[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Orang Suluk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suluk
Wanita Tausug menari pangalay
Wanita Tausug menari pangalay
Kawasan ramai penduduk
 Filipina
(Basilan, Palawan, Sulu, Tawi-Tawi, Manila, Cebu)
Malaysia Malaysia
(Sabah)
Bahasa
Tausūg, Chavacano, Cebuano, Tagalog, Inggeris, Melayu
Agama
Banyaknya Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Visaya, Moro lain,
Melayu, Filipino lain,
Orang Austronesia lain

Kaum Suluk atau Tausūg berasal daripada Kepulauan Sulu dan sebahagian Pantai Timur Sabah (North Borneo) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan Bahasa Tausug atau dengan nama lain lebih tepat lagi Bahasa Sūg sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti ialah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular ialah pakaian tradisionalnya iaitu kuput (kupot), sablay, samrah dan batawi.

Menurut satu laporan 2008 Lembaga Kebudayaan SABAH, Suluk merupakan Bumiputra asli ANAK NEGERI SABAH. Dalam Ordinan Difinasi tafsiran Suluk sebagai NATIVE atau orang asli,orang asal di Sabah.

Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk. Sebaliknya, mereka menggelar diri mereka Tausug yang secara harfiahnya membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu. Perkampungan awal orang Suluk yang masih boleh dilihat sehingga hari ini ialah Pulau Tambisan di mana masyarakat Suluk di sana dominan mengamalkan cara hidup orang Melayu. Namun, bahasa seharian mereka ialah bahasa Suluk yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk kampung keturunan Suluk malah turut dituturkan dengan fasih oleh suku etnik yang lain seperti Brunei, Kagayan, Bugis, Jawa, Cina dan Arab. Pulau Tambisan telah melahirkan ramai pemimpin yang berkaliber di Negeri Sabah. Antaranya Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, YB. Senator Datuk Hajjah Armani Haji Mahiruddin, Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau). Menurut cerita lisan, Almarhum Sultan Jalaluddin Pablo adalah antara tokoh yang membuka perkampungan di Pulau Tambisan bersama-sama dengan ulama Arab.

Kaum Suluk atau Tausūg ialah majoriti di Kepulauan Sulu dan bahasanya iaitu Bahasa Sūg ialah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Suluk atau Tausug berasal daripada rumpun Nusantara (Austronesia) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang dituturi mereka adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah daripada bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).

Mengikut sumber daripada Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal daripada beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Suku kaum Buranun atau Bud Anun yang bererti orang bukit ialah salah satu subetnik orang Dayak yang mendiami Kepulauan Sulu. Suku kaum Buranun telah di-Islamkan oleh Sharifful Hashim dan orang-orang Bajau yang mengiringi Shariful Hashim dari Johor dan orang-orang Taguimaha (nenek moyang orang-orang Bajau Yakan) yang mengiringi Raja Baguinda dari Pulau Basilan. Mereka berhijrah ke Kepulauan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug di Sabah,

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Orang Buranun dipercayai ialah yang terawal menduduki kawasan pergunungan di Sulu dan penempatan terkenal mereka ialah di Maimbung.

Orang Tagimaha pula bermaksud kumpulan pelindung yang datang dari Pulau Basilan yang mana asal sebenar mereka adalah dari pulau besar Mindanao juga dan penempatan terkenal mereka adalah di Buansa atau sekarang dikenali sebagai Jolo (disebut Holo).

Orang Baklaya yang bermaksud orang yang menduduki persisiran pantai dipercayai datang dari Sulawesi Indonesia dan penempatan mereka adalah di Patikul. Orang Baklaya merupakan nenek moyang kepada bangsa Bajo atau Bajau dari Daerah Wajo di Sulawesi.

Orang Banjar pula berasal daripada Bangsa Dayak yang apabila telah di-Islamkan dikenali sebagai Banjar merujuk kepada daerah Banjarmasin di Kalimantan, Borneo Indonesia. Tempatnya di Kalimantan adalah di Banjar Masin. Lantaran itu, bahasa orang-orang Banjar menyamai 80% bahasa Dayak Kalimantan.

