Polis EVO 3
Polis EVO 3 | |
---|---|
Pengarah | Syafiq Yusof |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Jordan Chiam |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | TGV Cinemas |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 113 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | |
Bajet | RM8 juta |
Pecah panggung | RM54 juta[1] |
Polis EVO 3 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2023 arahan Syafiq Yusof. Kesinambungan kepada Polis EVO 2 (2018) dan siri ketiga dalam trilogi Polis EVO, ia dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak yang kembali menjayakan watak masing-masing dalam dua filem terdahulu dengan disertai oleh Sharnaaz Ahmad, Farali Khan, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Douglas Lim, beserta Nora Danish dan Eyka Farhana yang membuat kemunculan semula. Ia mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru untuk menumpaskan bekas sarjan serta teman rapat Khai, Reza (Sharnaaz Ahmad) yang menjadi pengganas, dan kali ini pasukan mereka disertai oleh tiga pegawai polis yang memiliki kepakaran berbeza.
Penggambaran dijalankan dari November 2019 sehingga Januari 2020 di kawasan Kuala Lumpur, Terengganu dan Pulau Pinang. Setelah penundaan berikutan pandemik COVID-19, filem ini ditayangkan mulai 25 Mei 2023 di pawagam seluruh Malaysia. Setakat Jun 2023, filem ini memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM50 juta, mengatasi dua filem terdahulunya, dan menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia bagi tahun 2023.[2] Gaya lakonan para pelakon serta babak aksi filem menerima ulasan positif daripada para pengkritik, sementara gaya plot keseluruhan filem juga menimbulkan kritikan oleh sesetengah daripada mereka.
Plot
[sunting | sunting sumber]Dalam kesibukan sebagai anggota polis, keluarga Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) sedang melakukan persiapan perkahwinan Sani dengan tunangnya, Khadijah. Di samping itu, Khai pula berkonflik dengan teman wanitanya serta adik Sani, Anis (Nora Danish) kerana masih belum berkahwin sungguhpun sudah lama menjalinkan percintaan berikutan tugasnya sebagai anggota polis.
Filem bermula dengan Khai dan Sani menyamar sebagai agen kongsi gelap di bawah ketuanya, Chao di sebuah kelab malam yang dijadikan markas dalam sebuah operasi, dengan pengakhiran berjaya setelah Chao dapat ditangkap. Mereka berdua kemudiannya dipanggil untuk menyiasat satu serangan bom di Pulau Pinang yang menyaksikan seorang anggota polis yang dijadikan tebusan kemudian dibunuh dan diikuti dengan isteri dan anak anggota polis itu serta puluhan orang awam dalam sebuah restoran terbunuh. Serangan itu didalangi seorang bekas sarjan serta rakan sekerja rapat Khai, Reza (Sharnaaz Ahmad) yang disangka mati membunuh diri sedekad yang lalu. Berdasarkan siasatan awal, pihak polis melancarkan Ops Siong yang menyasarkan suspek berkait, Gaya Anuwat, seorang peniaga senjata dan pembekal bom Semtex dalam serangan itu, untuk memperoleh telefon pakai buang dalam usaha menjejak keberadaan Reza.
Kemudian, Khai secara khususnya, serta Sani, giat memburu Reza yang menyasarkan Khai. Reza, selaku rakan Khai, berubah sikapnya selepas Ops Sabrum 10 tahun lepas, di mana Khai terpaksa mengorbankan Farah, isteri Reza yang dijadikan tebusan oleh satu kumpulan pengganas untuk mematikan bom dalam bangunan dipenuhi ratusan orang awam. Sekiranya Farah pula dipilih diselamatkan, sungguhpun ditentang habis-habisan oleh Reza. Selepas kejadian itu, Reza bersembunyi buat sekian waktu, dan merancang membalas dendam untuk membela kematian Farah.
