[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sungai Limau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sungai Limau ialah sebuah pekan dan kampung yang terletak di daerah Yan, Kedah, Malaysia.

Kampung ini terkenal kerana merupakan tempat lahir tiga tokoh adik-beradik: sasterawan Abdullah Hussain, ahli akademik Ismail Hussein dan pelukis Ibrahim Hussein.[1]

DUN Sungai Limau terletak di kawasan parlimen Jerai. Sejak kerusi DUN ini diwujudkan pada 2004, wakil rakyat yang mewakili kawasan Dewan Undangan ini ialah bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak. Kerusi ini kosong apabila beliau meninggalkan dunia pada 26 September 2013 ekoran komplikasi jantung. Kekosongan kerusi tersebut diisi menerusi pilihan raya kecil pada 4 November 2013, apabila calon PAS Mohd Azam Samad terpilih.

  1. ^ Roosfa Hashim (15/03/2009). "Tiga anak cemerlang Said Hussain". Utusan Online. Dicapai pada 21 November 2013. Check date values in: |date= (bantuan)