Angel Beats!
Angel Beats! | |
Genre | Fantasi[1] |
---|---|
Diciptakan oleh | Jun Maeda |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Seiji Kishi |
Penerbit |
|
Skrip/Penulis | Jun Maeda |
Lagu/Muzik |
|
Studio | P.A.Works |
Dilesenkan oleh | |
Penyiaran Asal | CBC, BS11, MBS, RKB, TBS, TUT |
Tarikh tayangan | 3 April 2010 – 26 Jun 2010 |
Episod | 13 |
Media cetak | |
| |
Video animasi original | |
Angel Beats! Stairway to Heaven | |
Pengarah | Seiji Kishi |
Studio | P.A.Works |
Dilesenkan oleh | |
Dikeluarkan pada | 22 Disember 2010 |
Jangka masa tayangan | 24 minit |
Video animasi original | |
Angel Beats! Hell's Kitchen | |
Pengarah | Seiji Kishi |
Studio | P.A.Works |
Dikeluarkan pada | 24 Jun 2015 |
Jangka masa tayangan | 29 minit |
Berkaitan | |
|
Angel Beats! (エンジェルビーツ! , Enjeru Bītsu!) merupakan siri televisyen anime yang diterbitkan oleh P.A.Works dan Aniplex dan diarah oleh Seiji Kishi. Jalan ceritanya dibentuk secara asal oleh Jun Maeda, yang juga menulis lakon layar dan mengubah muzik bersama Anant-Garde Eyes, dengan rekaan watak asli oleh Na-Ga. Kedua-dua Maeda dan Na-Ga berasal dari jenama novel visual Key, yang menerbitkan pelbagai judul novel visual seperti Kanon, Air, dan Clannad. Anime ini diudarakan di Jepun antara 3 April dan 26 Jun 2010. Sebuah episod Animasi video original (OVA) telah dikeluarkan pada Disember 2010, dan OVA kedua pula telah dikeluarkan pada Jun 2015. Kisah tersebut berlaku di dunia akhirat dan berkisar pada Yuzuru Otonashi, seorang lelaki yang hilang ingatan hidup sebelumnya sejak mati. Dia didaftarkan ke sekolah dunia akhirat dan menemui seorang gadis bernama Yuri Nakamura yang menjemputnya untuk menyertai Barisan Pertempuran Dunia Akhirat, sebuah pertubuhan yang dipimpinnya untuk menentang yang dipertua majlis pelajar Kanade Tachibana, seorang gadis yang juga dikenali sebagai Angel dengan kuasa ghaib.
Key bekerjasama dengan ASCII Media Works' Dengeki G's Magazine untuk menerbitkan projek ini ke dalam sebuah francais media. Empat siri manga telah disirikan dalam Dengeki G's Magazine dan Dengeki G's Comic: dua daripadanya diillustrasikan oleh Haruka Komowata dan dua yang lain dilukiskan oleh Yuriko Asami. Sebuah siri cerita pendek yang ditulis Maeda dan diilustrasikan oleh GotoP juga disirikan dalam Dengeki G's Magazine antara keluaran November 2009 dan Mei 2010. Dua rancangan radio Internet telah diterbitkan untuk mempromosikan Angel Beats!. Jilid pertama adaptasi enam bahagian novel visual berepisod diterbitkan oleh Key telah dikeluarkan oleh Windows pada 26 Jun 2015.
Angel Beats! secara umumnya menerima pandangan positif daripada pengkritik. Satu ulasan pengkritik memuji persepaduan pelbagai elemen individu, seperti persembahan musik, lawak dan aksi, tetapi ulasan pengkritik lain pula mengkritik jalan ceritanya yang telah disaratkan dengan pelbagai elemen. P.A.Works telah dipuji untuk turutan aksi animasi dan perhatian terhadap perincian senjata yang digunakan. Tetapi cacat besar yang dikesan pengkritik, ialah panjang anime tersebut, dengan tayangannya yang singkat meninggalkan latar tempat kebanyakan watak tidak dijelajahi. Anime ini telah dipilih sebagai karya yang disyorkan oleh juri anugerah Festival Seni Media Jepun ke-14 pada tahun 2010.
Senarai Watak-watak
[sunting | sunting sumber]Watak-watak utama
[sunting | sunting sumber]- Yuzuru Otonashi (音無 結弦 , Otonashi Yuzuru)
- Disuarakan oleh: Hiroshi Kamiya[2] (Bahasa Jepun), Blake Shepard (Bahasa Inggeris)
- Yuri Nakamura (仲村 ゆり , Nakamura Yuri)
- Disuarakan oleh: Harumi Sakurai[2] (Bahasa Jepun), Brittney Karbowski (Bahasa Inggeris)
- Angel (天使 , Tenshi) / Kanade Tachibana (立華 かなで , Tachibana Kanade)
- Disuarakan oleh: Kana Hanazawa[2] (Bahasa Jepun), Emily Neves (Bahasa Inggeris)
- Hideki Hinata (日向 秀樹 , Hinata Hideki)
- Disuarakan oleh: Ryōhei Kimura[2] (Bahasa Jepun), David Matranga (Bahasa Inggeris)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sentai Filmworks Adds Angel Beats! Fantasy TV Anime". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2018. Dicapai pada May 30, 2018.
- ^ a b c d "キャスト | Angel Beats! 公式サイト" (dalam bahasa Japanese). Aniplex. Dicapai pada August 19, 2014. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)