[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Samurai X

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rurouni Kenshin
Satria Pedang
Samurai X
るろうに剣心 -明治剣客浪漫譚-
(Rurōni Kenshin -Meiji Kenkaku Roman Tan-)
Genre
Manga
PengarangNobuhiro Watsuki
PenerbitShueisha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
PencetakanJump Comics
Majalah AsalWeekly Shōnen Jump
Tarikh Pengeluaran25 April 199421 September 1999
Jilid28 (Senarai jilid)
Siri televisyen anime
PengarahKazuhiro Furuhashi
Penerbit
  • Koji Kaneda
  • Mitsuhisa Hida
  • Akio Wakana (#1–66)
  • Hiroshi Hasegawa (#67–95)
Lagu/MuzikNoriyuki Asakura
Studio
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalFuji TV
Penyiaran bahasa Inggeris
Tarikh tayangan10 Januari 19968 September 1998
Episod95 (Senarai episod)
Filem anime
Rurouni Kenshin: The Motion Picture
PengarahHatsuki Tsuji
Penerbit
  • Katsunori Narumo
  • Akio Wakana
Skrip/PenulisYukiyoshi Ōhashi [ja]
Lagu/MuzikTaro Iwashiro
StudioStudio Gallop
Dilesenkan oleh
Madman Entertainment
Aniplex of America
Dikeluarkan padaDecember 20, 1997
Jangka masa tayangan90 minutes
Manga
Original video animation
Filem aksi langsung
Portal Anime dan Manga

Samurai X atau tajuk asalnya Rurouni Kenshin: Meiji Kenkaku Romantan (るろうに剣心 明治剣客浪漫譚, Kenshin Si Pemedang Tak Bertuan yang Mengembara: Kisah Cinta Pemedang Zaman Meiji) ialah satu siri manga karya Nobuhiro Watsuki. Cerita ini berlatarkan awal zaman Meiji di Jepun. Versi bahasa Inggeris bagi OVA serta filem dikenali sebagai Samurai X, namun tajuk asalnya disertakan dalam keluaran DVD.

Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Pada awal zaman Meiji, Himura Kenshin, seorang pembunuh legenda yang handal sehingga bergelar Hitokiri Battōsai (人斬り抜刀斎, pembunuh manusia dan pakar Battōjutsu) yang bersumpah tidak ingin membunuh sesiapa dengan pedang lagi setelah tamatnya perang pembukaan kerajaan yang menanam rasa hina dan insaf dalam dirinya. Kemudian, dia bertembung dengan Kaoru Kamiya, seorang pemudi yang melawan seorang pemedang dan gerombolannya yang mengamuk membalas dendam setelah dibuang dari perguruannya. Setelah orang itu berjaya dikalahkan tanpa membunuh seisapa pun, Kaoru yang terhutang budi membenarkannya tinggal di sekolahnya. Mulai saat itu, hidupnya sebagai bekas "battosai" bermula dengan pelbagai cabaran bersama rakan-rakan dan kekasihnya dalam menghadapi musuh.

Barisan watak utama

[sunting | sunting sumber]
  • Himura Kenshin (緋村 剣心): satu-satunya pembunuh yang ditakutkan pada masa Revolusi Meiji. Setelah peperangan berakhir dan kematian isterinya, Tomoe, Himura berjanji tidak akan membunuh lagi. Dia menjolok diri adalah Kenshin dan menjadi seorang pengembara yang menggunakan katana bermata terbalik (Hiten Mitsurugi Ryu) yang diajarkan dari Seijuro Hiko. Watak ini didasarkan seorang pembunuh upahan sebenar, Kawakami Gensai.[2]
  • Kamiya Kaoru (神谷 薫): pembantu pelatih dari jurus pedang gaya Kamiya Kasshin. Setelah insiden Gohei, tempat latihannya dibuka kembali hanya dengan 1 murid, dan selanjutnya 2. Beranjak dewasa dia sangat dekat dengan Kenshin. Dia bisa sakit hati dalam kondisi ini. Tapi ia sangat baik, dia menikah dengan Kenshin dan dikaruniakan seorang anak yang diberi nama Kenji.
  • Takani Megumi (高荷 恵): seorang tabib pintar yang cerewet. Dia berubah hidupnya setelah diselamatkan oleh Sanosuke ketika dia mencuba bunuh diri.
  • Sagara Sanosuke (相楽 左之助): bekas askar yang terlibat dalam Perang Boshin, berkawan dengan Kenshin setelah dia kalah dalam pertarungan melawannya.
  • Shinomori Aoshi (四乃森 蒼紫): Pemimpin depan puakk Oniwaban dan askar upahan semasa revolusi meiji. Dia eorang pendiam dan sering mewawas diri mengenai erti kehidupan.
  • Saitō Hajime (斎藤 一): pemimpin pasukan ke-3 Shinsengumi pada Revolusi Meiji. eknik pedangnya adalah Gatotsu.

