[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kereta kebal Arjun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arjun MBT
Arjun MBT sedang diuji pandu dalam trek berbonggol di kemudahan CVRDE, Avadi, Chennai.
JenisKereta kebal utama
Tempat asalIndia
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2007 - sekarang
Digunakan olehTentera Darat India
Sejarah pengeluaran
PerekaCVRDE, DRDO
DirekaMac 1974 - sekarang
PengeluarHeavy Vehicles Factory, Avadi
Kos unitAS$3.4 juta (Rs 14 crore)[1]
Dihasilkan2004 - sekarang
Jumlah dibina60
AnekaTank EX
Spesifikasi
Berat58.5 tan
Panjang10.638 m
Lebar3.864 m
Tinggi2.32 m
Krew4 (komander, penembak, pengisi peluru dan pemandu)

ArmorArmor komposit Kanchan.
Senjata
pertama
Meriam berpilin 120 mm
Peluru berpandu anti kereta kebal LAHAT
Peluru HEAT, APFSDS dan HESH
Senjata
kedua
Mesingan anti pesawat HCB 12.7mm
Mesingan sepaksi Mag 7.62mm Tk715
EnjinEnjin diesel MTU 838 Ka 501
1400 hp (1040 kW)
Kuasa/berat24 hp/tan
Sistem ampaianHydropneumatic
Kelegaan bumi0.45 m
Kapasiti minyak1610 Liter
Jarak
operasi
450 km

Arjun (Bahasa Sanskrit: अर्जुन) adalah sebuah kereta kebal utama yang dibangunkan oleh firma India iaitu DRDO (Defence Research and Development) untuk kegunaan Tentera Darat India. Ia dinamakan Arjuna, sempena nama dewa India dalam cerita epik 'Mahabharata'.

Kereta kebal Arjun telah dibangunkan oleh Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidik Kenderaan Tempur (“Combat Vehicle Research and Development Establishment” bagi memenuhi keperluan oleh Tentera India.

Pada awal tahun 1970-an, berikutan dengan pengalaman dalam pengeluaran di bawah lesen bagi Sistem Pertahanan Vickers kereta kebal utama Mk 1 105mm (dikenali tempatan sebagai Vijayanta), keputusan diambil bagi mereka kereta kebal utama baru di India yang kemudiannya dikenali sebagai Arjun.

Ia direka oleh Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidik Kenderaan Tempur dengan bantuan banyak kemudahan lain di India termasuk juga sektor swasta di India dan seberang laut.

Prototaip pertama Arjun disiapkan pada tahun 1984 dan sejak itu sejumlah 12 prototaip telah disiapkan dan 32 kenderaan pre-keluaran telah di bina di Kilang Kenderaan Berat di Avadi di mana pengeluaran Vijayanta dan lebih terkini, Russian T-72M1 (dipanggil Ajeya) telah dilakukan.

Tatarajah Arjun adalah konventional dengan ruang pemandu disebelah hadapan kanan, turet ditengah dengan komander dan jurutembak di kanan turet dan pemuat disebelah kiri dengan pek kuasa dan transmisi di belakang. Meriam kereta kebal 120mm berpilin distabilkan sepenuhnya dan menembak amunisi tunggal. Satu mesingan 7.62mm dipasang co-axial dengan persenjataan utama dan satu mesingan 12.7mm dipasang di bumbung turet untuk tujuan Myosri@2 MMmmpertahanan udara.

Peralatan piwaian termasuk sistem kawalan tembak, sistem pandang siang/malam, sistem NBC dan tong bahan api jarak jauh yang dipasang di bahagian belakang badan.

Sejumlah variasi bagi Arjun telah dijangka termasuk kenderaan kembalik berperisai, kereta kebal jurutera, kenderaan berperisai pelancar jambatan dan pelantar pertahanan udara. Bagi tujuan ujian rangka Arjun telah dipasang dengan turet T6 155 mm/52 calibre Afrika Selatan dengan sistem lengkap dikenali sebagai Bhim oleh Tentera India.

Prototaip. Belum dikilangkan sehingga tahun 2000.

Pengilang

[sunting | sunting sumber]

Kilang Kenderaan Berat, Avadi, India.

  1. ^ "laporan ke-15 Jawantankuasa Kerja Pertahanan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2013-11-16.
  • "Arjun". Rangkaian Analisis Ketenteraan FAS. Dicapai pada July 12. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]