[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kabotaj

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kabotaj[1] (Cabotage) merupakan pengangkutan barangan atau penumpang antara dua titik dalamnegara yang sama. Pada asalnya bermula dengan perkapalan, kabotaj kini turut melitupi penerbangan, kereta api, dan pengangkutan jalan. Kabotaj adalah "perdagangan atau navigasi di perairan pantai, atau, hak ekslusif sesebuah negara menguruskan laluan udara dalam jajahannya."[2]

Kabotaj kebiasaannya digunakan sebagai sebahagian istilah "hak kabotaj," hak bagi sesebuah syarikat dari satu negara untuk berdagang di negara lain. Dalam istilah penerbangan, ia adalah hak bagi beroperasi dalam sempadan domestik negara lain. Kebanyakan negara tidak membenarkan kabotaj oleh syarikat asing, sungguhpun ini berubah dalam Eropah bagi kebanyakan negara European Union.[3] Secara politik, kabotaj mengawal had perdagangan kepada pengangkut tempatan dikenali sebagai protectionism. Asas bagi peraturan kabotaj termasuk keselamatan negara dan keperluan bagi mengawal keselamatan awam.

Syarikat penerbangan British yang terbang dari London Heathrow yang singgah di lapangan terbang antarabangsa John F. Kennedy dan kemudiannya terbang ke Chicago O'Hare tidak membenarkan penumpang menaikinya di New York untuk terbang ke Chicago sekiranya ia menyalahi peraturan kabotaj U.S.. Hanya penumpang yang naik di London boleh dibawa ke Chicago.

Contoh lain, seseorang penumpang tidak boleh membeli tiket Air Canada untuk penerbangan dari Boston ke Toronto, sambung di Toronto untuk penerbangan lain ke Seattle. Sungguhpun setiap penerbangan sah secara bersendirian, bergabung ia menawarkan khidmat tempatan di U.S.

Perdagangan kabotaj

[sunting | sunting sumber]

Perdagangan kabotaj adalah istilah politik menggambarkan "perdagangan persisiran sesebuah negara oleh kapal yang mengibar bendera negara tersebut". Biasanya, negara perindustrian mempunyai undang-undang khas berkenaan perdagangan dan pengangkutan barangan dan penumpang dalam perairan negara mereka apabila kapal yang membawanya didaftarkan secara tempatan. Undang-undang ini dikenali sebagai "undang-undang kabotaj (acts)", memberikan konsesasi kepada kapal tempatan dengan menghadkan pelabuhan dan penggunaan laluan oleh kepal dengan pendaftaran asing "bagi menggalakkan pembangunan penggangkutan tempatan..."[4]

Pada awalnya, undang-undang sebegini akan melindungi perdagangan tempatan dengan memberikan kelebihan berbanding eksport. Kemudian ini akan meningkatkan pendapatan negara melalui cukai pendapatan dan bayaran yang didapati dari kapal asing. Negara mendapat peningkatan pendapatan apabila perniagaan asing memutuskan untuk mendaftar kapal mereka secara tempatan.

Untuk mengelak undang-undang dan cukai sebegini, perniagaan sejagat mendaftar kapal mereka dengan negara kepulauan keci, yang mempunyai kurang sekatan pengangkutan dan dicukai jauh lebih rendah berbanding negara asal mereka.

Setiap negara memiliki peraturan dan undang-undang tersendiri mengerai perdagangan kabotaj.

Akta Marin Perdagangan 1920 (US)

[sunting | sunting sumber]

Peraturan kabotaj di bawah Akta Marin Perdagangan 1920 (US) menghadkan pengangkutan barang atau penumpang antara pelabuhan Amerika Syarikat kepada kapal yang dibina di Amerika Syarikat dan mengobarkan bendera Amerika Syarikat. Sebagai tambahan, sekurang-kurangnya 75 peratus anak kapal mestilah rakyat Amerika Syarikat. Selain itu pembaikian badan dan struktur utama kapal yang mengibarkan bendera Amerika Syarikat dihadkan kepada 10 peratus berat besi binaan asing. Larangan ini menghalang kebanyakan kapal Amerika Syarikat dari diubah suai di limbungan kapal asing.

  1. ^ Istilah Karyanet[pautan mati kekal] Diperolehi pada 29 April 2008
  2. ^ The American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth Edition
  3. ^ "European transport policy for 2010: time to decide" EU Commission White paper
  4. ^ Nigerian Bar Association, August 2004 "Practical Implementation of the Cabotage Law". Retrieved June 14, 2006.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]