[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan6 Disember 2000
Didahului oleh
Majlis Daerah Langkawi
Kepimpinan
Yang Dipertua
Mohd Hamri bin Abidin
Struktur
Ahli17 orang ahli
Tempat persidangan
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, 07000, Langkawi, Kedah
Laman sesawang
https://pbt.kedah.gov.my/index.php/majlis-perbandaran-langkawi-bandaraya-pelancongan/
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan ditubuhkan untuk

mentadbir Pulau Langkawi bagi mencantikkan Langkawi dan infrastruktur di seluruh Pulau Langkawi serta mentadbir Langkawi dan kawasan sekitarnya seperti Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba.[1]

Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pihak perbandaran contohnya lumba basikal, aktiviti menyelam dan sebagainya.

Kawasan perkhidmatan Pekan Kuah dahulunya dikenali sebagai Sanitary Board. Selepas Perang Dunia Kedua iaitu semasa pemerintahan Inggeris Sanitary Board telah ditukarkan kepada Pengurusan Town Board mulai tahun 1945.

Majlis ini dikenali sebagai Majlis Daerah Langkawi mulai 29 April 1987, Majlis Daerah Langkawi diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal perancangan, perlesenan, kebersihan, bangunan, senitaman dan sebagainya selaras dengan akta-akta dan undang-undang kecil Majlis yang diguna pakai.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Langkawi yang diwartakan adalah seluas 47,848 hektar (478.48 kilometer persegi) yang meliputi 104 buah pulau seluruh gugusan Pulau Langkawi.

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telahpun diwartakan pada 16 Disember 2000 dan pengisytiharannya telahpun disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 24 Mac 2001.

Pada tahun 2001, MPLBP telah mendapat ISO Versi 1994 berkaitan perancangan dan bangunan dan telah tamat pada tahun 2003.

Bidang tugas MPLBP meliputi Perancangan Fizikal, Ekonomi serta Sosial ke arah kemantapan Pembangunan Bandar di Langkawi dan memberikan Perkhidmatan Perbandaran yang efisien serta bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandar.

Pentadbiran MPLBP sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan serta sentiasa berusaha untuk memberi dan melaksanakan perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pembayar cukai.

MPLBP melaksanakan setiap fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta dapat melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Langkawi Bandar Pelancongan

Pada Januari 2006, satu jawatankuasa ISO 9001:2000 telah diwujudkan diikuti pelancaran MS ISO 9001:2000 MPLBP pada 6 September 2007.

  1. https://pbt.kedah.gov.my/index.php/majlis-perbandaran-langkawi-bandaraya-pelancongan/
  1. ^ "Portal rasmi Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-20. Dicapai pada 2018-10-13.