[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Googleplex

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Googleplex
Pemandangan udara Kampus Utama Google di Mountain View, CA.
Map
DibinaJulai 2004; 20 tahun yang lalu (2004-07)
LokasiMountain View, California, Amerika Syarikat
Koordinat37°25′19″N 122°05′02″W / 37.422°N 122.084°W / 37.422; -122.084Koordinat: 37°25′19″N 122°05′02″W / 37.422°N 122.084°W / 37.422; -122.084
Alamat1600 Amphitheatre Parkway
Mountain View, CA 94043

Googleplex adalah kompleks ibu pejabat korporat Google dan syarikat induknya, Alphabet Inc. Ia terletak di 1600 Amphitheatre Parkway di Mountain View, California.

Kompleks asal, dengan keluasan pejabat 2 juta kaki persegi (190,000 meter persegi), adalah kumpulan bangunan Google kedua terbesar dari segi keluasan selepas bangunan 111 Eighth Avenue milik Google di New York City, yang dibeli oleh syarikat itu pada tahun 2010.

"Googleplex" adalah portmanteau dari Google dan kompleks (bermaksud kompleks bangunan) dan merujuk kepada googolplex, nama yang diberikan kepada nombor besar 1010100, atau 10googol.

Kemudahan dan sejarah

[sunting | sunting sumber]

Empat bangunan inti, seluas 506,317 ka² (47,038 m²), dibangun untuk dan ditempati oleh SGI. Kemudian disewa oleh Google pada 2003.[1] Pada bulan Jun 2006, Google membeli harta tanah ini dari Silicon Graphics senilai $319 juta.[2]

Googleplex terletak antara Charleston Road, Amphitheatre Parkway, dan Shoreline Boulevard di utara Mountain View, California dekat tanah lembab Shoreline Park.

Laman Googleplex

Bangunan dekat Googleplex meliputi Plaza ALZA dan Mozilla Foundation di barat; Shoreline Amphitheatre di utara; Intuit di barat laut dan Century Theatres, kompleks penyelidikan Microsoft di Silicon Valley, dan Muzium Sejarah Komputer di selatan. Lapangan Terbang Moffett terletak di timur.

Pada bulan September 2007, NASA menyatakan bahwa para pendiri Google telah mendapat kebenaran menggunakan Lapangan Terbang Moffett untuk Boeing 767 mereka dan dua Gulfstream V dengan membayar $1.3 juta dan membenarkan NASA menggunakan pesawat itu untuk kepentingan penyelidikan saintifik.

[sunting | sunting sumber]

Googleplex dipaparkan dalam filem 2013 The Internship, dengan kampus Institut Teknologi Georgia sebagai pengganti, kerana Google tidak membenarkan penggambaran di kawasan kampus atas alasan privasi.[3] Ia juga menjadi inspirasi untuk ibu pejabat fiksyen Hooli dalam siri TV HBO Silicon Valley.[4]

  1. ^ Olsen, Stefanie (2003-07-13). "Google's movin' on up". CNET News.com. CNET Networks, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-05. Dicapai pada 2007-01-04.
  2. ^ Mills, Elinor (2006-06-14). "Google buying its Mountain View, Calif., property". CNET News.com. CNET Networks, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-08. Dicapai pada 2007-01-04.
  3. ^ Jessica Guynn and Dawn C. Chmielewski (May 25, 2013). "The Internship, now starring ... Google". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada April 17, 2015. Dicapai pada April 5, 2015.
  4. ^ Donato-Weinstein, Nathan (April 17, 2014). "How HBO captured the look of 'Silicon Valley' tech office spaces". Silicon Valley Business Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2015. Dicapai pada April 5, 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 37.421844° N 122.084026° W