[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Negara Bebas Ireland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negara Bebas Ireland
Saorstát Éireann
Irish Free State
1922–1937
Bendera Ireland
Bendera
StatusAlam Komanwel
Ibu negaraDublin
Bahasa yang umum digunakanIreland, Inggeris
KerajaanRaja berperlembagaan
Raja 
• 1922–1936
George V
• 1936–1936
Edward VIII
• 1936–1937
George VI
Gabenor-Jeneral 
• 1922–1927
Timothy Michael Healy
• 1928–1932
James McNeill
• 1932–1936
Domhnall Ua Buachalla
Presiden Majlis Eksekutif 
• 1922–1932
W. T. Cosgrave
• 1932–1937
Éamon de Valera
Badan perundanganOireachtas
Seanad Éireann
Dáil Éireann
Sejarah 
24 April 1916
6 Disember 1922
29 Disember 1937
18 April 1949
Mata wangPaun Saorstát
Kod ISO 3166IE
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Ireland
Ireland Selatan
Republik Ireland

Negara Bebas Ireland (bahasa Inggeris: Irish Free State, Ireland: Saorstát Éireann) (1922–1937) ialah negeri yang terdiri daripada 26 daripada 32 daerah Ireland yang dipisahkan daripada United Kingdom of Great Britain and Ireland di bawah Perjanjian Inggeris-Ireland yang ditandatangani wakil-wakil British dan Republik Ireland di London pada 6 Disember 1921. Negara Bebas Ireland diwujudkan pada 6 Disember 1922, menggantikan dua negeri yang wujud bersama atas nama tetapi sebenarnya sama: Ireland Selatan de jure yang diasaskan oleh Akta Kerajaan Ireland 1920 dan, mulai Januari 1922, ditadbir oleh Kerajaan Sementara di bawah Michael Collins; dan Republik Ireland de facto di bawah Presiden Dáil Éireann, Arthur Griffith, yang diasaskan Dáil Éireann pada tahun 1919. (Pada Ogos 1922, kedua-dua negeri bergabung setelah kematian pemimpin masing-masing; kedua-dua jawatan dipegang serentak oleh W. T. Cosgrave.)