[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Khaliq Mehtab Mohd Ishaq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat
Khaliq Mehtab Mohd Ishaq
ADUN
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Bertam
Dalam jawatan
2 Ogos 2018 – 5 Mac 2023
Didahului olehShariful Azhar Othman
Pengerusi
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
Dalam jawatan
21 Mei 2020 – 3 Disember 2022
Didahului olehMohamed Haniff Khatri Abdulla
Maklumat peribadi
Lahir (1976-06-25) 25 Jun 1976 (umur 48)
Parti politik BERSATU
(2020-kini)
BERSATU
(2018-2020)
UMNO
(2000-2018)
PasanganNor Azizurahmah Abdul Aziz
Anak3
PekerjaanAhli politik, Ahli perniagaan
Bidang pengkhususanPeguam

Yang Berhormat, Tuan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Bertam.[1] Beliau adalah mantan ahli jawatan kuasa dalam portfolio Tebatan Banjir & Perparitan, Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Jawatankuasa Pembersihan & Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan and Masyarakat Penyayang, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.[2]

Beliau adalah adik kepada Azlina Mehtab, bekas Ketua Puteri UMNO negeri Pulau Pinang.[3] Ibu beliau merupakan seorang beretnik Cina, dan beliau telah berkomunikasi dengan ibunya dalam Bahasa Hokkien sejak kecil, walaupun beliau tidak boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin.[4]

Beliau adalah seorang peguam di firma Messrs. Azlina Mehtab & Associates.[5]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang pada 21 Mei 2020 bagi menggantikan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.[6]

Beliau telah bertanding kerusi DUN Bertam, Pulau Pinang pada PRU 14 dan telah mengalahkan penyandang kerusi dari UMNO, Shariful Azhar Othman.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Diari YB Khaliq Mehtab ADUN Bertam di Facebook

  1. ^ Maklumat calon DUN Bertam, Pulau Pinang
  2. ^ "Profil peribadi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-23. Dicapai pada 2019-08-23.
  3. ^ Abang adik lain parti warnai PRU-14
  4. ^ https://www.kwongwah.com.my/20180808/2%E9%9D%9E%E5%8D%8E%E8%A3%94%E8%AE%AE%E5%91%98%E7%A6%8F%E5%BB%BA%E8%AF%9D%E9%A1%B6%E5%91%B1%E5%91%B1/
  5. ^ Profil calon PRU 14
  6. ^ KPLB umum pelantikan Khaliq Mehtab sebagai Pengerusi Perda baharu