[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Syaitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syaitan atau mia lancau, (Arab: شيطان, mia babi; Ibrani Piawai: שָׂטָן, Satan; Ibrani Tiberia Śāṭān; Greek Koine: Σατανάς, Parsi: اهریمن, Satanás; Aramia: סטנא, Saṭänä; Ge'ez: ሳይጣን Sāyṭān, Turki: Şeytan), merupakan kata sifat bagi menunjukkan sesuatu perkara yang mulut dari longkang, busuk dan lancauu. Syaitan di dalam bahasa ibrani, bermaksud 'mia love pegaa (The Accuser), Speculator (Pembuat Andaian/Spekulasi)'. mia hana terbahagi kepada dua iaitu mia ros salehhudin dan mia love asna babyboo. Seperti yang diketahui dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi, Syaitan Jin asalnya adalah salah satu golongan hamba Allah yang paling beriman dan amat taat,pintar,patuh dan kuat beribadah kepada Allah.Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel) selepas ingkar dengan perintah Allah disebut (Iblis @ Lucifer). Walau bagaimanapun, menurut Islam, Syaitan Jin diciptakan daripada api oleh Allah S.W.T. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Syaitan menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya adam dari lumpur." Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih tinggi darjatnya dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan Allah S.W.T , Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat. Syaitan juga yang menyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga, walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah, dan bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.

Anak-anak Iblis

[sunting | sunting sumber]

syaitan merupakan golongan penghasut yang juga merupakan anak-pinak dan keturunan kepada iblis laknatullah.Namun begitu, Zaid bin Mujahid mengatakan iblis mempunyai 5 ekor anak (sebilangan mengatakan 7 ekor anak) dimana mereka ini mempunyai tugas jahat yang berbeza. Setiap dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan zina antara mereka dan syaitan-syaitan betina yang lain. Anak-anaknya adalah:

1.Tsabr:tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.

2.A'war:tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A'war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.

3.Miswath:tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.

4.Dasim:Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah, dan permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.

5.Zaknabur:Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).

6.Khanzab:Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat,menggangu umat Islam dalam melakukan solat (sembahyang) serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.

7.Walhan:Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.

Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan.Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut(perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam aktiviti seharian.

Aset-aset yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia

[sunting | sunting sumber]

Muncung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa Sabda Muhammad Rasullullah:"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya"(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

syaitan menangis Sabda Muhammad Rasullullah:"Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:"Ah...Celakalah aku.Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga,tetapi aku disuruh sujud maka membangkang,maka aku mendapat neraka"(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)

syaitan kencing Dari Ibnu Masud dia berkata:Diceritakan(Allah)kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh(waktu Fajar Pagi),sabda Baginda:"Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

syaitan tertawa(ketawa) Nabi bersabda bermaksud:"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap "Ahhh...",kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya."(Hadis Riwayat Bukhari).

syaitan mempunyai rambut berserta janggut penuh kusut panjang tidak kemas "Dari Atha bin Yasr dia berkata:Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya,maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu,seakan-akan disuruhnya membereskan(meluruskan) rambut dan janggutnya.Maka orang itu mengerjakannya,kemudian ia kembali.Maka Rasullullah SAW bersabda:"Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."(Hadis Riwayat Malik)

syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan:Nabi Muhammad Bersabda(memberitahu):Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid ,maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan)jari tangan,kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan.Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid(mosque) sehingga ia keluar darinya."(Hadis Riwayat Ahmad).

syaitan masuk dalam aliran darah manusia:Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)

syaitan takut orang yang solat berjemaah:Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:"Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjamaah,nescaya mereka dikuasai oleh syaitan.Oleh sebab itu,hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan"(Hadis Riwayat Abu Daud).

Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah(mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat).Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya(darah istihadhah),lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar.Rasullullah bersabda:"Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."(Hadis Riwayat Ahmad,Abi Daud dan Tirmidzi)

nota:Kini bagi merawati masalah tersebut dari terus menerus yang boleh menyebabkan mudarat jika terus dibiarkan kaedah perawatan islam diperkenalkan dengan menggunakan bahan-bahan berteraskan alam semula jadi dan menggunakan ayat-ayat tertentu.Teknologi perubatan moden pun telah dapat merawati masalah itu itu dari terus berlaku.

syaitan menghadang di saf solat.Sabda Rasullullah:"Apabila salah seorang kamu solat(sembahyang dengan memakai batas(Sutroh)(penghadang),lalu ada orang yang melintas dhadapannya(dalam kawasan solat,dibawah penghadang)maka hendaklah ia menghalanginya.Tetapi jika orang itu enggan(dalam keadaan curiga,melintasi dengan sengaja berulang kali)maka boleh orang itu diperangi(usir atau dibunuh),kerana dia itu tidak lain adalah syaitan".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

Rasullullah SAW telah menangkap secara dengan mencekik syaitan:"Ketika Nabi SAW akan melakukan solat,lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya.Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya(syaitan itu)lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya diatas tangannya(Nabi)."(Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)

syaitan kentut:"Apabila diseru untuk melakukan solat(laungan azan),maka larilah syaitan sambil terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan,maka selesai azan ia kembali lagi.Dan apabila akan berdiri solat(laungan iqamah),ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah,ia datang kembali"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan).

