[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Keadilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keadilan adalah pemahaman bahawa seseorang mendapat hasil setimpal ("diadili") perlakuan mereka berdasarkan pertimbangan diterima yang dipengaruhi banyak hal dan sudut pandang sekeliling. Ia dilihat sebagai kebenaran ideal secara moral mengenai sesuatu hal, baik menyangkut benda atau orang. Menurut sebahagian besar teori, keadilan memiliki tingkat kepentingan yang besar. John Rawls, filsuf politik Amerika Syarikat yang dianggap antara yang terkemuka abad ke-20, menyatakan bahawa "keadilan adalah kelebihan (virtue) pertama dari institusi sosial, sebagaimana halnya kebenaran pada sistem pemikiran".[1] Tapi, menurut kebanyakan teori juga, keadilan belum lagi tercapai: "Kita tidak hidup di dunia yang adil".[2]

Kebanyakan orang percaya bahawa ketidakadilan harus dilawan dan dihukum, dan banyak gerakan sosial dan politis di seluruh dunia yang berjuang menegakkan keadilan. Tapi, banyaknya jumlah dan variasi teori keadilan memberikan pemikiran bahawa tidak jelas apa yang dituntut dari keadilan dan hakikat ketidakadilan, karena definisi apakah keadilan itu sendiri tidak jelas. Kefahaman keadilan ini adalah bahawa pokok ia meletakkan segala sesuatu pada tempatnya.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Kata dasar ia, "adil" ditakrifkan Kamus Dewan sebagai "menyebelahi pihak yang benar" serta "meletakkan sesuatu pada tempatnya yg betul".[3] Perkataan "adil" diserap dari bahasa Arab iaitu عَدْل`adl yang diertikan sebagai "penyukatan, penimbangan dan penilaian atau penuntutan apa yang kekurangan daripada apa yang dilayakkan (seseorang)" (الْمِكْيَال وَالْمِيزَان وَالْحكم أَو الطّلب غَيره بِمَا هُوَ أولى عِنْده‎),[4] ia juga boleh ditafsirkan sebagai "apa yang diwujudkan dalam diri sebagai lurus serta melawan penindasan" (ما قام في النفوس أَنه مُسْتقيم، وهو ضِدُّ الجَوْر‎).[5]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ John Rawls, A Theory of Justice (revised edn, Oxford: OUP, 1999), p. 3
  2. ^ Thomas Nagel, 'The Problem of Global Justice', Philosophy and Public Affairs 33(2005): 113-47. p. 113.
  3. ^ "adil". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ "عدل". المعجم الوسيط لمجموعة من المؤلفين. Academy of the Arabic Language. 1998 – melalui The Arab Lexicon Hawramani.
  5. ^ تعريف و معنى Almaany.