[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Gracula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gracula
Taburan dan kepelbagaian dalam genus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Sturnidae
Genus: Gracula
Linnaeus, 1758
Diversiti
Lihat teks
Sinonim
  • Eulabes

Gracula adalah satu genus burung Tiong dalam keluarga burung Perling yang berasal dari kawasan tropika. Ia boleh ditemui di selatan Asia dan dibawa masuk ke Florida, Amerika Syarikat.

Taksonomi dan sistematik

[sunting | sunting sumber]

Setakat ini, dua spesies telah dikenal pasti iaitu G. religiosa dan G. ptilogenys. Sebelumnya, semua Gracula dianggap tergolong dalam satu spesies yang dikenali sebagai tiong mas. Tiga sub-spesies bagi G. religiosa mungkin akan dipertimbangkan sebagai satu spesies berbeza. Dahulunya, Tiong Mas Sri Lanka dianggap sebagai satu subspesies bagi Tiong Mas Biasa, tetapi kini kebanyakan pihak berkuasa penting mengakui ia sebagai spesies yang berbeza. Begitu juga dengan Tiong Mas Enggano, Nias dan Selatan yang secara tradisinya dianggap sebagai subspesies Tiong Mas Biasa; satu tanggapan yang masih lagi terpakai bagi beberapa pihak berkuasa.

Lima spesies telah diakui:[1]

Imej Nama saintifik Nama biasa Taburan
Gracula ptilogenys Tiong Mas Sri Lanka Sri Lanka.
Gracula religiosa Tiong Mas Biasa Nepal, Sikkim, Bhutan dan Arunachal Pradesh, hilir Himalaya
Gracula indica Tiong Mas Selatan barat daya India dan Sri Lanka
Gracula robusta Tiong Mas Nias Nias dan pulau-pulau berhampiran luar pantai barat Sumatra.
Gracula enganensis Tiong Mas Enggano Pulau Enggano, barat daya Sumatra.
  1. ^ "IOC World Bird List 7.1". IOC World Bird List Datasets. doi:10.14344/ioc.ml.7.1.
  • Grimmett, Richard; Inskipp, Carol; Inskipp, Tim (1999). Birds of India. Princeton University Press. ISBN 0-691-04910-6.
  • Feare, Chris; Craig, Adrian (1999). Starlings and Mynas. Princeton University Press. ISBN 0-7136-3961-X.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]