Sheriff: Narko Integriti
Sheriff: Narko Integriti | |
---|---|
Pengarah | Syafiq Yusof |
Penulis |
|
Cerita oleh | Datuk Dr. Yusof Haslam |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Rahimi Maidin |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 133 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM6 juta |
Pecah panggung | RM64 juta |
Sheriff: Narko Integriti ialah sebuah filem misteri ngeri jenayah aksi Malaysia 2024 arahan Syafiq Yusof dengan skrip dan cerita oleh Syafiq, Nazifdin Nasrudin dan Datuk Dr. Yusof Haslam terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw. [1] Dibintangi oleh barisan pelakon ensembel yang diterajui oleh Zul Ariffin sebagai watak tajuk, filem ini ditayangkan pada 18 April 2024 selepas Hari Raya Aidilfitri. [2]
Premis
[sunting | sunting sumber]Sheriff, pegawai polis dari Jabatan Integriti yang ditugaskan menyelesaikan kes 'Meth Killer. Dia berpasangan dengan Nazri, seorang anggota polis muda dari Jabatan Narkotik. Misi mereka adalah untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony Ifrit. Sindiket terbabit sering terlepas daripada cengkaman undang-undang, setiap kali menerusi proses penghakiman.
— Skop Productions dan Astro Shaw [1]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Zul Ariffin sebagai Sheriff / Sheriffudin Hussein, pegawai Jabatan Integriti ditugaskan menangkap pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis yang mengambil rasuah dan bersubahat dengan organisasi jenayah terancang kemudian bekerjasama pula Jabatan Narkotik untuk kes Tony Ifrit dan "Meth Killer" [3]
- Syafiq Kyle sebagai Nazri / "Meth Killer", pegawai muda Jabatan Narkotik dan adik Syazlin yang tidak percaya undang undang dan bertindak cara sendiri
- Dato Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit, ketua sindiket dadah Methamphetamine yang sering terlepas dari hukuman dan pembunuh Wani. Aaron diberi peluang oleh Dato Yusof Haslam dan Syafiq Yusof selepas beliau digugurkan dari filem The Original Gangster arahan abangnya Syamsul Yusof
- Elizabeth Tan sebagai Jennifer Wong, pegawai korup JSJ ditugaskan untuk menyiasat "Meth Killer". 'Tikus' utama Tony Ifrit. 'Tikus' pertama Tony Ifrit
- Azira Shafinaz sebagai Syazlin, pegawai wanita Jabatan Narkotik dan kakak kepada Nazri
- Amir Nafis sebagai Farouk Mahmud, pegawai korup Jabatan Narkotik. 'Tikus' kedua Tony Ifrit yang bertanggungjawab membocorkan identiti menyamar Wani kepada Tony Ifrit hingga mengakibatkan kematian Wani
- Kodi Rasheed sebagai Firdaus, anggota tentera veteran. Pemberi informasi kepada Nazri dulu
- Shaharuddin Thamby sebagai Tuan Malik, ketua korup Jabatan Narkotik yang dibunuh oleh "Meth Killer" kerana disangka bekerjasama dengan Tony Ifrit
- Esma Daniel sebagai Tuan Roslan, ketua Jabatan Integriti
- Kamal Affandi Hashim sebagai Tuan Hafsham, pengganti Tuan Malik
- Natasya Mahyan sebagai Wani, anggota polis menyamar dan tunang kepada Nazri. Menjadi mangsa rogol dan bunuh Tony Ifrit atas kebocoran identiti menyamarnya oleh Farouk, 'tikus' kedua Tony Ifrit selepas Jennifer Wong (imbas kembali)
- Hazama Azmi sebagai Amirul Asyraff, pegawai polis korup yang melindungi sindiket judi dalam talian (kameo)
- Azri Iskandar sebagai Hussein Osman, ayah Sheriff dan anggota polis korup yang ditumpaskan akibat menerima rasuah (imbas kembali)
- Hasnul Rahmat sebagai Syed Rahman, Hakim Besar Malaya korup yang melindungi jenayah Tony Ifrit
- Zen Ng sebagai Hong
- Meynillen Thamil Selvan sebagai Nagarajah
- Siraj Alsagoff sebagai Arkash, anggota polis yang bertanggungjawab menjaga dan membesarkan Sheriff dari kecil setelah beliau sendiri menumpaskan ayah Sheriff akibat rasuah. (imbas kembali)
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Sheriff: Narko Integriti menjadi filem kepolisan kedua arahan Syafiq Yusof selepas KL Special Force (2018) dan menandakan kolaborasi ketiga antara Syafiq dan Zul Ariffin selepas Misteri Dilaila (2019) dan Penunggang Agama (2021). Barisan pelakon lain yang terlibat ialah Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Dato Aaron Aziz, Shaharuddin Thamby, Kodi Rasheed, Esma Daniel, Hazama Azmi dan Azri Iskandar. [4][5] Shaharuddin dan Esma sebelum ini pernah berlakon bersama dalam KL Special Force, manakala Elizabeth pernah membintangi filem Misteri Dilaila dan Abang Long Fadil 3 (2022), yang kedua-duanya arahan Syafiq. Ini juga merupakan projek filem pertama lakonan bersama Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz selepas digandingkan menerusi drama Married Tapi Benci (2016) dan One Cent Thief (2022). Watak Tony Ifrit pada asalnya ingin diberikan kepada Azhan Rani, namun digantikan oleh Dato Aaron Aziz selepas digugurkan dari The Original Gangster (2024).
