Tentera Darat India
Tentera Darat India | |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1 April 1895 |
Negara | India |
Jenis | Tentera darat |
Peranan | Peperangan darat |
Saiz | 1,237,117 anggota aktif[1] 960,000 askar simpanan[2] 209 pesawat[3] |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera India |
Markas | New Delhi |
Moto | "Service Before Self" |
Warna | Emas, merah dan hitam |
Peringatan | Hari Tentera Darat: 15 Januari |
Laman web | indianarmy.nic.in |
Komander | |
Pemerintah Tertinggi | Presiden Ram Nath Kovind |
Panglima Angkatan Tentera | Jeneral Bipin Rawat |
Ketua Turus Tentera India | Jeneral Manoj Mukund Naravane |
Naib Ketua Turus Tentera Darat (VCOAS) | Leftenan Jeneral Satinder Kumar Saini |
Komander terkenal | Fil Marsyal K. M. Cariappa, OBE
Fil Marsyal Sam Manekshaw, MC Jeneral K. S. Thimayya, DSO |
Tanda kebesaran | |
Bendera | |
Pesawat terbang | |
Penyerang | HAL Rudra, HAL LCH |
Helikopter | HAL Dhruv, HAL Chetak, HAL Cheetah, Kamov Ka-226 |
Tentera Darat India (Hindi: Bhāratīya Thala Sēnā) adalah cabang peperangan darat dan merupakan komponen terbesar dalam Angkatan Tentera India. Presiden India ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata India,[4] dan Tentera Darat diperintah oleh Ketua Turus Tentera Darat (COAS), yang berpangkat Jeneral empat bintang. Dua orang pegawai telah dianugerahkan pangkat Fil Marsyal, sejenis pangkat lima bintang, iaitu gelaran beristiadat yang tertinggi. Tentera Darat India berasal daripada tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris, yang kemudiannya menjadi Tentera India British, dan tentera negeri-negeri bangsawan, yang akhirnya menjadi tentera darat nasional selepas kemerdekaan. Unit-unit dan rejimen Tentera Darat India mempunyai sejarah yang pelbagai dan telah terlibat dalam beberapa pertempuran dan kempen di serata dunia, mendapat banyak penghormatan kancah perang sebelum dan selepas Kemerdekaan.[5]
Misi utama Tentera Darat India ialah memastikan keselamatan negara dan perpaduan nasional, mempertahankan negara daripada pencerobohan luar dan ancaman dari dalam, dan mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam sempadannya. Ia menjalankan operasi menyelamat kemanusiaan semasa bencana alam dan gangguan lain, seperti Operasi Surya Hope, dan juga boleh diminta oleh kerajaan untuk mengatasi ancaman dalaman. Ia merupakan komponen utama kuasa nasional bersama Tentera Laut India dan Tentera Udara India.[6] Tentera Darat telah terlibat dalam empat peperangan dengan negara jiran Pakistan dan sekali dengan negara China. Operasi utama lain yang dilakukan oleh pihak tentera darat termasuklah: Operasi Vijay, Operasi Meghdoot dan Operasi Cactus. Selain daripada konflik, pihak tentera darat telah menjalankan eksesais besar masa aman seperti Operasi Brasstacks dan Eksesais Shoorveer, dan ia juga menjadi peserta aktif dalam banyak misi pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu seperti di: Cyprus, Lebanon, Congo, Angola, Kemboja, Vietnam, Namibia, El Salvador, Liberia, Mozambique, South Sudan dan Somalia.
Tentera Darat India menggunakan sistem rejimental, tetapi secara operasi dan secara geografi dibahagikan kepada tujuh markas pemerintahan, dengan formasi asas tempur adalah divisyen. Ia adalah pasukan sukarelawan dan terdiri daripada 80% anggota tentera aktif. Ia merupakan tentera darat tetap ke-2 terbesar di dunia, dengan 1,237,117[7][8] askar aktif dan 960,000 askar simpanan.[9][10] Pihak Tentera Darat telah memulakan program pemodenan infantri yang dikenali sebagai Futuristic Infantry Soldier As a System (F-INSAS), dan juga menaik taraf dan memperoleh aset-aset baru bagi cawangan udara, armor, dan artileri.[11][12][13]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pusat Kajian Peperangan Darat
- Senarai para Jeneral Tentera Darat India
- Pasukan separa tentera India
- Hari Tentera Darat (India)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Petikan
- ^ Singh Rana, Uday (27 Disember 2017). "20% Sailor Shortage in Navy, 15% Officer Posts Vacant In Army, Nirmala Sitharaman Tells Parliament". News18. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2017. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
- ^ The Military Balance 2017 (dalam bahasa Inggeris). Routledge. 2017. ISBN 9781857439007.
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2019. Dicapai pada 2 Mac 2019.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "About – The President of India". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
- ^ Singh, Sarbans (1993). Battle Honours of the Indian Army 1757–1971. Vision Books. ISBN 978-8170941156. Unknown parameter
|1location=
ignored (bantuan) - ^ "Indian Army Doctrine". Headquarters Army Training Command. October 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2007. Dicapai pada 1 December 2007.
- ^ "20% Sailor Shortage in Navy, 15% Officer Posts Vacant In Army, Nirmala Sitharaman Tells Parliament". News18. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2017. Dicapai pada 28 Disember 2017.
- ^ "Armed forces facing shortage of nearly 60,000 personnel: Government". The Economic Times. 27 Disember 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2017. Dicapai pada 28 Disember 2017.
- ^ International Institute for Strategic Studies (3 February 2014). The Military Balance 2014. London: Routledge. m/s. 241–246. ISBN 9781857437225.
- ^ The Military Balance 2017 (dalam bahasa Inggeris). Routledge, Chapman & Hall, Incorporated. 2017-02-14. ISBN 9781857439007.
- ^ The Military Balance 2010. Oxfordshire: Routledge. 2010. m/s. 351, 359–364. ISBN 978-1857435573.
- ^ "Indian Army Modernisation Needs a Major Push". India Strategic. Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2013. Dicapai pada 10 Julai 2013.
- ^ "India's Military Modernisation Up To 2027 Gets Approval". Defence Now. 2 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2013. Dicapai pada 10 July 2013.
- Bibliografi
- International Institute for Strategic Studies; Hackett, James (ed.) (2010). The Military Balance 2010. London: Routledge. ISBN 978-1-85743-557-3.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- International Institute for Strategic Studies; Hackett, James (ed.) (7 March 2012). The Military Balance 2012. London: Routledge. ISBN 978-1857436426.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- Praval, K.C. Praval Indian Army After Independence (3rd ed. 2013) excerpt and text search
- International Institute for Strategic Studies (3 February 2014). The Military Balance 2014. London: Routledge. ISBN 9781857437225.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Indian Army |
- Tapak web rasmi
- Indian Army at Bharat Rakshak
- Indian army guide at Global Security
Templat:Indian Army Arms and Services Templat:Indian Army Infantry Regiments Templat:Active corps of the Indian Army Templat:Indian military academies and colleges Templat:Current Indian infantry weapons Templat:Indian Military honours and decorations Templat:India topics