Manga ini mempunyai seberapa terjemahan bahasa Melayu yang ada serata Nusantara:

Anime mengadaptasi manga ini arahan Kazuhiro Furuhashi mula ditayangkan di Jepun melalui Fuji TV pada 10 Januari 1996 hingga 8 September 1998; episod 1 hingga 66 siri ini dianimasikan Studio Gallop sebelum disusuli Studio Deen.[3][4][5] Adaptasi anime ini ada menerapkan isi yang belum pernah wujud dalam manga asal.[6] Episod terakhir anime ini tidak ditayangkan di Jepun tetapi terbit sebagai bonus dalam bentuk final VHS dan DVD.[7]

Ia ditayangkan menerusi NTV7 dan RTM2 di Malaysia. Di Indonesia pula, rancangan ini digemari banyak saluran: SCTV menayangkan anime ini dari musim pertama hingga ketiga setiap petang Isnin hingga Jumaat jam 15:00 dari 6 Mac 2000 hingga akhir Jun 2001, ANTV, RCTI, Trans TV, TV7 menayang siri ini hingga akhir 2005 sebelum diserahkan kepada Global TV yang menyiarkan ia hingga pertengahan tahun 2008.

Sebuah filem aksi langsung dihasilkan Warner Bros. bersama Studio Swan arahan Keishi Ōtomo 25 Ogos 2012 di Jepun;[8] ia membintangi Takeru Satoh sebagai Kenshin, Munetaka Aoki sebagai Sanosuke Sagara da Emi Takei sebagai Kaoru.[9] Dua filem sekuel mula dihasilkan serentak tahun 2013 sebelum dapat ditayanhkan pada tahun berikutnya.[10][11][12]

  1. ^ a b c "The Official Website for Rurouni Kenshin". Viz Media. Dicapai pada October 28, 2017.
  2. ^ Watsuki, Nobuhiro (2003). "The Secret Life of Characters (1) Himura Kenshin". Rurouni Kenshin, Volume 1. Viz Media. m/s. 56. ISBN 1-59116-220-3.
  3. ^ ぎゃろっぷ作品履歴1999 (dalam bahasa Jepun). Gallop. Diarkibkan daripada yang asal pada November 4, 2013. Dicapai pada February 2, 2019.
  4. ^ "Episode list" (dalam bahasa Jepun). Sony. Diarkibkan daripada yang asal pada May 23, 2009. Dicapai pada May 23, 2009.
  5. ^ "Staff" (dalam bahasa Jepun). Sony. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-31. Dicapai pada May 23, 2009.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama enishiarc
  7. ^ Kumana, Zubin. "Rurouni Kenshin Vol #22: End Song". Mania Entertainament. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2008. Dicapai pada October 13, 2008.
  8. ^ "Live-Action Rurouni Kenshin Film Image Published". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada December 2, 2011. Dicapai pada November 30, 2011.
  9. ^ "Emi Takei to Play Live-Action Rurouni Kenshin's Kaoru". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada January 21, 2012. Dicapai pada July 25, 2011.
  10. ^ "Rurouni Kenshin Gets 2 New Live-Action Kyoto Arc Films". Anime News Network. 2013-06-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-15. Dicapai pada 2013-12-22.
  11. ^ "New Live-Action Rurouni Kenshin Sequel Image Previews Juppongatana". Anime News Network. January 1, 2014. Dicapai pada January 1, 2020.
  12. ^ "New Live-Action Rurouni Kenshin Sequels' Photos Feature Kenshin vs. Sōjirō". Anime News Network. January 8, 2014. Dicapai pada January 8, 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]