Markhor
Markhor | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Keluarga: | Bovidae |
Subkeluarga: | Caprinae |
Genus: | Capra |
Spesies: | C. falconeri[1]
|
Nama binomial | |
Capra falconeri[1] (Wagner, 1839)
| |
Subspesies | |
Lihat teks | |
Taburan markhor |
Markhor (Capra falconeri) ialah spesies kambing liar besar yang dijumpai di timur laut Afghanistan, Pakistan (di Gilgit-Baltistan, Lembah Hunza-Nagar, utara dan tengah Pakistan, dan beberapa bahagian Jammu dan Kashmir), India, selatan Tajikistan dan selatan Uzbekistan. Ia disenaraikan dalam Senarai Merah IUCN sebagai hampir terancam sejak 2015.[2]
Namun, spesies ini sebelumnya dikelaskan sebagai terancam oleh IUCN, kerana terdapat kurang daripada 2,500 ekor yang dewasa dan semakin menurun dengan anggaran 20% lebih 2 generasi.[3] Markhor ialah haiwan kebangsaan Pakistan.
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Aegoceros (Capra) Falconeri ialah nama saintifik yang dicadangkan oleh Johann Andreas Wagner pada 1839 berdasarkan seekor spesimen betina dari banjaran Himalaya India.[4]
Beberapa subspesies telah dikenal pasti, selalunya berdasarkan tatarajah tanduk, tetapi telah ditunjukkan bahawa ia boleh berubah-ubah dengan ketara walaupun dalam populasi yang sama yang terbatas di satu banjaran gunung.[5]
- Markhor Astor (C. f. falconeri)
- Markhor Bukhara (C. f. heptneri)
- Markhor Kabul (C. f. megaceros)
- Markhor Kashmir (C. f. cashmiriensis)
- Markhor Sulaiman (C. f. jerdoni)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Grubb, P. (2005). "Species Capra falconeri". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 701. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.
- ^ a b c Michel, S. & Rosen Michel, T. (2015). "Capra falconeri". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2015: e.T3787A97218336. doi:10.2305/IUCN.UK.2015-4.RLTS.T3787A82028427.en. Dicapai pada 16 Januari 2022. Unknown parameter
|errata=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: |doi= / |page= mismatch (help) - ^ Valdez, R. (2008). Capra falconeri. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 5 April 2009. Database entry includes a brief justification of why this species is of endangered.
- ^ Wagner, J.A. (1839). "Beschreibung einiger neuer oder wenig bekannter Säugethiere, welche von Herrn Baron von Hügel in Indien gesammelt wurden". Gelehrte Anzeigen der Königlich Bayerischen Akademie der Wissenschaften zu München. 9 (183): 429–432.
- ^ Damm & Franco, CIC Caprinae Atlas of the World, CIC/Rowland Ward, 2014
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Mueenuddin, N. (2020). Himalayan Lynx Filmed Hunting Markhor in Pakistan for First Time (Motion picture). WWF Pakistan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-22.
- Markhor Pakistan National Animal