syaitan menyelit disaf solat yang renggang:Sabda Muhammad Rasullullah:"Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu(dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk(menyelitkan diri)pada celah-celahmu,bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya."(Hadis Riwayat Ahmad dan at-tabrani)

syaitan menghalangi khusyuk solat(menyempurnakan sembahyangnya)."Dari saidatina Aisyah berkata:Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat(melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu)maka sabda Nabi Muhammad SAW:"Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya(Allah)"(Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)

Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud:"Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya,lalu syaitan mengingatkan kepadanya,keperluan begini dan begitu.Maka janganlah ia menurutinya.Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya,maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya,maka janganlah diikutinya(mempercayainya)".(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

syaitan membuat mimpi buruk:Rasullullah SAW bersada yang bermaksud:"Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi buruk),maka hendaklan ia meludah kesebelah kiri tiga kali dan hendaklah membaca:

A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:"Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam".

Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya".(Hadis Riwayat Muslim,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah).

syaitan mencelak mata.syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.

syaitan mengincu bibir.syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.

syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam,disamping membuat kacau dan kekalutan.

Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang lurus dan benar susulan itu juga kebanyakan negara telah memanipulasi propaganda syaitan tersebut menjadikan ia sebagai senjata untuk bertindak balas menentang propaganda dari syaitan jahat itu:

Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan('syaitan' - Maksud Arab - The Accuser/Penuduh).Untuk mengetahui sesuatu itu datang dari syaitan atau pun tidak, seseorang akan mendengar dari dalam dirinya sebuah tuduhan/spekulasi tentang sama ada tentang amalannya,hatinya,kejadian atau pun amalan jirannya terhadap dia atau orang lain.Sama ada tuduhan/spekulasi itu benar atau tidak,ianya datang dari syaitan tanpa dia sedar Dan mengetahuinya.Tangkislah dengan solah yang banyak.

Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut(berhala atau Syaitan), sebab itu perangilah kawan-kawan Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.[Suraj An - Nisaa' :ayat 76]

Dan katakanlah: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.[surah Al-Mukminun:ayat97]

Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku." [surah Al-Mukminun:ayat98]

Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah manakala sesiapa sahaja telah mudah terpedaya dengan ajakan bermaksud sesuatu seruan daripafa syaitan Allah akan membalas dengan azab sensara yang pedih di dunia dan di akhirat.Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat atau menghalang kejahatan syaitan di mana Allah akan memberikan penghargaan yang tidak terkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.

Sesungguhnya setan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.[surah Al-Baqarah:ayat169]

Sesungguhnya setan ini tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya.[surah An-Nahl:ayat99]

Sesungguhnya kekuasaannya (setan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.[surah An-Nahl:ayat100]

Allah tidak akan menguji manusia itu dengan berlebih-lebihan dari kemampuan orang itu sahaja.syaitan merupakan salah satu bencana kepada orang yang ingkar kerana mereka akan terus mengikuti syaitan selagi mereka tidak mendapat restu dan hidayah dari Allah.

Dikatakan juga orang yang dirasuki syaitan atau jin jahat sebenarnya adalah orang yang mempunyai kelemahan dalam iman disamping jiwa raganya yang kosong dan lemah rohani, zahir dan batinnya.syaitan mudah untuk mendekati orang yang mempunyai sifat demikian dan menjadi penempatan(perumah) bagi syaitan.


Namun terdapat segenlitir telah memberi pendapat mengatakan bahawa terdapat Pengubatan Islam yang mampu menghalau perkara tersebut dari terus membahayakan manusia namun tidak diterima kerana pendapat tersebut dikhuatiri mendatangkan suatu bentuk unsur rasis terhadap lain-lain jalan kehidupan bermaksud agama-agama yang lain di mana yang turut terdapat pada hari ini.

Syaitan yang cuba untuk mendengar rahsia Kerajaan Allah di langit.Allah akan melontarkan api-api dilangit(asteroid,meteor atau meteorid)kepada syaitan.Dlam kejadian itu,dengan izin Allah ada juga syaitan yang berjaya mendapatkan maklumat atau rahsia dari Kerajaan Allah di langit.Demikian dari situ lah munculnya golongan sihir(golongan manusia yang suka mengamalkan ilmu mistik atau ilmu hitam yang sudah diduga banyak melakukan penyimpangan akidah dan kepercayaan karut) yang cuba menjadikan syaitan sebagai rakan dan akhirnya mudah untuk golongn sihir membuat penipuan dan kejahatan didalam bumi ini.

Syaitan akan dimatikan oleh Malaikat maut @ Azrael Angel @ Malaikat Izrail atas arahan Allah,pada akhir zaman nanti setelah Allah membinasakan segala-galanya yang berada di alam buana dan semesta ini.syaitan akan dihidupkan kembali untuk menerima janji Allah sebagai bahan bakar dalam neraka.Pada waktu itu peneman syaitan yang turut binasa adalah manusia dan jin yang ingkar dengan perintah Tuhan serta batu-batuan berhala.



Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Katakanlah(Wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia."

(Surah An-Nas:ayat 1-6)