[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Genghis Khan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Genghis Khan
Khagan bagi Empayar Mongol
Pemerintahan1206–1227
PertabalanMusim bunga[1] 1206 di khurultai di tebing Sungai Onon, Mongolia
Nama penuh
Genghis Khan
(nama lahir: Borjigin Temüjin)
tulisan Mongol ᠪᠣᠷᠵᠢᠭᠢᠨ ᠲᠡᠮᠦᠵᠢᠨ.
GelaranKhan, Khagan
Nama kuil: Taizu (太祖)
Nama selepas mati: Maharaja Fatian Qiyun Shengwu
(法天啟運聖武皇帝)
PenggantiÖgedei Khan
PasanganBörte Ujin
Khulan
Yisugen
Yisui
lain-lain
AnakandaJochi
Chagatai
Ögedei
Tolui
lain-lain
Kerabat dirajaBorjigin
AyahandaYesükhei
BondaHo'elun

Genghis Khan (bahasa Mongol: Чингис Хаан), juga dieja Jenghis Khan, Jinghis Khan, Chinghiz Khan, Chinggis Khan, Changaiz Khan, nama asalnya Temüjin, juga dieja Temuchin, (c. 1155/1162/1167 - 18 Ogos 1227) adalah khan Mongol dan ketua ketenteraan yang menyatukan puak Mongol dan kemudiannya mengasaskan Empayar Mongol dengan menakluk sebahagian besar Asia, termasuk utara China (Dinasti Jin), Barat Xia, Asia Tengah, Parsi, dan Mongolia. Penggantinya meluaskan penguasaan Mongol menjadi empayar terluas dalam sejarah manusia. Dia merupakan datuk kepada Kublai Khan yang merupakan pengasas dan pemerintah pertama Dinasti Yuan di China.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Genghis dilahirkan dengan nama Temüjin sekitar antara 1162 dan 1167, anak sulong kepada Yesügei, ketua puak Kiyad ( Kiyan). puak Yesügei dikenali sebagai Borjigin (Borjigid). Dia dinamakan sempena nama ketua musuh yang ditewaskan.

Genghis Khan (sekitar 1162[2]August 18, 1227), sebutan (bantuan·info), Mongolian: ?????? ????, Bahasa Cina: ????, Bahasa Turki: Chengez Khan atau Chinggis Khan, Jenghis Khan, Chinggis Qan, dll.), merupakan ahli politik Mongol dan ketua tentera yang mengasaskan Empayar Mongol pada (12061368), Empayar dengan bersebelahan empayar terbesar di dalam

Sejarah dunia. Pada waktu dan juga masa tersebut iaitu Empayar Uthmaniyah (Tulisan Jawi: ايمڤاير تركي عثمانية; Turki Uthmaniyah: Devlet-i Aliye-i Osmaniye (Osmanlıca: دولتِ عليهٔ عثمانيه); Turki Moden: Osmanlı İmparatorluğu; Arab: الدولة العثمانية, al-Dawlaṭ al-'Uthmānīyyaṭ) adalah sebuah negara yang menguasai sebahagian besar Eropah Tenggara, Asia Barat, dan Afrika Utara pada masa itu.

Temüjin

Dilahirkan sebagai Temüjin daripada empayar orang mongol dia juga telah menyatukan padu kan puak-puak Mongol dan juga telah membentuk sebuah pasukan tentera yang terkuat berasaskan meritokrasi, pada eranya untuk menjadi salah seorang pemimpin tentera yang paling berjaya dalam sejarah.

Sementara imejnya sebagai penakluk paling kejam dikebanyakan dunia, Genghis Khan diraikan sebagai hero di Mongolia, di mana dia dilihat sebagai bapa Negara Mongol. Sebelum menjadi sebagai Khan, Temüjin menyatukan banyak orang Turkik-Mongol persekutuan Asia Tengah, memberikan identiti yang dikongsi kepada apa yang sebelumnya merupakan jajahan puak nomad.

Bermula dengan penaklukan Xia Barat di China Utaradan menyerap melalui pelbagai penaklukan termasuk Empayar Khwarezmid di Persia, Genghis Khan meletakkan asas bagi empayar yang akan meninggalkan kesan yang kekal dalam sejarah dunia. Beberapa abad pemerintahan Mongol merentangi tanah besar Eurasia, tempoh yang dikenali sesetengah orang sebagai 'Pax Mongolika', menukar dengan banyaknya demografi dan geopolitik kawasan ini. Empayar Mongol akhirnya memerintah, atau sekurang-kurangnya menakluk sekejab, sebahagian besar China moden, Mongolia, Russia, Ukraine, Korea, Republik Azerbaijan, Armenia, negara Georgia, Iraq, Iran, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan, Afghanistan, Turkmenistan, Moldova, Kuwait, Poland dan Hungary.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Kelahiran

[sunting | sunting sumber]
Sungai Onon, Mongolia pada musim luruh, tapak di mana Temujin dilahirkan dan membesar.

