Masan
Bandar Masan (Hangul: 마산시, masan-si; Hanja: 馬山市; Jawi: ماسن ) ialah sebuah wilayah pentadbiran Changwon, sebuah kota di Wilayah Gyeongsang Selatan. Dulunya merupakan kota bebas dari tahun 1949 hingga pada 30 Jun 2010 apabila ia diserahkan kepada Changwon bersama dengan Jinhae. Masan dibahagi menjadi dua daerah di Changwon, Masanhappo-gu dan Masanhoewon-gu. Pada 31 Disember 2012, jumlah populasi gabungan daerah itu adalah 406,893 orang.
Sepanjang sejarah Korea, Masan berperanan sebagai bandar pelabuhan Happo yang penting, yang mengalami pemodenan yang pesat pada abad ke-19. Ini juga merupakan pentas bagi gerakan demokrasi yang signifikan pada tahun 1960-an dan 1970-an, yang paling terkenal ialah Protes Demokratik Bu-Ma pada tahun 1979. Memandangkan statusnya sebagai pelabuhan perdagangan bebas, Masan telah mengalami pertumbuhan yang konsisten hingga awal tahun 1990-an ketika pembinaan Changwon berjalan dan mulai menarik minat warga di sekitar wilayah ini.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]September 1283 - Setelah pegawai Korea mendorong Kublai Khan – ketua Dinasti Yuan Mongol – pada tahun 1267 bahawa Jepun akan mudah ditundukkan, negeri Koryo Korea membina lebih daripada 300 buah kapal besar untuk membantu pencerobohan Jepun. Dengan lebih daripada 20,000 orang tentera Mongol dan juga 5,000 orang Korea, tentera sekutu meninggalkan Masan dengan 900 buah kapal pada 15 September 1283 dalam kempen yang gagal untuk menakluki Jepun.
1 Jun 1901 - Pelabuhan Masan dibuka dengan tekanan daripada pihak Jepun. Antara barang dagangan awal ialah garam, ikan, kapas dan barangan lain.
15 Mac1962 - Protes menentang korupsi pilihan raya dipelopori oleh Parti Demokrat di Masan. Kira-kira 1,000 orang penduduk menghadiri demonstrasi itu, yang berlangsung pada pukul 19:30 di hadapan Ibu Pejabat Parti Demokratik di Masan. Tunjuk perasaan itu mencetuskan pertembungan ganas antara penunjuk perasaan dan pegawai polis menyebabkan beberapa pelajar terbunuh. Untuk memulihkan ketenteraman, pihak berkuasa menutup Masan dan Jeneral Carter B. Magruder akhirnya menghantar Askar Marin AS untuk mengatasi kerusuhan.
13 Disember 1962 - Mayat Kim Ju-yul ditemui di Pelabuhan Masan. Kim – yang masih berpakaian seragam dari Sekolah Menengah Komersial Masan – telah hilang semasa rusuhan 15 Mac. Pihak berkuasa mendakwa bahawa dia lemas, tetapi ramai penduduk Masan tidak mempercayai penjelasan ini dan mendesak untuk masuk ke hospital tempat mayat Kim disimpan. Di hospital, mereka mendapati bahawa serpihan bom tangan di belakang matanya sebenarnya yang telah membunuhnya. Pada hari-hari berikutnya, tunjuk perasaan besar-besaran meletus yang melibatkan seramai 40,000 orang penduduk di seluruh bandar yang mempunyai ciri khas politik haluan kiri. Semasa perbalahan dengan polis, polis melepaskan tembakan dan membunuh beberapa orang penunjuk perasaan. Sekali lagi, tentera AS dipanggil untuk membantu memulihkan ketenteraman. Pada titik ini, kemarahan masyarakat terhadap pemerintah telah meningkat ke tahap yang baru dan pemberontakan terhadap pemerintah Rhee menjalar di seluruh negeri. Pihak berkuasa 8 mengisytiharkan undang-undang tentera.
Oleh itu, peristiwa di Masan pada tahun 1962 membantu mencetuskan gerakan menentang rasuah yang dikenali sebagai Gerakan 19 April, yang akhirnya membawa kepada pengunduran Presiden Syngman Rhee dan permulaan Republik Kedua.[1]
Disember 1979 - Protes meletus di Masan (dan juga di Busan) terhadap rejim Presiden Park Chung-hee berikutan tindakan keras polis terhadap tindakan mogok pekerja tekstil wanita dari Syarikat Perdagangan YH. Pekerja di Zon Eksport Bebas Masan malah berjaya mewujudkan empat kesatuan pekerja.[2]
Bandar kembar
[sunting | sunting sumber]- Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat
- Houston, Texas, Amerika Syarikat
- Mokpo, Korea Selatan
- Shulan, China
- Zapopan, Jalisco, Mexico
- Himeji, Japan
- Ussuriisk, Rusia
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Korea's Place in the Sun: A Modern History. Norton, 2087, p. 344.
- ^ Cumings, Bruce (2005). Korea's Place in the Sun: A Modern History. New York: W. W. Norton. m/s. 374. ISBN 9780393316810.