Selepas berjaya dijejak dengan telefon pakai buang daripada Ops Siong, Khai bertemu dengan Reza secara peribadi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk menyelesaikan konflik antara mereka selama ini. Walaubagaimanapun, tanpa pengetahuan Khai, pertemuan ini merupakan taktik untuk memerangkap dan menangkap Reza. Setelah penangkapan dan siasatan lanjut, Reza dibawa ke tahanan, dan sebuah operasi dibuat di Kamunting untuk menjejak bom Semtex 20 kilogram yang diperoleh Reza. Namun begitu, Reza berjaya membebaskan dirinya dalam perjalanan, dan pasukan polis di Kamunting pula terperdaya; tiada bom di situ, dan sebaliknya menemui gambar orang sasaran Reza, terutamanya Anis. Reza yang bebas kemudian menculik Anis di rumahnya dan dijadikan tebusan sebelum memanggil Khai ke Bukit Bintang untuk memulakan balas dendamnya.
Di Bukit Bintang, Khai dikenakan dilema yang serupa dengan apa yang dialami Reza semasa Ops Sabrum: dalam masa lima minit, Khai perlu membuat keputusan untuk menyelamatkan Anis yang dipasang ves bom yang direka untuk hanya membunuh Anis, atau orang awam yang diancam bom 20 kilogram yang disembunyikan di stesen MRT berdekatan. Sungguhpun begitu, atas kepakaran Inspektor Dani, pakar pemusnah bom, satu jalan alternatif berjaya ditemui, dan kedua-dua pihak berjaya diselamatkan. Berang dengan kegagalan rancangannya, Reza kemudiannya keluar daripada persembunyiannya lalu melepaskan tembakan rambang dari dalam bangunan Yayasan Selangor. Ini kemudiannya membawa kepada pertempuran antara Reza dengan Khai serta Sani, dan akhirnya, Reza berjaya dibunuh oleh Khai.
Selepas kejadian tersebut, majlis nikah diadakan antara Sani dan Khadijah, dan Khai pula berjaya melamar Anis sejurus selepas itu. Sani berterima kasih kepada Khai atas persahabatannya selama ini, dan mengizinkan berkat kepadanya untuk menjalinkan perkahwinan dengan Anis.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Shaheizy Sam sebagai Khairul/Inspektor Khai[3]
- Zizan Razak sebagai Hasani/Inspektor Sani[4]
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Sharnaaz Ahmad sebagai Reza Rashid, bekas sarjan polis dan rakan sekerja lama Inspektor Khai yang berdendam dengan Khai, polis dan orang awam setelah kematian isterinya[5]
- Nora Danish sebagai Anis, adik kepada Sani dan kakak kepada Yati, tunang kepada Inspektor Khai
- Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani Khir, ahli pasukan UKAP serta pakar pemusnahan bom
- Douglas Lim sebagai Inspektor Dell, ahli pasukan UKAP, pakar IT
- Farali Khan sebagai Inspektor Julie, ahli tunggal wanita dalam UKAP, pakar tembakan tepat dan kombat
- Fauzi Nawawi sebagai ACP Farouk, Ketua UKAP
- Eyka Farhana sebagai Yati, adik bongsu Sani dan Anis
- Kamaliah Mat Dom sebagai Ibu Sani, Anis, dan Yati
- Fadilah Mansor sebagai Ibu Khai
- Fezrul Khan sebagai Inspektor Faizal, bekas rakan setugas Insp. Khai dan Sjn. Reza
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Michael Ang sebagai Chao, ketua kongsi gelap serta buruan Khai dan Sani yang muncul di awal filem[6]
- Iman Corinne Adrienne sebagai Gaya Anuwat, peniaga senjata yang menjual Semtex kepada Reza
- Ben Amir sebagai orang kanan Gaya
- Wanna Ali sebagai Khadijah, tunang (kemudian isteri) kepada Insp Sani
- Naquiyudin Roslan sebagai tauke pasar raya Sungai Wang
- Zulin Aziz sebagai Mimi, jiran Insp Sani
- Fouziah Gous sebagai isteri Insp Faizal
- Ezzaty Abdullah sebagai Farah, isteri Reza yang dibunuh pengganas semasa Ops Sabrum
- Rizal Halim sebagai orang suruhan Chao
- Echo Quah sebagai PMC bertatu
