Sukan Malaysia
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Sukma Games (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Edisi pertama | Sukan Malaysia 1986 di Kuala Lumpur |
---|---|
Diadakan pada setiap | dua tahun |
Edisi terakhir | Sukan Malaysia 2024 di wilayah Sarawak |
Edisi seterusnya | Sukan Malaysia 2026 di negeri Selangor |
Kegunaan | Kejohanan pelbagai acara untuk setiap negeri di Malaysia |
Laman sesawang | Majlis Sukan Negara Malaysia |
Sukan Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.
SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara tahunan untuk mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.
Objektif
[sunting | sunting sumber]- Untuk mempertingkatkan mutu sukan dan menggalakkan pertumbuhan bilangan penyertaan di peringkat negeri dan daerah terutama dalam sukan-sukan yang diberi keutamaan.
- Menggalakkan dan mempertingkatkan prestasi kepegawaian seperti jurulatih, pegawai-pegawai teknikal, dan pentadbir-pentadbir sukan.
- Menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta membaikpulih kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan daerah.
- Menjadi asas pemilihan atlet-atlet bagi mewakili negara ke peringkat antarabangsa di masa hadapan.
- Menjadikan sebagai usaha meningkatkan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Senarai pasukan yang menyertai Sukan Malaysia
[sunting | sunting sumber]
Catatan:
- ↑ Bukan dari dalam Malaysia.
Bekas pasukan
[sunting | sunting sumber]- Angkatan Tentera Malaysia
- Kuala Lumpur1
- Labuan1
- Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM)
- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
- Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg Polis Diraja Malaysia
- Wilayah Utara2
Catatan:
- ↑ Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bergabung di bawah kontinjen Wilayah Persekutuan sejak tahun 2006.
- ↑ Bukan dari dalam Malaysia.
Sukan
[sunting | sunting sumber]Sukan teras
[sunting | sunting sumber]Sukan pilihan
[sunting | sunting sumber]Pungutan pingat keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan kutipan pingat Sukan Malaysia 1986 hingga 2024. Bekas pasukan ditandakan dengan tulisan condong.
Kedudukan | Kontinjen | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Selangor | 887 | 905 | 992 | 2784 |
2 | Sarawak | 819 | 747 | 827 | 2393 |
3 | Terengganu | 543 | 531 | 676 | 1750 |
4 | Perak | 505 | 533 | 719 | 1757 |
5 | Pulau Pinang | 486 | 498 | 645 | 1629 |
6 | Johor | 465 | 467 | 607 | 1539 |
7 | Pahang | 461 | 433 | 498 | 1392 |
8 | Wilayah Persekutuan | 433 | 449 | 523 | 1405 |
9 | Sabah | 369 | 432 | 582 | 1383 |
10 | Kedah | 310 | 288 | 425 | 1023 |
11 | Negeri Sembilan | 279 | 261 | 398 | 938 |
12 | Kuala Lumpur | 274 | 276 | 279 | 829 |
13 | Melaka | 244 | 245 | 331 | 820 |
14 | Kelantan | 149 | 171 | 220 | 540 |
15 | Perlis | 85 | 93 | 179 | 357 |
16 | Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg PDRM | 31 | 36 | 45 | 112 |
17 | MASUM | 17 | 17 | 15 | 49 |
18 | ATM | 12 | 27 | 39 | 78 |
19 | Brunei | 7 | 17 | 36 | 60 |
20 | Labuan | 2 | 4 | 12 | 18 |
21 | MSSM | 2 | 2 | 9 | 13 |
22 | Wilayah Utara | 1 | 0 | 1 | 2 |
Jumlah (22 kontinjen) | 6381 | 6432 | 8058 | 20871 |
Senarai edisi Sukan Malaysia
[sunting | sunting sumber]Semua negeri, wilayah dan wilayah persekutuan pernah menganjurkan Sukan Malaysia, kecuali Kelantan (kali pertama bagi Kelantan akan diadakan pada 2028).[5][6][7][8][9]
Edisi | Tahun | Tuan rumah | Stadium utama | Tarikh mula | Tarikh tamat | Bilangan sukan | Bilangan acara | Bilangan kontinjen | Bilangan peserta | Juara keseluruhan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
I | 1986 | Kuala Lumpur | Stadium Merdeka, Kuala Lumpur | 19 April | 26 April | 16 | 123 | 16 | 3849 | Kuala Lumpur (1) |
II | 1988 | Kuala Lumpur | Stadium Merdeka, Kuala Lumpur | 12 November | 19 November | 17 | 133 | 17 | 4214 | Selangor (1) |
III | 1990 | Sarawak | Stadium Negeri Sarawak, Kuching | 18 Julai | 27 Julai | 15 | 134 | 17 | 2849 | Sarawak (1) |
