Masjid Sheikh Zayed
Penampilan
Masjid Sheikh Zayed | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu |
Koordinat geografi | 24°24′44″N 54°28′28″E / 24.41222°N 54.47444°E |
Agama | Islam |
Negara | Emiriah Arab Bersatu |
Penerangan seni bina | |
Arkitek | Mohammad Ali Al-Ameri |
Jenis seni bina | Masjid |
Disiapkan pada | 2007 |
Kos pembinaan | Dua bilion dirham ($545 juta) |
Spesifikasi | |
Kapasiti | 40,000 |
Bil. kubah | 82 kubah dengan 7 saiz |
Tinggi kubah (luaran) | 75 m |
Lebar kubah (luaran) | 32.2 m |
Bil. menara masjid | 4 |
Tinggi menara masjid | 107 m |
Masjid Sheikh Zayed ialah masjid ketiga terbesar di dunia[1]. Masjid ini terletak di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu. Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana. Masjid ini dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 2007.
Rekod dunia
[sunting | sunting sumber]Masjid Sheikh Zayed memegang beberapa rekod dunia:
- Ia memiliki permaidani terbentang luas di masjid ini yang dianggap "terbesar di dunia" dan dibuat oleh "Iran's Carpet Company" hasil rekaan artis Iran Ali Khaliqi.[2] Karpet ini berukuran 5,627 meter persegi. Berat karpet tersebut ialah 47 tan - 35 tan kapas, dan 12 tan benang.
- Masjid ini juga mempunyai candelier (lampu lilin) terbesar dunia. Terdapat tujuh lampu lilin yang diimport dari Jerman dan kesemuanya adalah dari tembaga dan bersalut emas. Lampu lilin yang terbesar berdiameter 10 meter dan 15 meter tinggi.[3].
Kedua-dua rekod ini sebelum ini dipegang oleh Masjid Besar Sultan Qaboos di Oman.