- Zukie Mohamad sebagai koperal polis
- Azwan Razali sebagai kontraktor tentera swasta
- Danial Zaini sebagai Pengawal keselamatan
- Hun Haqeem sebagai Anggota polis dalam Ops Sabrum
- Radin Era sebagai Saksi
- Mohd Zabri Ibrahim sebagai Jambu
- Dato' Afdlin Shauki sebagai Kassim, bapa Khadijah dan bapa mentua Insp. Sani
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Selepas kejayaan dua filem terdahulu, siri ketiga filem ini telah diumumkan pada September 2019 dengan Syafiq Yusof menggalas tanggungjawabnya sebagai pengarah, sekaligus mengambil alih tugas daripada Ghaz Abu Bakar yang mengarahkan filem pertama dan Joel Soh dan Andre Chiew yang mengarahkan filem kedua, sekaligus kembali mengangkat genre asal filem ini iaitu aksi komedi.[7]
Zizan Razak dan Shaheizy Sam telah bersetuju untuk menjayakan semula watak mereka, turut kembali berlakon dalam siri ketiga filem ini ialah Nora Danish[8] dan Eyka Farhana.[9] Syafiq Kyle yang terkenal dengan drama TV termasuk One Cent Thief, Mencintaimu Mr. Photographer dan Nur,[10] memegang watak sebagai Inspektor Dani. Turut menjayakan filem ini ialah Michael Ang,[11] Fauzi Nawawi, Ben Amir dan Sharnaaz Ahmad.[12] Penerbitan filem ini ditangguhkan sementara berikutan pandemik COVID-19 yang mengakibatkan penangguhan sementara semua aktiviti penggambaran filem dan drama.[13]
Penggambaran dijalankan dari November 2019 sehingga Januari 2020[14] di beberapa tempat di Semenanjung, termasuk Kuala Lumpur. Bukit Bintang, misalnya, menjadi tempat latar tempat adegan klimaks filem tersebut serta bangunan PULAPOL Jalan Semarak dan Stadium KLFA, Cheras yang dijadikan stand in Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ibu Pejabat Polis Terengganu.
Muzik
[sunting | sunting sumber]Runut bunyi rasmi bagi filem ini ialah "Ayuh" dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Ernie Zakri dan Aman RA. Ia dikeluarkan pada 13 April 2023 iaitu hari yang sama dengan tarikh treler filem ini dikeluarkan untuk muzik video lirik,[15] dan muzik video rasmi pula pada 19 Mei 2023, enam hari sebelum tayangan penuh pada 25 Mei.
Keluaran
[sunting | sunting sumber]Tayangan
[sunting | sunting sumber]Berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia yang mengakibatkan penutupan panggung wayang dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara Datuk Dr. Yusof Haslam mengumumkan bahawa filem ini bersama dengan Abang Long Fadil 3, juga arahan Syafiq, ditundakan pelancarannya yang dirancang pada awal 2022.[16][17] Sebaliknya, ia kemudiannya dijadualkan untuk ditayangkan pada 25 Mei 2023 untuk Malaysia, Singapura dan Brunei selepas Hari Raya Aidilfitri.[18] Manakala untuk tayangan OTT, Astro Shaw mengumumkan bahawa filem ini bakal ditayangkan di Astro First terlebih dahulu pada 10 Ogos 2023 setelah semua tayangan di pawagam selesai.[19] Pada 14 April 2023, Polis EVO 3 disiarkan di Astro Ria.
Pemasaran
[sunting | sunting sumber]Pada waktu pelancaran, Polis EVO 3 berkolaborasi dengan permainan video mudah alih, PUBG Mobile dengan menerapkan pek kandungan terhad khas yang bertemakan filem tersebut.[20][21] Patung edisi khas filem ini turut dikeluarkan hasil kerjasama Astro Shaw, Rojak Daily dan English Speaking Asians (ESA).[22] Mural filem ini hasil nukilan Abdul Rashade telah diabadikan di Jalan Kamunting, Kuala Lumpur hasil sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).[23] Baju Polis Evo 3 dilancarkan dan boleh dibeli di The Merchist[24] pada hari yang sama. Koleksi akan dikemaskini pada masa yang sama bergantung pada permintaan orang ramai.