IV | 1992 | Johor | Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Johor Bahru | 2 Julai | 12 Julai | 22 | 199 | 17 | 4405 | Sarawak (2) |
V | 1994 | Perak | Stadium Perak, Ipoh | 9 Jun | 18 Jun | 25 | 223 | 17 | 4523 | Sarawak (3) |
VI | 1996 | Pahang | Stadium Darul Makmur, Kuantan | 1 Jun | 10 Jun | 25 | 277 | 19 | 5206 | Selangor (2) |
VII | 1998 | Selangor | Upacara perasmian Stadium Shah Alam Upacara penutupan Stadium Melawati |
17 April | 26 April | 24 | 264 | 16 | 3956 | Selangor (3) |
VIII | 2000 | Pulau Pinang | Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan | 25 Mei | 3 Jun | 29 | 332 | 19 | 5208 | Selangor (4) |
IX | 2002 | Sabah | Stadium Likas, Kota Kinabalu | 7 September | 15 September | 27 | 347 | 20 | 5324 | Selangor (5) |
X | 2004 | Negeri Sembilan | Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban | 29 Mei | 6 Jun | 30 | 349 | 17 | 6000 | Selangor (6) |
XI | 2006 | Kedah | Stadium Darul Aman, Alor Setar | 28 Mei | 4 Jun | 26 | 370 | 16 | 4882 | Selangor (7) |
XII | 2008 | Terengganu | Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu | 31 Mei | 9 Jun | 31 | 404 | 15 | 6000 | Terengganu (1) |
XIII | 2010 | Melaka | Stadium Hang Jebat, Paya Rumput | 10 Jun | 19 Jun | 33 | 418 | 15 | 7000 | Terengganu (2) |
XIV | 2011 | Wilayah Persekutuan | Stadium KLFA, Kuala Lumpur | 2 Jun | 12 Jun | 19 | 129 | 14 | 3368 | Terengganu (3) |
XV | 2012 | Pahang | Stadium Darul Makmur, Kuantan | 9 Julai | 16 Julai | 24 | 393 | 15 | 5828 | Terengganu (4) |
XVI | 2013 | Wilayah Persekutuan | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur | 28 Jun | 7 Julai | 23 | 130 | 14 | 3618 | Selangor (8) |
XVII | 2014 | Perlis | Stadium Utama, Kangar | 24 Mei | 4 Jun | 24 | 389 | 15 | 7815 | Wilayah Persekutuan (1) |
XVIII | 2016 | Sarawak | Stadium Sarawak, Kuching | 23 Julai | 31 Julai | 24 | 382 | 15 | 5670 | Selangor (9) |
XIX | 2018 | Perak[10] | Stadium Perak, Ipoh | 11 September | 22 September | 29 | 427 | 15 | 7464 | Terengganu (5) |
- | 2020 | Dibatalkan akibat Pandemik COVID-19 | ||||||||
XX | 2022 | Kuala Lumpur (MSN) | Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM | 17 September | 24 September | 31 | 426 | 15 | 6606 | Johor (1) |
XXI | 2024 | Sarawak | Upacara perasmian Stadium Sarawak, Kuching Upacara penutupan Stadium Perpaduan, Kuching |
17 Ogos | 24 Ogos | 37 | 488 | 15 | 9927 | Sarawak (4) |
XXII | 2026 | Selangor (MSN) | Peristiwa akan datang | |||||||
XXIII | 2028 | Kelantan | Peristiwa akan datang |
Rujukan relevan: [11]
Senarai Olahragawan Dan Olahragawati Sukan Malaysia
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kontinjen". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2007.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "Sukan Malaysia". Perak State Sport Council.
- ^ "Sukan Malaysia". Sabah State Sport Council.
- ^ "List of Champions of Sukma". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 May 2021. Dicapai pada 23 January 2017.
- ^ "Sukan Malaysia".
- ^ "Sukan Malaysia".
- ^ "Senarai juara Sukma".
- ^ BERNAMA (16 Mac 2023). "Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 17 Mac 2023.
Menurutnya Sukma 2026 akan dianjurkan oleh MSN manakala Kelantan bersetuju untuk menerima tanggungjawab selaku tuan rumah edisi 2028 untuk memberikan mereka tempoh persiapan yang lebih panjang.
(dalam bahasa Bahasa Melayu) - ^ Helmi Taklah (17 Mac 2023). "MSN beri Kelantan masa tambahan". www.bharian.com.my. Berita Harian (Malaysia). Dicapai pada 17 Mac 2023.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail menerusi satu kenyataan, berkata keputusan supaya Kelantan menjadi tuan rumah SUKMA 2028 adalah demi memberikan masa tambahan kepada kerajaan negeri menyiapkan infrastruktur sukan bagi penganjuran tersebut.
(dalam bahasa Bahasa Melayu) - ^ "Perak, Johor tuan rumah Sukma 2018, 2020". Sinar Harian. 14 May 2015.
- ^ 488 Events (37 types of Sports) in Sukma XXI
- ^ "Sukma 1992 tutup" (PDF).
- ^ "Sukma 1998 tutup" (PDF).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
{{#switch:||Kategori=