[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Majlis Daerah Tangkak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Daerah Tangkak
مجليس دايره تڠكاق

MDT
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan1 Ogos 1976
Didahului oleh
Majlis Tempatan
Kepimpinan
Yang Dipertua
Encik Mohd Farid Bin Kassim (sejak April 2024)
Struktur
Ahli27 orang ahli majlis
Moto
Berusaha untuk Makmur
Tempat persidangan

Peti Surat No.63,
84907 Tangkak,
Ledang, Johor Darul Ta'zim
Laman sesawang
www.mdtangkak.gov.my
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Tangkak merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Tangkak, Johor Darul Ta'zim. Pada asalnya, nama daerah yang baru diwujudkan di negeri ini ialah daerah Ledang. Nama tersebut telah diambil bersempena dengan nama sebuah gunung iaitu Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor. Kemudian, pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim telah memberi perkenan nama "Tangkak" bagi menggantikan nama daerah Ledang [1].

Majlis Daerah Tangkak ditubuhkan pada 1 Ogos 1976 merupakan gabungan 9 buah Majlis Tempatan iaitu Tangkak, Kebun Baru, Sagil, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Serom, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang Ulu.

Lembaga Pengurus Tangkak

Lembaga Kesihatan Tangkak

Lembaga Bandaran Tangkak

Majlis Bandaran Tangkak

Majlis Daerah Tangkak

Pada 1 Januari 2009 Mukim Kesang telah diambil oleh Majlis Daerah Tangkak daripada Majlis Perbandaran Muar hasil daripada persempadanan semula Majlis Daerah Muar Selatan. Ini menjadikan Majlis Daerah Tangkak kini terdiri daripada gabungan 6 Mukim dan 10 buah Majlis Tempatan.

Pusat pentadbiran Majlis Daerah Tangkak terletak di Tangkak iaitu kira-kira 203 kilometer dari Barat Laut Johor Bahru (30 kilometer dari utara Bandar Muar). Pentadbirannya meliputi kawasan seluas 97,991.99 hektar dengan jumlah pegangan dianggarkan sebanyak 31,627 pada tahun 2015.

Statistik terkini jumlah penduduk Majlis Daerah Tangkak adalah seramai 132,778 orang iaitu meliputi juga seluruh Daerah Tangkak yang berkeluasan 242,142.50 ekar atau 97,991.99 hektar.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]