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Kutipan pecah panggung
[sunting | sunting sumber]Jadual kutipan pawagam Polis EVO 3 (25 Mei – 20 Julai) | |
---|---|
Tempoh Tayangan | Kutipan kumulatif |
Tayangan Awal (24 Mei) | RM1.3 juta |
1 hari (hingga 25 Mei) | RM3.4 juta |
4 hari (hingga 28 Mei) | RM16 juta |
7 hari (hingga 31 Mei) | RM25 juta |
9 hari (hingga 2 Jun) | RM30 juta |
12 hari (hingga 6 Jun) | RM41.3 juta |
16 hari (hingga 10 Jun) | RM45 juta |
24 hari (hingga 18 Jun) | RM50 juta |
32 hari (hingga 26 Jun) | RM52 juta |
56 hari (hingga 20 Julai) | RM54 juta |
Pada hari pelancaran, filem ini memperoleh kutipan sebanyak RM3.4 juta, melebihi kutipan hari pelancaran filem antarabangsa saingan pada masa tersebut di Malaysia.[25][26] Menjelang 30 Mei, kutipan pecah panggung mencapai angka RM16 juta, termasuk kutipan di Singapura dan Brunei,[27][28] sekaligus mengatasi kutipan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) yang memperoleh kutipan RM12.2 juta selepas empat hari tayangan.[29][30]
Dalam seminggu, kutipan dicatatkan kira-kira RM25 juta, sekaligus mengatasi kutipan judul-judul terdahulu trilogi serta menyamai filem arahan Syafiq sendiri, Abang Long Fadil 3 dan berjaya mencipta rekod baharu apabila mendapat kutipan tertinggi selepas seminggu (RM25 juta) yang asalnya juga dipegang oleh filem arahan abangnya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.[31][32][33] Filem ini berjaya menyamai filem edaran Astro Shaw, BoBoiBoy Movie 2.[34] dengan kutipan terus meningkat sebanyak RM30 juta dalam tempoh 10 hari pertama tayangannya di pawagam seluruh negara.[35]
Setelah hampir dua minggu, Polis EVO 3 berjaya mengutip sebanyak RM41 juta sekaligus menjadikan filem ini pilihan nombor 1 Malaysia bagi tahun 2023[36] dan juga mengalahkan filem Hantu Kak Limah dan Mechamato Movie yang kedua-duanya merupakan filem di bawah terbitan Astro Shaw.[37] Secara tidak langsungnya, filem ini berjaya menjadi filem 3 teratas dalam senarai filem kutipan tertinggi sepanjang zaman apabila kutipannya meningkat sebanyak RM50 juta dalam tempoh 24 hari tayangannya.[1][38][39]
Ulasan kritis
[sunting | sunting sumber]Filem ini menerima ulasan yang positif dan bercampur-campur daripada pengkritik filem. Utusan Malaysia memuji filem tersebut atas gaya lakonan yang baik serta plot yang mudah dan menarik.[40]
Fahim Zahar dari Aksiz menyatakan bahawa Polis Evo 3 ialah filem yang boleh tonton dengan seisi keluarga di pawagam dan pulang dengan rasa puas hati. Mereka memberikan rating 8/10.[41]
Getaran mengatakan bahawa filem ini dianggap seperti makan nasi lemak yang sama setiap hari dan memberikan rating filem ini sebanyak 4 Getar.[42]
Aidil Rusli dari The Malay Mail mengulas bahawa filem ini ialah "gabungan sempurna" daripada dua filem terdahulu dan "mengukuhkan lagi ukiran ceruk ini, memberikan hiburan yang sangat menghiburkan yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga, tetapi tidak mengabaikan aksi taktikal yang mengagumkan".[43]
Dalam ulasan retrospektifnya mengenai Polis EVO 3, Hazique Zairill dari The Sun Daily menulis: "Polis EVO 3 ialah [sebuah] filem yang wajib ditonton yang menampilkan aksi dan komedi tanpa henti, plot yang mendebarkan dan barisan pelakon yang luar biasa".[44]
Portal filem Kakimuvee memberikan penarafan 4 daripada 5 bintang untuk filem ini dan mengulas: "Polis EVO 3 memberikan jalan cerita yang cukup kuat, dengan kisah lampau Khai yang berjaya memberi kesan pada perkembangan karakter dan pembinaan bahagian ketiga filem yang sangat mendebarkan".[45]
Ruby.my memuji plot filem ini kerana "padat dengan aksi kombat".[46]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Fatin Farhana Ariffin (18 Jun 2023). "Polis Evo kaut RM50 juta". Berita Harian. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ "Polis Evo 3 muncul filem nombor satu negara" (Kenyataan Media). Astro Awani. 4 Jun 2023. Dicapai pada 11 Jun 2023.