Orang Dampuan pula berasal dari Champa iaitu salah satu tempat bersejarah di IndoChina yang sekarang dikenali sebagai Vietnam dan kaum-kaum seperti inilah yang disebut di atas yang telah mewarnai wajah, bahasa dan rupa paras orang Tausug itu sendiri.[1]

Bangsa Tausug juga mempunyai beberapa dialek atau mengikut kawasan atau daerah yang antaranya ialah dialek Tausug Tapul, Tausug Basilan, Lugus, Gimbahanun dan lain-lain. Unsur-unsur bahasa Jawa yang juga ada terdapat dalam Bahasa Sug ini tidaklah menghairankan kerana Rumpun Bangsa Nusantara di Kepulauan Nusantara ini antara satu sama lain ada persamaannya. Hal ini disebabkan kekuasaan kerajaan Srivijaya dan Majapahit di Tanah Bangsa Jawa pernah mempengaruhi daerah-daerah sekitar wilayah Kepulauan Sulu sebagaimana sebelum kemunculan kerajaan awal Melayu Melaka. Maka setelah kedatangan Islam muncullah Kesultanan Sulu sekitar tahun 1457 M dan pemerintahan Sultan-sultan Sulu berlangsung begitu lama yang mana ia telah menyumbang kepada ketahanan Bahasa Sug hingga hari ini.

Asal-usul istilah

[sunting | sunting sumber]

Tausug berasal daripada dua suku kata "Tau" (disebut Ta'u) bermaksud "orang" dan "Sūg" bermaksud "Arus". "Orang Arus" maka bolehlah diertikan sebagai orang yang menongkah arus atau orang yang pekerjaannya ada kaitan dengan pasang surut air laut. Diketahui Kepulauan Sulu terdiri daripada ratusan pulau yang mana pekerjaan penduduknya ialah nelayan dan memungut hasil laut seperti mutiara, agar-agar laut, gamat serta menjalankan perniagaan secara barter antara Borneo Utara (Sabah) dan Zamboanga dan kawasan lain di Nusantara.

Perkataan "Sulog" atau Sulug pula berasal daripada bahasa Bajau yang bererti arus. Lantaran itu, sebutan Sulog/Suluk sebenarnya daripada kosa kata orang-orang Bajau yang menggelar suku bangsa gabungan beberapa sub-etnik ini sebagai orang Sulog ataupun orang arus. Orang-orang Bajau yang mengiringi Raja-raja Minangkabau-Johor seperti Raja Baguinda (Sulu), Sharriful Hashim (Sulu), Sharif Alawi, Sharif Kabungsuan (Mindanao) dan Sharif Ali (Brunei) atau dikenali sebagai Shariff Pituh atau Wali Tujuh telah bergabung dan sama-sama mengharungi arus lautan yang akhirnya bertemu di Pulau Sulog yang ertinya Pulau Arus. Oleh itu, orang-orang yang mendiami Pulau ini dikenali sebagai Tau-Sug atau orang arus dan Pulau yang mereka diami dikenali sebagai Pulau Sulog atau Pulau Arus.

Satu lagi tafsiran perkataan Tausug ialah "Tau Maisug". "Maisug" bermaksud pemberani iaitu "Orang Yang Berani". Sebagaimana Sepanyol mengakuinya begitu juga tentera Amerika Syarikat malah Ferdinand Marcos sendiri bermati-matian memerangi kaum ini dengan mengisytiharkan undang-undang tentera di Mindanao dan Sulu. Oleh sebab itu gelaran "Juramentado" (Berani Mati) ialah gelaran Sepanyol kepada Tausug. Salah satu bukti keberanian orang Suluk ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Prof. Cesar.