Tidak banyak yang diketahui mengenai kehidupan awal Temüjin, dan beberapa sumber yang berpotensi memberikan seimbas lalu mengenainya bagi ketika tempoh ini tidak sama pada kebanyakan fakta asas. Dia kemungkinannya dilahirkan sekitar 1162[2] di kawasan bergunung Burhan Haldun di Mongolia Hentiy Province berhampiran Sungai Onon dan Sungai Herlen. Dia merupakan anak sulung Yesükhei, ketua puak kecil Kiyad dan nöker (vassal) kepada Ong Khan dari puak Kerait [3], kemungkinannya keturunan keluarga tukang besi (lihat nama di bawah). Puak Yesükhei dikenali sebagai Borjigin (Боржигин), dan ibunya, Hoelun, adalah dari puak Olkhunut dari persekutuan Mongol. Mereka merupakan nomad seperti kesemua persekutuan asal Turki Asia Tengah dan Mongol.

Genghis berkait melalui ayahnya kepada Qabul Khan, Ambaghai dan Qutula Khan yang telah memimpin persatuan Mongol di bawah sokongan kepimpinan Dinasti Jin sehingga Jin menukar sokongan kepada puak Tatar pada 1161 dan memusnahkan Qutula Khan. Baga Genghis, Yesugei, khan bagi puak Borjigin, dan anak saudara kepada Ambaghai dan Qutula Khan, muncul sebagai pemimpin bagi puak pemerintah Mongol, tetapi kedudukan ini dicabar oleh pesaing puak Tayichi’ud, yang merupakan keturunan langsung dari Ambaghai. Apabila puak Tatar, kemudiannya menjadi terlalu kuat selepas 1161, puak Jin menukar sokongan mereka dari Tatar kepada Kerait.

Temüjin mempunyai tiga saudara lelaki, Imaad (atau Qasar), Khajiun, dan Temüge, dan seorang adik perempuan, Temülen (atau Temulin), termasuk juga dua saudara lelaki tiri, Bekhter dan Belgutei.

Maharani kepada Genghis Khan, dan juga merupakan isteri pertamanya Borte mempunyai empat orang anak lelaki, Jochi (11851226), Chagatai (?—1241), Ögedei (?—1241), dan Tolui (11901232). Genghis Khan turut mempunyai ramai anak dengan isteri-isterinya yang lain, tetapi mereka dikecualikan sebagai pengganti, dan rekod mengenai anak perempuannya tidak banyak. Bapa sebenar anak sulung Genghis Khan, Jochi, kekal kabur sehingga kini, dan merupakan titik pertikaian semasa hidupnya. Tidak lama selepas perkahwinan Borte kepada Temüjin, dia diculik oleh Merkit dan dilapurkan diserahkan kepada salah seorang dari mereka sebagai isteri. Walaupun dia diselamatkan, dia melahirkan Jochi sembilan bulan kemudian, mengaburkan isu bapa sebenarnya.

Kekaburan mengenai bapa sebenar Jochi telah disuarakan paling lantang oleh Chagatai yang kemungkinannya mahu menjadikan warisannya jelas [4]. Menurut Sejarah Rahsia Mongol, sejurus sebelum penjajahan Empayar Khwarezmid oleh Genghis Khan, Chagatai mengistiharkan di hadapan bapa dan saudaranya bahawa dia tidak akan menerima Jochi sebagai Khagan (contoh., pewaris Genghis Khan). Sebagai tindak balas kepada ketegangan ini[5] dan kemungkinannya di atas sebab yang lain, ia adalah Ögedei yang telah dilantik sebagai pewaris dan yang memerintah sebagai Khagan selepas kematian Genghis Khan. Jochi meninggal dunia pada 1226, sebelum kematian bapanya[6]. Genghis Khan sendiri tidak pernah mempertikaikan keturunan Jochi, mendakwa bahawa dia adalah anak sulongnya.

