Gunung Muntahak
Gunung Muntahak | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 713 m (2,339 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Kota Tinggi, Johor, Malaysia |
Gunung Muntahak yang terletak di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia,[1] mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki).
Gunung Muntahak mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Gunung ini terletak dalam Daerah Kota Tinggi, Johor. Air Terjun Kota Tinggi yang terkenal itu berpunca dari gunung ini, dimana Sungai Pelepah Kanan yang membentuk air terjun tersebut mengalir turun dari Gunung Muntahak. Sebenarnya tidak terdapat trek khusus untuk mendaki ke puncak gunung ini.
Trail-trail G. Muntahak Laluan Barat / Noh Trail Laluan Tenggara / Johan Trail Laluan Selatan / Pelepah Trail
Laluan Barat / Noh Trail
Laluan Awal Untuk ke gunung itu anda boleh melalui Jalan Kluang – Kota Tinggi. Selepas 1 km dari Petri Jaya, terdapat satu simpang jalan yang tidak berturap disebelah kiri jalan besar. Seterusnya anda masuk ke jalan itu. Jalan tersebut biasa dilalui oleh lori-lori pasir dan lori pengangkut buah kelapa sawit. Jalannya tidak berapa rata dan berlubang-lubang. Untuk sampai ke kaki Gunung Muntahak jaraknya kira-kira 7 km. Dari tempat meletak kenderaan di pinggir hutan anda terpaksa berjalan kaki selama setengah jam meredah paya, bekas lombong lama dan semak resam dan benteng pasir yang ditumbuhi pokok orkid buluh dan periuk kera. Apabila anda telah sampai di kawasan sungai berjeram bermakna anda telah sampai ke kaki gunung.
- Air Terjun Sungai Tengkil
- Air terjun 10 tingkat
Ulu Sungai Tengkil yang mengalir turun dari Gunung Muntahak mewujudkan air terjun 10 tingkat. Terdapat trek di sebelah kiri air terjun yang telah penulis buat. Trek tersebut akan membawa pendaki hingga ke tingkat ke-7 air terjun. Pemandangan air terjun di tingkat ini paling cantik sekali. Air terjun yang setinggi kira-kira 30 meter turun menegak melalui permukaan seakan dinding dengan kecuraman 90 darjah. Terdapat kolam semulajadi yang berair jernih dan sejuk di bawahnya, sesuai untuk mandi-manda.
Ke Puncak Gunung Muntahak
[sunting | sunting sumber]Pendakian ke puncak Gunung Muntahak bermula dari tingkat ke-7 air terjun. Ikut sebelah kiri air terjun, trek agak curam dan penuh dengan resam. Trek akan menjadi semakin landai apabila pendaki sampai di ketinggian 1700 kaki aml. Pendaki perlu mendaki 2 puncak permatang sebelum tiba di puncak sebenar.
Puncak permatang yang pertama setinggi 1900 kaki, dari sini pendaki boleh melihat pemandangan di sebelah utara di satu kawasan lereng bukit yang telah runtuh. Puncak permatang yang ke-2 setinggi 2000 kaki. Dari sini ke puncak sebenar hanya kira-kira 15 minit sahaja, dimana pendaki akan menuruni lurah kemudian mendaki semula puncak yang tertinggi.
Laluan Tenggara / Johan Trail
[sunting | sunting sumber]Laluan Awal
[sunting | sunting sumber]Dari starting point sampai ke kawasan permatang ada tanda-tanda yang dibuat oleh Jabatan Ukur, memudahkan trek dilalui tanpa perlu menebas banyak, dalam 15-20 minit, ada waterpoint (mini waterfall) di kiri trek yang boleh diagak melalui bunyi air yang agak kuat. di trek menuju turun ke waterpoint memang kawasan agak sesuai untuk take 5. selepas berehat (layan pacak dalam 15 minit tadi), perjalanan diteruskan sampai ke persimpangan (simpang 3) . ke kanan menuju ke kawasan hutan simpan dan lombong, ke kiri menuju ke puncak.