- ^ Najiy Jefri (4 Februari 2020). Tak mahu main redah Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ Azwa Rahman (2 Disember 2019). “Siapa Berani Main Gila?” – Kongsi Foto Polis Evo 3, Zizan Razak Minta Peminat Sabar & Bawa Mengucap Astro Gempak. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (23 Januari 2020). Tunggu pengumuman saya - Sharnaaz Berita Harian. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ "TAYANGAN PERDANA POLIS EVO 3". YouTube. Astro Shaw. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
- ^ Ashraff Nasser (1 Mac 2020). Shaheizy Sam: "Polis Evo 3" lebih santai dan banyak elemen hiburan Cinema Online. Dicapai pada 27 Jun 2020.
- ^ "'Anis ada selagi tidak mati' - Nora Danish kembali dalam Polis Evo 3". Astro Awani. 26 Mei 2023. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ Amri Hassan (25 September 2019). "Polis EVO 3 bakal shoot tidak lama lagi" - Peminat teruja tunggu kemunculan Zizan dan Sam Astro Gempak. Dicapai pada 3 Disember 2019.
- ^ Ramlah Zainal (23 Disember 2019). Bervariasi dalam lakonan Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2018.
- ^ Michael Ang Pun Berlakon, Hebat Barisan Pelakon Filem Polis Evo 3 Kali Ni Era.je. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (19 Mei 2023). "Sepenuh hati Sharnaaz untuk Polis Evo 3". Harian Metro. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (8 April 2020). Penerbit sokong pawagam ditutup Harian Metro. Dicapai pada 22 April 2020.
- ^ Mumtaj Begum (16 Mei 2023). "Actors Shaheizy Sam and Zizan Razak on becoming close while playing partners in popular movie franchise 'Polis Evo'". The Star Online. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ "Ayuh - From Polis Evo 3 Original Soundtrack". Spotify. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (3 Julai 2020). "Polis Evo 3, Abang Long Fadil 3 ditayang 2021". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2020.
- ^ "#Showbiz: Polis Evo 3, Abang Long Fadil 3 only to hit cinemas next year". New Straits Times. 3 Julai 2020. Dicapai pada 11 Julai 2020.
- ^ Affan Rostam (26 Januari 2023). "Polis Evo 3 masuk pawagam Mei depan". Berita Harian. Dicapai pada 16 April 2023.
- ^ @AstroShaw (3 Ogos 2023). "Filem yang berjaya meraih Kutipan sebanyak RM 54 JUTA akan datang di pawangam rumah anda. Saksikan Polis Evo 3 yang Akan Ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First! Kita Lagi Kuat Boh! #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 #KitaLagiKuatBoh #AstroFirst #SembangEntertainment" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ Azzam Samsuddin (28 Mei 2023). "PUBG Mobile lancarkan kandungan khas untuk filem Polis Evo 3". Tech Nave. Dicapai pada 29 Mei 2023.
- ^ Lewis Larcombe (15 April 2023). "POLIS EVO 3 STRIKES UP UNLIKELY PARTNERSHIP WITH POPULAR MOBILE GAME". Kakuchopurei. Dicapai pada 16 April 2023.