Dalam satu temubual eksklusif bersama New Straits Times pada Jun 2023, Syafiq berkata mengenai filem ini: "Sheriff ialah drama aksi polis yang bagus. Bapa saya (Datuk Dr. Yusof Haslam), yang merupakan penerbit eksekutif bersama, memberi saya idea ini, kerana dia sudah lama mahu saya membuat filem sebegitu".[5] Menurutnya, beliau membesar dengan menonton drama dan filem polis, bukan sahaja Gerak Khas malah filem Hollywood seperti Lethal Weapon dan Die Hard. Beliau juga menjelaskan bahawa Sheriff berdasarkan "cerita sebenar polis di Barat serta Hong Kong dan kembali ke tanah air". Beliau turut memastikan pihaknya mendapat barisan bintang yang terdiri daripada nama berbakat dan popular. Syafiq juga mendedahkan bahawa Sheriff ialah tajuk kerja dan bercadang mahu menukar tajuk filem itu jika dapat mencari tajuk yang sesuai sebelum memutuskan untuk mengekalkan tajuk filem ini. [5] Penggambaran dijalankan selama lebih 90 hari di Lembah Klang dan Kuala Lumpur, termasuk Bandar Malaysia dan Sungai Besi, dari Februari sehingga Mei 2023. [5]
Syafiq mengakui bapanya amat menyukai filem arahannya, namun tidak berpeluang untuk mempertontonkan filem ini kepada abangnya, Syamsul Yusof. [6]
Keluaran
[sunting | sunting sumber]Sheriff pada mulanya diberi klasifikasi 13, namun diberi klasifikasi 16 oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). Syafiq berkata: "Filem Sheriff tidak ada unsur ganas tapi mungkin sebab konsepnya membabitkan isu mengenai rasuah menyebabkan LPF meletakkan klasifikasi 16 itu".[7]
Treler rasmi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Skop Productions dan Astro Shaw pada 22 Mac 2024,[8][9] dan dijadualkan akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 18 April 2024 selepas Hari Raya Aidilfitri. [10]
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Syafiq menafikan berita palsu yang mendakwa siasatan Shuhaily terhadap Yusof kerana mencemarkan imej mereka, mengesahkan di Twitter bahawa polis memberi kebenaran untuk penerbitan filem itu.
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Kutipan pecah panggung
[sunting | sunting sumber]Jadual kutipan pawagam Sheriff: Narko Integriti (18 April – sekarang) | |
---|---|
Tempoh Tayangan | Kutipan kumulatif |
Tayangan Awal (18 April) | RM1 juta |
2 hari (hingga 20 April) | RM6.4 juta |
3 hari (hingga 21 April) | RM11.4 juta |
4 hari (hingga 22 April) | RM16.3 juta |
7 hari (hingga 25 April) | RM22.1 juta |
9 hari (hingga 27 April) | RM28 juta |
10 hari (hingga 28 April) | RM31 juta |
11 hari (hingga 29 April) | RM35.3 juta |
14 hari (hingga 2 Mei) | RM44.5 juta |
18 hari (hingga 6 Mei) | RM52 juta |
23 hari (hingga 11 Mei) | RM55 juta |
26 hari (hingga 14 Mei) | RM58 juta |
31 hari (hingga 19 Mei) | RM60.5 juta |
38 hari (hingga 26 Mei) | RM62.5 juta |
43 hari (hingga 31 Mei) | RM63.2 juta |
Ulasan kritis
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Filem Sheriff". My Infotaip. 15 Februari 2024. Dicapai pada 1 April 2024.
- ^ Abdul Hafiz Ahmad (25 Mac 2024). ""Sheriff" kisah polis yang menangkap polis". Bebas News. Dicapai pada 1 April 2024.
- ^ Lee B. Golden III (22 Mac 2024). "SHERIFF: Zul Ariffin Battles The Drug War On Both Sides Of The Badge In The Official Trailer". Film Combat Syndicate. Dicapai pada 1 April 2024.
- ^ Dennis Chua (23 Mei 2023). "#Showbiz: Syafiq Yusof to release second star-studded police drama next year". New Straits Times. Dicapai pada 1 April 2024.
- ^ a b c d Dennis Chua (6 Jun 2023). "#Showbiz: New police action adventure film 'Syerif'". New Straits Times. Dicapai pada 1 April 2024.
- ^ Ramlah Zainal (24 Mac 2024). "'Ayah suka filem Sheriff, tapi Syamsul belum tonton lagi' - Syafiq Yusof". Harian Metro. Dicapai pada 1 April 2024.
- ^ "Syafiq akur filem Sheriff diklasifikasi 16 oleh LPF". Berita Harian. 31 Mac 2024. Dicapai pada 1 April 2024.
- ^ Iqbal Yasir (24 Mac 2024). "Trailer Filem Sheriff: Ada "Plot Twist", Syafiq Yusof Jawab Kenapa Dedah Identiti Meth Killer". Siakap Keli. Dicapai pada 1 April 2024.
- ^ Mya Amri (22 Mac 2024). "Teaser Sheriff Baru Keluar, Tapi Ramai Dah Tak Sabar Nak Tengok - "Letupnya! Polis Tangkap Polis Ni Yang Mantap"". Astro Gempak. Dicapai pada 1 April 2024.
- ^ "Filem Sheriff Di Pawagam". klapbod.com. 1 April 2024.