sunting sumber]Kejohanan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Piala Presiden | ||
Piala Belia |
Asia
[sunting | sunting sumber]Kejohanan | Keputusan |
---|---|
Liga Juara-Juara AFC | |
1969 (Pusingan 1) | |
1971 (Pusingan 1) | |
2019 (Kelayakan) | |
Piala AFC | 2004 (Suku Akhir) |
2005 (Pusingan 1) | |
2008 (Suku Akhir) | |
Kejohanan Kelab ASEAN | 2003 (Tempat Ke-4) |
Pemain
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 17 Oktober 2024
Skuad Utama
[sunting | sunting sumber]Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
- ^ Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (23 November 2021). "IMC kini pemilik baharu Perak FC". Berita Harian.
- ^ Abd Razak Mohd Ali (26 Ogos 2022). "Perak FC kini milik penuh XOX Berhad". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-10-16.
- ^ http://www.sinarharian.com.my/nama-baru-stadium-perak-1.155544 Diarkibkan 2019-07-04 di Wayback Machine Nama Baru Stadium Perak