Zaman kanak-kanaknya

[sunting | sunting sumber]

Berasaskan lagenda dan penulis kemudiannya, kehidupan awal Temüjin adalah sukar. Yesukhei menghantar Temüjin kepada keluarga bakal isterinya, ahli puak Onggirat, hanya ketika dia berusia sembilan tahun sebagai sebahagian aturan perkahwinan. Dia dikehendaki tinggal di sana untuk berkhidmat kepada Deisechen, ketua keluarga, sehingga dia mencapai usia perkahwinan di atur 12 tahun. Tidak lama selepas itu, bapanya diracun dalam perjalanan pulang oleh Tatars berjiran sebagai membalas kempen dan rompakannya keatas mereka. Ini memberi tuntutan Temüjin untuk menjadi sebagai ketua puak, walaupun puaknya enggan diketuai oleh hanya seorang budak dan tidak lama kemudian meninggalkan dia dan keluarganya.

Selama beberapa tahun berikutnya, Temüjin dan keluarganya tinggal dengan kehidupan nomad miskin, hidup terutamanya atas buah-buahan liar, marmot dan haiwan buruan kecil lain. Dalam satu kejadian, Temüjin membunuh saudara tirinya Bekhter kerana pertelingkahan mengenai perkongsian hasil pemburuan. Sungguhpun dimarahi dengan teruk oleh ibunya dia tidak pernah menyatakan perasaan kesalnya mengenai pembunuhan tersebut; peristiwa itu turut mengukuhkan kedudukannya sebagai ketua keluarga. Dalam satu lagi kejadian pada 1182, dia telah ditangkap dalam rompakan oleh bekas puaknya , Ta'yichiut, dan dijadikan tahanan. Ta'yichiut menghambakan Temüjin (dilapurkan dengan cangue), tetapi dia melepaskan diri dengan bantuan penculik yang bersimpati, bapa kepada Chilaun, bakal jeneral kepada Genghis Khan. Ibunya, Hoelun, mengajarnya banyak pelajaran mengenai pahit getir hidup dipersekitaran yang sukar dan suasana politik Mongol yang lebih getir, terutama mengenai perlunya kerjasama dengan yang lain, pelajaran yang akan membentuk pemahamannya pada tahun-tahun berikutnya. Jelme dan Bo'orchu, dua daripada bakal jeneral Genghis Khan, menyertainya sekitat masa ini. Bersama saudaranya, mereka membentuk tenaga manusia yang diperlukan bagi pengembangan awal dan diplomasi bagi Temüjin.

Temüjin mengahwini Börte dari puak Konkirat sekitar usia 16 tahun, setelah ditunangkan semasa kanak-kanak oleh keluarga mereka sabagai cara biasa bagi mengikat perikatan puak. Dia kemudiannya diculik dalam serangan oleh puak Merkit, dan Temüjin menyelamatkannya dengan bantuan rakannya dan bakal saingan, Jamuka, dan pelindungnya, Ong Khan dari puak Kerait. Dia kekal sebagai ratunya, walaupun dia menurut tradisi dengan mengambil beberapa isteri lain (morganatic wives). Anak sulung Börte, Jochi, dilahirkan sekitar sembilan bulan selepas dia dibebaskan daripada puak Merkit, mendorong kepada persoalan mengenai bapa anaknya.


Saingan utama Mongols sekitar c. 1100 merupakan puak Naimans di sebelah barat, Merkits di utara, Tanguts di selatan, Jin dan Tatars di timur. Menjelang 1190, Temüjin dan penasihatnya telah menggabungkan keseluruhan persekutuan Mongol. Sebagai penggalak bagi ketaatan penuh dan menurut kod peraturannya, kod Yassa, dia menjanjikan orang awam dan pejuang kekayaan dari hasil rampasan perang akan datang. Bagaimanapun, perkataan sebenar Yassa tidak diketahui kerana ia tidak pernah dijumpai.

Dari Temüjin kepada Genghis Khan

[sunting | sunting sumber]

Temüjin memulakan pendakiannya yang perlahan kepada kekuasaan dengan menawarkan dirinya sebagai anak buah (vassal) kepada anda ayahnya (saudara sumpah setia atau saudara sedarah) Toghrul, yang merupakan Khan bagi Kerait dan lebih dikenali dengan gelaran yang diberikan olehe pemerintah China Ong Khan (atau "Wang Khan") yang dianugerahkan oleh Empayar Jin pada 1197. Hubungan ini mula diperkukuhkan apabila Borte ditawan oleh Merkits; ia kepada Toghrul yang Temüjin meminta pertolongan. Sebagai balasan, Toghrul menawarkan anak buahnya 20,000 daripada pejuang Keraitnya, dan mencadangkan dia turut membabitkan rakan kanak-kanaknya, Jamuka, yang dia sendiri menjadi khan bagi puaknya, Jajirats [7]. Sungguhpun kempen itu berjaya, dan berhasil merampas kembali Borte dan kekalahan puak Merkits sepenuhnya, ia turut menjadi permulaan bagi perpecahan antara rakan dari kecil, Temüjin and Jamuka.

