[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Serangan Mongol ke atas Vietnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Mongol-Vietnam

Peta serangan pertama Mongolia ke atas Vietnam
Tarikh1257, 1284-85 dan 1287-88
Lokasi
Keputusan Kekalahan muktamad tentera Mongol[1]. Bagi mengelakan konflik lanjut, Đại Việt dan Kerajaan Champa bersetuju untuk menghantar ufti bagi hubungan dengan Empayar Mongol
Pihak yang terlibat
Dinasti Yuan dari Empayar Mongol Dinasti Tran
Dinasti Champa
Komandan dan pemimpin
Mongke Khan
Kublai Khan
Uriyankhadai
Aju
Sodu
Toghan
Umar
Abachi
Fanji
Aqatai
Arikhgiya
Tran Thai Tong
Tran Thanh Tong
Tran Nhan Tong
Tran Hung Dao
Tran Quang Khai
Jaya Indravarman VI
Kekuatan
Lebih dari 10,000 pada 1257, Lebih dari 95,000 pada 1280-an [perlu rujukan] Lebih dari 70,000 pada 1280-an [perlu rujukan]
Kerugian dan korban
Lebih dari 6,000 terbunuh dan beratus-ratus ditawan [perlu rujukan] Lebih dari 5,000 terbunuh [perlu rujukan]

Serangan Mongol ke atas Vietnam atau Perang Mongol-Vietnam merujuk kepada tiga peperangan yang dilancarkan oleh Empayar Mongol dan Khan Besar Dinasti Yuan yang melanggar Đại Việt semasa Dinasti Tran dan Kerajaan Champa: pada tahun 1257–1258, 1284–1285, dan 1287–1288. Mongol telah dikalahkan oleh Đại Việt dan dipaksa mengundurkan pasukan mereka dari Đại Việt dan Champa[1]. Walau bagaimanapun, bagi mengelakan konflik seterusnya Dai Viet dan Champa bersetuju menjadi negara ufti kepada Dinasti Yuan, Mongol.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada 1250, Mongol mengawal kebanyakan wilayah Eurasia termasuk Eropah Timur, China Utara, Asia Tengah, Manchuria, Turki, Tibet dan Iran. Pada masa yang sama Korea memberontak menentang pemerintahan Khan Besar dari Empayar Mongol.

Pada tahun 1256, Mongke Khan (r. 1251–59) merancang pergerakkan ke Song China daripada tiga arah. Oleh itu, beliau memerintahkan putera Kublai bagi mengamankan Kerajaan Dali. Selepas menguasai Dali, Kublai telah menghantar satu pasukan tentera di bawah araha Uriyankhadai ke selatan. Uriyankhadai menghantar utusan bagi menanyakan orang Vietnam satu laluan bagi menyerang Dinasti Song Selatan. Tetapi orang Tran Vietnam telah memenjarakan utusan Mongol.[2] Tindakan ini membuatkan Uriyankhadai dan anak lelaki beliau Aju menyerbu Đại Việt dengan 3,000 Mongol dan 10,000 puak Yi.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Atwood, Christopher Pratt. (2004). Encyclopedia of Mongolia and the Mongol Empire. New York: Facts of File. ISBN 978-0-8160-4671-3.
  • Connolly, Peter. (1998). The Hutchinson Dictionary of Ancient & Medieval Warfare. Routledge. ISBN 978-1-57958-116-9.
  • Delgado, James P. (2008). Khubilai Khan's Lost Fleet: In Search of a Legendary Armada. Vancouver: Douglas & McIntyre. ISBN 978-0-520-25976-8.
  • Grousset, René. (1970). The Empire of the Steppes. Rutgers University Press. ISBN 978-0-8135-1304-1.

Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.