"Perwira-perwira Islam yang setelah menjalani upacara "keagamaan" dan menunaikan sembahyang semalaman dengan pendeta (Guru Agama - pent.) pada esok harinya akan menyerbu dan menyerang pelanggar-pelanggar Kristian dengan keazaman membunuh seberapa ramai musuh dan mereka ini tidak dijangkakan akan pulang dengan selamat. Harapan yang tinggi bagi perwira-perwira yang sanggup berkorban ini untuk mendapatkan balasan syurga"

Asal dan Permulaan istilah Suku Suluk.

1878 dalam perjanjian Sulu dalam jawi disebut Suluk atau Solok merujuk Kesultanan Sulu ,negeri Suluk@Solok bukan membawa maksud bangsa Suku Suluk.

1889 British masih pakai istilah Sooloo merujuk suku kaum bagi maksud Suluk hari ini.

Dalam Ordinan 1952 barulah dinyatakan sebagai suku Suluk Sabah.

Bermakna penggunaan istilah Suluk merujuk suku kaum telah lewat digunapakai iaitu pra pembentukan Malaysia 1963.

Bagaimana suluk dapat namanya itu adalah dari nama Kesultanan Sulu atau dari Negeri Suluk itu sendiri. Suluk merujuk negeri solok atau kesultanan Sulu.

Apakah nama Suluk sebelumnya 1952, seperti dalam keratan catitan British tertera iaitu orang Sooloo ,jika dalam bahasa Sug yang biasa Suluk sebutkan adalah orang Sug atau Taosug. Suluk dulu adalah Taosug. Tiada perlu dokumen seperti sekarang.

Jika Asree Eladji menggunakan istilah Solok@Suluk merujuk sejarah orang Sulu di Melaka atau di selatan Filipana dan dimana saja, itu tidak tepat kerana zaman dulu tidak ada suku bangsa bernama Suluk. Perkataan Suluk @solok pada catitan perjanjian 1878 misalnya merujuk sebuah negeri bukan satu suku bangsa. Penggunaan nama Suluk sebagai suku bangsa adalah bermula 1952 dalam ordinan pra pembentukan Malaysia 1963.

Jadi asal istilah Suluk adalah gelaran yang diberikan oleh pemerintah zaman dahulu yang Melihat satu suku kaum peribumi Di Borneo' Sabah yang sibuk beribadah mendekatkan diri pada tuhan.Maka pemerintah zaman dahulu memberi gelaran suku ini dengan nama(suluk).

Suluk secara harfiahnya bererti Menempuh(jalan).Dalam kaitannya dengan agama islam dan sufisme, Kata suluk bererti menempuh jalan (Kerohanian) untuk menuju Allah.

Oleh sebab itu, hanya dinegeri Sabah digunakan penggunaan nama bangsa suluk tidak digunakan difilipina atau kerajaan sultan sulu.

Pemerintah zaman dahululah yang memberikan gelaran tersebut kepada suku kaum suluk peribumi di Borneo sabah pada ketika itu, dan sehinggalah sekarang masih digunakan penggunaan nama tersebut di sabah Malaysia.Dan agama rasmi bangsa suluk adalah islam.

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]
Pakaian tradisi orang Tausug dengan parang Sulu (Barong) di pinggang dan kain ridah disangkut di bahu
Pertunjukan Pahlawan Tausug

Orang Suluk atau Tausug merupakan pelayar cekap dan dikenali dengan kapal berwarna-warni mereka, vinta. Mereka juga pahlawan handal dan mahir bertukang. Selain itu, mereka juga terkenal dengan tarian Pangalay (juga dikenali sebagai Daling-Daling di Sabah). Selain itu, tarian yang jarang-jarang dipertontonkan ialah tarian "mengiluk" yang ditarikan oleh orang Suluk di Sabah khususnya di Sandakan.

Sumber dan rujukan

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Vp6ApmKWtuVWt6k8Q9KYw1UgPwitgmFxCTuAkwqJrx7JJ7gxUnnpuHpTbKPeBGS1l&id=109463554770934&mibextid=Nif5oz