Key (syarikat)
Jenis/bentuk sah | Syarikat terhad |
---|---|
Industri | Permainan video komputer |
Ditubuhkan | 21 Julai 1998Osaka, Jepun | di
Pengasas | Itaru Hinoue Naoki Hisaya Shinji Orito Jun Maeda |
Ibu pejabat | Kita-ku, Osaka, Jepun |
Keluaran | Novel visual |
Pemilik | Visual Art's |
Tapak web | key.visualarts.gr.jp |
sunting · sunting di Wikidata |
Key merupakan sebuah studio novel visual Jepun di bawa Visual Art's, terkenal dalam mencipta judul-judul novel visual yang penuh drama dan berorientasikan plot.
Kanon merupakan judul penampilan pertama Key, yang menggabungkan sebuah penceritaan yang mendalam, gaya lakaran berasaskan anime moden, dan gubahan lagu yang telah membantu mencipta sebuah pengalaman novel visual yang unik buat para pemain. Permainan video kedua Key, iaitu Air mempunyai sebuah cerita yang seakan-akan Kanon namun mungkin lebih kompleks, termasuklah kaedah permainan yang lebih terperinci. Kanon dan Air masing-masing dihasilkan pada asalnya sebagai permainan video dewasa. Walau bagaimanapun, hal ini mula berubah dengan Clannad, karya ketiga mereka yang merupakan permainan yang sepenuhnya dibuat dengan kandungan sesuai umum. Sehingga kini, Key telah mengeluarkan 18 siri permainan dengan yang terkini adalah Stella of The End (2022). Kandungan keluaran mereka terutamanya terdapat di platform komputer peribadi (PC) Windows, namun terdapat juga permainan mereka yang telah dibawa ke pasaran konsol permainan dengan kerjasama syarikat Interchannel dan kemudiannya syarikat Prototype, dengan kandungan diubahsuai sesuai umum dalam versi-versi tersebut. Key juga telah berkolaborasi dengan P.A. Works dan Aniplex untuk penghasilan siri animasi asal iaitu Angel Beats (2010), Charlotte (2015) dan The Day I Become a God (2020). Siri animasi Kaginado (2021) memaparkan karakter dari sebahagian siri mereka berganding dalam satu siri khas. Mereka juga menghasilkan siri pelbagai media iaitu Prima Doll, dengan siri animasi disiarkan pada 2022 dan siri novel visual mereka akan menyusul pada 2023 dan 2024.
Jun Maeda, pengasas bersama Key merupakan sosok tunjang utama syarikat ini, dengan menyumbang dalam perancangan, penulisan senario dan gubahan lagu dalam kebanyakan judul novel visual mereka. Na-Ga merupakan pengarah seni, yang mana asalnya merupakan pelukis latar sebelum digandingkan bersama Itaru Hinoue bermula dari projek judul Little Busters (2007) dan seterusnya. Shinji Orito pula merupakan penggubah muzik utama yang telah terlibat dalam penghasilan runut bunyi bagi kebanyakan judul Key.
Key turut terlibat aktif dalam pesta konvensyen Comiket sejak siri Comiket 57 pada 1999, dengan waktu itu menjual produk berkaitan Kanon. Penglibatan terkini mereka adalah dalam Comiket 99 yang berlangsung pada Disember 2021. Pada 2001, Key telah menubuhkan label rakaman Key Sounds Label yang memasarkan pelbagai album muzik berkaitan siri permainan dan animasi mereka.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]1999 | Kanon |
---|---|
2000 | Air |
2001 | |
2002 | |
2003 | |
2004 | Clannad |
Planetarian: The Reverie of a Little Planet | |
2005 | Tomoyo After: It's a Wonderful Life |
2006 | |
2007 | Little Busters! |
2008 | Little Busters! Ecstasy |
2009 | |
2010 | Kud Wafter |
2011 | Rewrite |
2012 | Rewrite Harvest festa! |
2013 | |
2014 | |
2015 | Angel Beats! 1st Beat |
2016 | Harmonia |
2017 | |
2018 | Summer Pockets |
2019 | |
2020 | Summer Pockets Reflection Blue |
2021 | Loopers |
Planetarian: Snow Globe | |
Lunaria: Virtualized Moonchild | |
2022 | Stella of The End |
2023 | Prima Doll (jilid 1–3) |
2024 | Prima Doll (jilid 4) |
Pada asalnya, kebanyakan ahli pengasas syarikat ini bekerja dalam syarikat pembangunan novel visual Nexton dibawah jenama Tactics. Empat orang daripadanya terlibat dalam pembangunan Dosei, permainan pertama Tactics iaitu Itaru Hinoue sebagai pengarah seni, Shinji Orito sebagai penggubah muzik, dan Miracle Mikipon dan Shinory menyumbang kepada lukisan grafik berkomputer. Selepas itu Naoki Hisaya, Jun Maeda dan OdiakeS menyertai syarikat Nexton dan bersama menyumbang dalam judul Moon dan One:Kagayaku Kisetsu E . Kerana perbezaan pendapat antara staf jenama Tactics dan pengurusan Nexton mengenai perancangan permainan berikutnya, kebanyakan staf Tactics keluar dari Nexton untuk mencari peluang di syarikat lain yang menawarkan mereka kebebasan untuk membangunkan permainan mereka sendiri.
