[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Nintama Rantarou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nintama Rantarou
Fukutomi Shinbei, Inadera Rantarou, dan Sattsuno Kirimaru dari kiri ke kanan
GenreAksi, Pengembaraan, Komedi, Drama, Shōnen
Manga
Rakudai Ninja Rantarou
PengarangAmako Soubee
PenerbitJapan Asahi Shinbunsha
Anime
Nintama Rantarou
PengarahTsutomu Shibayama
StudioAjia-do Animation Works
Penyiaran AsalJapan NHK (dalam bahasa Jepun)
Chile Chilevision, ETC...TV
Philippines ABC-5, HERO TV
Malaysia Cartoon Network, Disney Channel, TV2, NTV7 & Astro Ceria (dalam bahasa Melayu)
Dikeluarkan pada1993 – kini
Karya yang berkaitan
Portal Anime dan Manga


Nintama Rantarou merupakan satu siri anime yang diterbitkan oleh syarikat NHK bagi program pendidikan dan hiburan kanak-kanak Jepun. Ceritanya berasaskan dari sebuah manga bertajuk "Rakudai Ninja Rantarou" (Kegagalan Ninja Rantarou) oleh Amako Soubee. Ia mula muncul pada tahun 1993 dan masih ditayangkan. Pada mulanya, ia dipaparkan dalam bentuk setengah jam, dengan anggaran 12 minit sebelum iklan dan satu lagi selepas iklan. Walau bagaimanapun, kini ia telah berubah format yang memberikan tayangan 10 minit setiap segmen untuk 30 minit termasuk pembukaan (jadi, ceritanya lebih kurang 7 minit sahaja). Pada April 2002, episod-episod baru dikeluarkan berdasarkan manga jilid 29 dan mempunyai set baru bagi kredit pembukaan dan penutup.

Di Malaysia, anime ini lebih dikenali sebagai "Ninja Boys" dan Ninja Boy Rantaro.Ia pernah ditayangkan di TV2, ntv7 dan Astro Ceria.

Plot episod sering memaparkan sekitar kelas pembelajaran dan permasalahan di sekolah, atau berkisar tentang Rantarou dan rakannya menyelesaikan masalah bagi sesiapa yang mereka jumpa. Lazimnya, ia adalah cerita yang pelbagai episod. Banyak watak yang muncul dalam cerita ini sama ada kemunculan sekejap atau mempengaruhi banyak cerita lain.

Walaupun di setkan ketika zaman feudal Jepun, anakronisme berlaku iaitu tidak terlalu mengikut peredaran masa. Bukan sahaja watak melampaui hukum fizik, tetapi mereka turut menembusi tembok ketiga. Watak sendiri tahu yang mereka adalah watak dalam cerita dan menggunakan kelebihan itu untuk 'merentasi ruang dan masa' untuk mendapatkan maklumat. Ini berlaku dalam manga apabila watak sering kembali ke muka sebelumnya atau merujuk jilid terdahulu.

Ceritanya agak mudah dengan Rantarou, seorang budak lelaki bercermin mata dan berambut merah, menghadiri Ninjutsu Gakuen (Sekolah Ninja). Dia ingin untuk menjadi ninja elit, tidak seperti bapanya yang hanya ninja biasa dan miskin. Di sekolah, dia berkawan dengan Kirimaru dan Shinbei. Kirimaru ialah seorang yang mata duitan. Dia sering melakukan kerja sambilan untuk mendapatkan duit. Disebabkan Kirimaru tidak mempunyai keluarga, dia sering tinggal bersama Cikgu Doi (yang turut "membantunya" dengan kerja sambilannya) apabila cuti sekolah. Shinbei, budak montel yang hingusnya sering meleleh dan rambut yang boleh menjadi sebahaya senjata, adalah anak orang kaya. Walau bagaimanapun, Shinbei tidaklah begitu bijak dan sering ketinggalan walaupun dalam perbualan.

Ketiga-tiga mereka merupakan ahli Ichinen-hagumi (tahun satu kelas "ha" (catatan: "ha" adalah yang ketiga dalam susunan kana "i ro ha", dan kelas-kelas di sekolah dinamakan Igumi, Rogumi, and Hagumi). Malangnya bagi guru, Hagumi kelihatan memiliki pelajar tahun satu yang teruk. Di Ninjutsu Gakuen, pelajar dipanggil "Nintama", pecahan dari suku pertama perkataan kanji "Ninjutsu/Ninja" (Nin), dan "tamago", yang bermaksud telur. Maka, Nintama membuat terjemahan terus bermaksud "Ninja telur" atau lebih difahami, Ninja yang muda.

Dua watak utama guru adalah Cikgu Yamada dan Cikgu Doi. Cikgu Yamada-sensei lebih kepada seorang lelaki yang tiada tarikan fizikal dan setiap kali perlu menyamar, dia akan menyamar menjadi wanita (yang agak buruk rupanya). Dia mengambil tugas dalam pengajaran di luar atau kelas lapangan. Cikgu Doi pula masih muda dan sekitar 25. Dia mengajar di dalam kelas.

Pelajar kelas Hagumi sering menghabiskan masa dengan membuat lawak dari belajar dan Cikgu Doi sering hilang kesabarannya disebabkan itu.

Cerita yang paling menarik ialah tentang sekumpulan ninja berpakaian merah dari Istana Dokutake. Ninja Dokutake diketuai oleh seorang lelaki pendek berkepala besar iaitu Hieta Happousai.

Nintama Rantarou mempunyai banyak lagu yang disusulkan bersama sebagai runut bunyi dan sebagai lagu ketika kredit pembukaan dan penutup. Lagu pembukaan bagi anime ini hanya satu sahaja iaitu Yuuki 100% (Keberanian 100%) yang dinyanyikan asalnya oleh Hikaru Genji. Lagu penutup pula terdapat pelbagai lagu yang diubah dari musim ke musim, hari ke hari, minggu ke minggu, tahun ke tahun.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]