Alias Razak
Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Alias Razak DPMT, SMT (Terengganu) | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Nerus, Terengganu | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Mohd Khairuddin Aman Razali |
Majoriti | 29,765 (PRU-15) |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Timbalan | Ahmad Shah Muhamed |
Portfolio | Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Bukit Tunggal | |
Dalam jawatan 2008–2023 | |
Didahului oleh | Mohd Nasir Ibrahim Fikri |
Digantikan oleh | Zaharudin Zaid |
Majoriti | 2,344 (PRU-14) 652 (PRU-13) 336 (PRU-12) |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Mohamad Abu Bakar |
Digantikan oleh | Mohd Nasir Ibrahim Fikri |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1959 (umur 64–65) Bukit Tunggal, Kuala Terengganu, Terengganu |
Kewarganegaraan | Melayu |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | To' Puan Hajah Fatimah Omar |
Anak | 10 |
Pekerjaan | Ahli Politik |
YB Dato' Dr. Haji Alias Razak (lahir 1959) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus. Beliau sebelum ini merupakan mantan EXCO Terengganu (2018-2023) dan mantan ADUN Bukit Tunggal selama empat penggal.
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Dr Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, telah memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, 2008, 2013, dan 2018. Beliau juga memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus pada PRU ke-15 dengan majoriti 29,765 undi selepas mengalahkan tiga calon lain.
Dr Alias adalah Pesuruhjaya III Pas Terengganu yang pernah bertanggungjawab menyusun `road map’ pilihan raya dan manifesto Pas. Sejak 2018, beliau telah dilantik sebagai EXCO Perumahan, Kesihatan, dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Terengganu.[1]
Beliau dilahirkan pada tahun 1959 dan telah berkahwin dengan Fatimah Omar. Mereka dikurniakan seramai 10 anak. Dr Alias mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tunggal Kuala Terengganu dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Seberang Takir, Terengganu Ibrahim Fikri hingga Tingkatan 3. Seterusnya, beliau bersekolah di Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur (hingga matrikulasi) sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perubatan.
Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Terengganu, Pusat Kesihatan Marang Terengganu, dan Hospital daerah Besut termasuk sebagai Pegawai Kesihatan Epedemiologi Terengganu. Kemudian, beliau dilantik sebagai Pengarah Hospital Kemaman dan memiliki sebuah klinik swasta.
Di pentas politik, Dr. Alias turut memegang jawatan Pengerusi MTD ,PAS DUN Bukit Tunggal. Pada PRU14, beliau berjaya memenangi kerusi dengan mendapat 8,308 undi, mengalahkan Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad daripada parti Barisan Nasional yang hanya mendapat 5,964 undi, dengan majoriti undi sebanyak 2,344.
Anugerah dan penghargaan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dr Alias Razak https://pru.sinarharian.com.my/calon/2713/dr-alias-razak
- ^ ZAID MOHD NOOR (14 Ogos 2022). "91 terima darjah, pingat hari keputeraan Sultan Terengganu". Utusan. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
- ^ "MB, YDP DUN Terima Darjah Kebesaran Terengganu". TRDI. 22 Julai 2019. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu 2018–kini | |
---|---|
Menteri Besar | |
Eksekutif Negeri |
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

- Kelahiran 1959
- Muslim Malaysia
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-10
- Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-12
- Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13
- Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15