Anak Toghrul, Senggum, menjadi cemburu dengan kuasa Temüjin yang semakin meluas dan dia dikatakan merancang untuk membunuh Temüjin. Toghrul, walaupun dikatakan diselamatkan beberapa kali oleh Temüjin, akhirnya menurut anaknya [8] dan mengambil sikap berdegil (obstinate) terhadap kerjasama dengan Temüjin. Temüjin mengetahui niat Senggum, akhirnya mengalahkannya dan penyokongnya. Salah satu retak yang berlaku antara Toghrul dan Temüjin adalah keengganan Toghrul untuk memberikan anaknya sebagai pasangan Jochi, anak sulong Temüjin, yang menunjukkan tidak hormat dalam kebudayaan Mongol. Tindakan ini kemungkinannya mendorong kepada perpecahan dan permulaan kepada perperangan antara kedua pihak.


  1. ^ "History of the World Conqueror",the author is Ala-al-Dn‘Aa-Malik Juwain
  2. ^ a b Rashid al-Din menyatakan bahawa Genghis Khan hidup sehingga berusia 72 tahun, menjadikan tarikh lahirnya pada 1155. Yuanshi (??, "Sejarah Dinasti Yuan", jangan dikelirukan dengan era nama Dinasti Han), merekodkan tarikh lahirnya sebagai 1162. Bagaimanapun, Rekod Turutan Generasi Buddha (Lidai Fozu Tongzai) merekodkan bahawa Genghis Khan meninggal ketika berusia 60 tahun. Menurut Ratchnevsky, menerima tahun lahir pada 1155 akan menjadikan Genghis Khan bapa hanya ketika berusia 30 tahun, dan akan membayangkan bahawa ketika berusia 72 tahun, dia sendiri mengetuai ekspedisi menentang Tangut. Juga, menurut Altan Tobci, adik perempuan Genghis Khan, Temulin, adalah sembilan tahun lebih muda darinya; tetapi Secret History menyatakan Temulin adalah anak kecil (infant) semasa serangan oleh Merkits, semasa mana Genghis Khan akan berusia 18 tahun, sekiranya dia dilahirkan pada 1155. Zhao Hong melapurkan dalam log pengembaraannya bahawa orang-orang Mongol yang ditanyanya tidak tahu dan tidak pernah mengetahui usia mereka.
  3. ^ Morgan, David, The Mongols (Peoples of Europe), 1990, p.58.
  4. ^ Man, John Genghis Khan : Life, Death and Resurrection (London; New York : Bantam Press, 2004) ISBN 0-593-05044-4.
  5. ^ Ratchnevsky, Paul. Genghis Khan: His Life and Legacy, 1991, p. 126.
  6. ^ . Sesetengah cendikiawan, terutamanya Ratchnevsky, telah mengulas mengenai kemungkinan bahawa Jochi diracun secara rahsia menurut perintah Genghis Khan. Rashid al-Din melapurkan bahawa Khan agung menghantar anaknya pada musim bunga (spring) 1223, dan sementara adik-adiknya mematuhi perintah tersebut, Jochi kekal di Khorasan. Juzjani mencadangkan bahawa pertelingkahan timbul dari pergeselan antara Jochi dan adik-adiknya semasa pengepungan Urgench, di mana Jochi cuba lindung dari kemusnahan kerana ia kepunyaan jajahan yang diberikan kepadanya sebagai (fief), mengakhiri ceritanya dengan kenyataan ramalan (apocryphal) oleh Jochi: "Genghis Khan pastinya gila untuk membunuh sebegitu ramai orang dan memusnahkan sebegitu banyak kawasan. Saya sebenarnya berjasa sekiranya saya membunuh bapa saya ketika dia memburu, membuat persekutuan dengan Sultan Muhammad, menghidupkan tanah ini dan memberi bantuan dan sokongan kepada orang Muslims." Juzjani mendakwa bahawa ini adalah sebagai tindak balas mengetahui rancangan ini bahawa Genghis Khan memerintah anaknya diracun secara rahsia, bagaimanapun kerana Sultan Muhammad telahpun meninggal pada 1223, ketepatan cerita ini dipersoalkan. (Ratchnevsky, p. 136-7)
  7. ^ Grousset, Rene. Conqueror of the World: The Life of Chingis-khan (New York: The Viking Press, 1944) SBN 670-00343-3.
  8. ^ Man, John. Genghis Khan : Life, Death and Resurrection (London; New York : Bantam Press, 2004) ISBN 0-593-05044-4.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]