- ^ Arif Zikri (1 Jun 2023). "'Polis Evo 3' gets limited edition action figures, collaboration between local hobbyists and disabled community (VIDEO)". The Malay Mail. Dicapai pada 11 Jun 2023.
- ^ Izwan Isa (25 Jun 2023). "#PE3: Mantap boh! Polis Evo 3 diabadikan di mural gergasi". Gempak.
- ^ "POLIS EVO 3". The Merchist.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (26 Mei 2023). "Polis Evo 3 kaut RM3.4 juta". Berita Harian. Dicapai pada 11 Jun 2023.
- ^ Hanisah Selamat (27 Mei 2023). "Polis Evo 3 kutip RM3.4 juta hari pembukaan". Kosmo!. Dicapai pada 29 Mei 2023.
- ^ Hanisah Selamat (30 Mei 2023). "Empat hari tayangan, Polis Evo 3 raih RM16 juta". Kosmo!. Dicapai pada 30 Mei 2023.
- ^ Mumtaj Begum (29 Mei 2023). "'Polis Evo 3' earns RM16mil in 4 days at box office, beats record set by 'Mat Kilau'". The Star Online. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ "Polis Evo 3 kutip RM16 juta, atasi Mat Kilau". Malaysia Gazette. 30 Mei 2023. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ Zaara Talita (29 Mei 2023). "Polis Evo 3 kutip RM16 juta dalam masa empat hari, pecah rekod Mat Kilau". Harian Metro. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ Hasif Idris (2 Jun 2023). "Polis Evo 3 raih kutipan RM25 juta dalam tempoh seminggu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Jun 2023.
- ^ Azri Azizan (3 Jun 2023). "Local Movie Polis Evo 3 Grosses RM25 mil in Just 1 Week, Beats Total Box Office of Previous Movies". World of Buzz. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ "Polis Evo 3 catat kutipan RM25 juta dalam tempoh seminggu". Sinar Harian. 2 Jun 2023. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ GEMPAK (3 Jun 2023). "#PE3: Kemah boh! 10 hari tayangan, Polis Evo 3 kaut RM30 juta". Astro Awani.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (4 Jun 2023). "Polis Evo 3 kutip RM30 juta". Harian Metro. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ Kenyataan Media (4 Jun 2023). "Polis Evo 3 muncul filem nombor satu negara". Astro Awani.
- ^ "Polis Evo 3 kutip RM41 juta selepas 12 hari tayangan". Astro Awani. 6 Jun 2023.
- ^ Wafa Awla (18 Jun 2023). "Polis Evo 3: RM50 juta selepas 24 hari tayangan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ Mumtaj Begum (19 Jun 2023). "'Polis Evo 3' earns RM50mil at box office in 24 days, is now highest-grossing Malaysian action-comedy movie". The Star Online. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ "Polis Evo 3: Filem aksi cemerlang Syafiq Yusof". Utusan Malaysia. 28 Mei 2023. Dicapai pada 29 Mei 2023.
- ^ Fahim Zahar (28 Mei 2023). "Ulasan Polis Evo 3". Aksiz. Dicapai pada 11 Jun 2023.
- ^ Helmi Anuar (25 Mei 2023). "Ulasan Filem Polis Evo 3: Ibarat Makan Nasi Lemak Yang Sama Setiap Hari, Sedap Tetapi Klise". Getaran. Dicapai pada 11 Jun 2023.
- ^ Aidil Rusli (3 Jun 2023). "'Polis Evo' and the unexpected emergence of the Malaysian tactical action movies". The Malay Mail. Dicapai pada 11 Jun 2023.
- ^ Hazique Zairill (31 Mei 2023). "Moving with tactical precision". The Sun Daily. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ "Review Filem: Polis Evo 3 (2023)". Kakimuvee. 24 Mei 2023. Dicapai pada 25 Jun 2023.
- ^ "FILEM POLIS EVO 3 "KITA LAGI KUAT BOH" 2 JAM PADAT DENGAN AKSI KOMBAT". Ruby.my. 24 Mei 2023. Dicapai pada 25 Jun 2023.