Peringkat ke-2
[sunting | sunting sumber]Mula mendaki sedikit sampai ke level hutan sekunder yang agak usang dan nature. mungkin sebab lama tidak dikunjungi manusia. perlu diingat, ini kawasan binatang terutama harimau, babi hutan, tapir dan kijang berdasarkan jejak dan najis yang ada. Uniknya trek ke puncak agak luas untuk 3 orang sekali berjalan bersaingan walaupun keadaan nampak nature dan tidak terusik. Tiada kesan pencemaran atau kerosakkan yang serius akibat kemasukkan manusia. Trek juga dihiasi dengan pokok resam, rotan kecil dan beberapa spesis flora berwarna-warni. pokok daun lebar, tanduk rusa, sarang burung dan orkid putih menyegarkan pemandangan. Terdapat beberapa kawasan rata tapi kurang sesuai untuk tapak khemah sebab ada kubang binatang (babi hutan) merosakkan suasana.
Kawasan puncak yang lapang dan beresam
[sunting | sunting sumber]Peringkat ke-3
[sunting | sunting sumber]Selepas sejam 20 minit perjalanan, pendaki akan sampai ke kawasan permatang. Mula memasuki hutan pergunungan, kelihatan spesis buluh halus dan periuk kera di tepi trek dan sekali sekala pokok tumbang akibat tiupan ribut merentangi jalan. Walau bagaimanapun suhu tidaklah sejuk seperti yang dijangka walaupun di ketinggian 1500 kaki dpl. mungkin kawasan sekeliling sudah diteroka membuatkan suhu biasa sahaja. perjalanan berbaki 40minit ke 1 jam untuk sampai ke puncak ketika kedaan trek mula menegak perlahan-lahan. akar-akar mula menjadi sebahagian dari trek. dari trek kering bertukar menjadi trek bertanah gambut dan lembab sampailah ke puncak.
Keseluruhan masa ialah dalam 2 jam - 2 1/2 jam untuk naik (masa buka trek, dalam 4 jam). turun cuma 1 jam 1/2 sampai di pintu rimba.
Sumber Air Terakhir
[sunting | sunting sumber]Dari pintu masuk ke puncak, berjalan terus melepasi kawasan tapak khemah ke depan dan ambil laluan kanan sedikit menuju ke bawah. kami ada membuat marking untuk ke waterpoint. dalam 7-8 minit menurun, ada anak panah di sebatang pokok balak besar (di tengah trek) menunjukkan arah ke kanan. terus turun mengikut bunyi air dalam 5-6 minit ke bawah. dari trek, memang bunyi air tak jelas jadi perlu menurun mengikut marking yang ada. waterpoint sangat jernih dan ada kolam kecil (diameter 1 meter) yang boleh diletak botol 1.5 liter tanpa masalah.
Laluan Selatan / Pelepah Trail
[sunting | sunting sumber]Trek baru bermula dari tingkat pertama Air Terjun Sungai Pelepah Kiri (CP1). Trek bermula dari sebelah kanan Sungai Pelepah Kiri berhampiran tapak khemah, air terjun tingkat pertama terletak hanya 2-3 minit dari tapak khemah. Permulaan trek agak semak dengan pokok resam. Bearing adalah 350 darjah. Trek agak landai pada 100 meter pertama dan lama- kelamaan menjadi curam.
Pada ketinggian 500 kaki di atas paras laut (dpl) trek menjadi landai semula, disini pendaki akan melalui jalan balak lama sehingga sampai ke puncak bukit setinggi 750 kaki dpl(CP2). Puncak bukit agak lapang tapi penuh dengan resam. Dari sini pendaki akan melalui permatang bukit yang agak landai dan semakin curam hingga tiba puncak permatang setinggi 900 kaki dpl(CP3).