Hinoue yang pernah bekerja dibawah VisualArt's sebelumnya memperkenalkan kumpulan pengasas ini kepada Takahiro Baba, presiden VisualArt's. Apabila jaminan kebebasan berkarya diberikan Baba kepada mereka, mereka secara rasminya memilih menyertai VisualArt's. Mereka tidak diberikan nama jenama rasmi ketika Kanon sedang dirancang dalam pembangunan awal dan dicadangkan nama Azurite, namun Maeda menolak kerana berfikiran nama tersebut perlu memberi gambaran karya yang akan dihasilkan mereka. Key menjadi pilihan Maeda selepas mendapat ilham daripada kedai alatan muzik yang dilaluinya dalam perjalanan kerja, dan apabila dicadangkan oleh beliau nama tersebut dipersetujui atas pilihan majoriti.
Key mengeluarkan Kanon pada 4 Jun 1999 sebagai permainan video dewasa, namun kandungan khusus dewasa judul tersebut adalah minimum. Ini membolehkan pemain lebih fokus kepada pengkisahan, visual dan muzik yang ditawarkan judul tersebut sesuai dengan bentuknya sebagai novel visual. Setahun berikutnya, Air pula dikeluarkan sebagai judul kedua, yang merupakan permainan video dewasa dan mempunyai cara penceritaan yang sama dengan Kanon.
Permainan ketiga mereka, Clannad pula merupakan permainan ketiga mereka, dan permainan pertama yang tidak mempunyai kandungan dewasa. Asalnya permainan ini dirancang untuk keluaran 2002, namun terdapat penundaan yang membawa permainan ini kepada tarikh keluaran yang rasminya pada 28 April 2004. Tujuh bulan berikutnya, Planetarian: The Reverie of a Little Planet dikeluarkan pada 29 November 2004 untuk pasaran sesuai umum. Dibandingkan dengan permainan sebelumnya, Planetarian tidak mempunyai sebarang pilihan dalam permainan dan jalan ceritanya adalah lurus, yang mana keadaan ini dipanggil sebagai novel kinetik. Permainan kelima syarikat ini adalah Tomoyo After: It's a Wonderful Life yang merupakan judul pecahan dari siri Clannad yang mengembangkan senario mengenai Tomoyo Sakagami, salah satu heroin siri ini. Judul keenam mereka, Little Busters! dikeluarkan pada 27 Julai 2007 dengan keseluruhannya kandungan sesuai umum, kemudian versi lainnya, Little Busters! Ecstasy dikeluarkan pada 25 Julai 2008 dengan penambahan visual, senario karakter serta kandungan khusus dewasa.
Sempena ulang tahun kesepuluh Key, Key dan VisualArt's menganjurkan sebuah acara dua hari iaitu "Key 10th Memorial Fes: Ano Hi kara Hajimatta Bokura no Toki o Kizamu Uta". Key berkolaborasi dengan P.A. Works dan Aniplex untuk menghasilkan siri animasi asal iaitu Angel Beats! yang bersiaran antara April dan Jun 2010. Judul kelapan permainan Key adalah Kud Wafter, dikeluarkan pada 25 Jun 2010 yang merupakan judul pecahan Little Busters!, mengembangkan senario heroin pilihan dalam judul ini iaitu Kudrayavka Noumi. Key mengeluarkan Rewrite sebagai judul kesembilan permainan mereka dengan kandungan umum pada 24 Julai 2011 dengan judul sampingannya Rewrite Harvest festa! dikeluarkan pada 27 Julai 2012 dengan jenis kandungan sama. Sempena ulang tahun kelima belas, permainan Angel Beats! 1st beat dikeluarkan pada 26 Jun 2015. Key berkolaborasi sekali lagi dengan P.A. Works dan Aniplex untuk menghasilkan siri animasi Charlotte yang bersiaran antara Julai dan September 2015. Key kemudiannya mengeluarkan novel kinetik Harmonia pada 23 September 2016 yang mana merupakan versi bahasa Inggerisnya, versi bahasa Jepun menyusul pada 29 Disember 2016. Novel visual Key yang seterusnya adalah Summer Pockets yang dikeluarkan pada 29 Jun 2018, dan versi kembangannya iaitu Summer Pockets Reflection Blue keluar pada 26 Jun 2020. Siri animasi asal ketiga dengan kolaborasi bersama P.A. Works dan Aniplex iaitu The Day I Became a God bersiaran antara Oktober dan Disember 2020.
Key mengumumkan pembangunan tiga novel kinetik pada Oktober 2020: Loopers, Lunaria: Virtualized Moonchild serta Stella of The End. Loopers keluar pada 28 Mei 2021. Lunaria: Virtualized Moonchild dikeluarkan pada 24 Disember 2021. Stella of The End dikeluarkan pada 30 September 2022. Key juga telah mengumumkan mengenai projek pelbagai media Prima Doll dengan kolaborasi dengan pengilang model plastik dan figurin Kotobukiya. Siri 12 episod Prima Doll bersiaran antara Julai dan September 2022. Key mengeluarkan keluaran khas judul Planetarian Ultimate Edition, yang turut menampilkan judul Planetarian: Snow Globe, versi novel kinetik kepada cerpen prekuel Planetarian dengan judul sama. Key berkolaborasi dengan pembangun permainan video Wright Flyer Studios untuk menghasilkan permainan berperanan mudah alih Heaven Burns Red yang dikeluarkan pada 10 Februari 2022 untuk peranti Android dan iOS. Siri novel kinetik Prima Doll akan dikeluarkan antara 2023 dan 2024.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Jepun) Laman web rasmi Key
- (Inggeris) Key (syarikat) di Ensiklopedia Anime News Network