Trek kemudian mengikut arah Utara hingga tiba di puncak bukit setinggi 1150 kaki dpl(CP4). Dari sini pendaki perlu ikut arah Barat menuruni puncak bukit yang agak landai. Di sini pendaki dapat melihat Puncak Gunung Muntahak yang terletak di arah Utara. Pendaki perlu menuruni bukit mengikut arah Utara untuk menuju ke basecamp Sungai Pelepah Kanan (CP5) (hulu sungai ini merupakan punca Air Terjun Kota Tinggi).
Laluan ke basecamp ini paling mencabar sekali kerana kepadatan pokok yang tumpat, penuh dengan rotan hingga memaksa kami turun mengikut anak sungai kecil. Bagaimanapun laluan mengikut sungai lebih jauh kerana keadaan sungai yang berliku-liku dan terdapat banyak pokok tumbang dan pokok rotan menghalang laluan.
Kemudian pendaki akan menempuh satu kawasan paya yang berselut sebelum sampai di tepi Sungai Pelepah Kanan. Tidak terdapat air terjun atau jeram di sungai ini kerana kedudukan di kawasan yang agak rata, lebih menarik terdapat banyak pokok pandan air tumbuh subur didalam sungai. Basecamp (CP5) terletak disebelah kiri sungai. Ketinggian kawasan ini lebih kurang 650 kaki diatas paras laut (dpl). Terdapat pantai berpasir disini yang boleh didirikan khemah.
Dari basecamp ikut arah timur lebih kurang 50 meter, disini terdapat sebatang sungai kecil yang penuh dengan pokok pandan air bercantum dengan Sungai Pelepah Kanan. Pendaki perlu menyeberang sungai kecil ini dan naik ke atas tebing sungai. Trek ke puncak Gunung Muntahak bermula dari atas tebing tersebut menghala kearah Utara.
Laluan agak landai pada mulanya dan sederhana curam apabila ketinggian melebihi 750 kaki dpl. Trek masih mengikut arah Utara sepanjang laluan agak semak dengan anak pokok kayu, bertam dan rotan. Trek menjadi semakin curam apabila ketinggian mencecah 1250 kaki dpl. Terus mendaki mengikut bearing Utara sehingga sampai di atas permatang gunung pada ketinggian 1500 kaki.
Diatas permatang ini terdapat trek yang cukup terang dan luas. Dari sini untuk ke puncak gunung hanya memakan masa selama 30 minit sahaja. Ikut trek menghala arah Barat. Laluan pada mulanya agak landai dan semakin curam pada ketinggian 1750 kaki dpl. Apabila tiba di paras 2000 kaki (dpl) trek menjadi landai semula dan terus berjalan menghala arah Barat.
Apabila pendaki sampai di sebuah kawasan lapang tapi dikelilingi pokok-pokok yang agak tinggi melebihi 15 meter dan terdapat semak resam dan pokok tepus..itu tandanya pendaki telah sampai di puncak Gunung Muntahak setinggi 2080 kaki.
Puncak Gunung Muntahak
[sunting | sunting sumber]Resam & Pokok Pulai di puncak pada tahun 90an
[sunting | sunting sumber]Puncak Gunung Muntahak ditanda dengan beirut, Sumber 2008, beirut telah pun rebah tapi sisa tiang beirut masih ada di puncak gunung. Puncak gunung ini merupakan sempadan 3 mukim iaitu Mukim Ulu Sungai Johor - Mukim Ulu Sungai Sedili Besar - Mukim Kota Tinggi.
Di puncak, boleh memuatkan hampir 60 orang sekaligus. rata dan tidak berakar. cuma perlu menebas pokok resam dan semak untuk meluaskan tapak khemah.
Kawasan disini yang tiada pencemaran jadi tikus atau agas memang tiada. kalau ada agas, berhati-hati sebab menunjukkan kehadiran harimau atau babi hutan. pacat juga tidak kelihatan pada 3 trip ke sini. mungkin ada cuma tidak sebanyak tempat lain.
Pemandang sekeliling juga tidak dapat dilihat kerana dihalang oleh pokok kayu yang tumbuh melebihi 5 meter.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ekspedisi sondol gunung Sumalayang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-08-07. C1 control character in
|title=
at position 11 (bantuan)