[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Bunga-Bunga Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bunga-bunga Cinta)
"Bunga-bunga Cinta"
Single oleh Misha Omar
daripada album Pasti Hits Adnan vs Azlan & Misha
Dilancarkan28 Julai 2002
DirakamkanMei-Jun 2002
FormatCD
GenrePop, balada, dan R&B
Panjang5:04
SyarikatBMG Music Malaysia
PenulisAdnan Abu Hassan
PenerbitAdnan Abu Hassan
Kronologi single Misha Omar
"-" "Bunga-bunga Cinta" ""Lilitan Asmara"
(2002)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Bunga-bunga Cinta" (Inggeris: "Euphoric of Love" (literal); "The Flowers of Love" (translated)) ialah lagu debut nyanyian penyanyi popular Malaysia, Misha Omar mula diperkenalkan menerusi album kompilasi Pasti Hits Adnan vs Azlan dan kemudiannya dimuatkan dalam album sulung Misha berjudul Misha pada tahun 2002.

  • Penerbit: Adnan Abu Hassan
  • Penggubah Muzik: Adnan Abu Hassan
  • Papan nada: Adnan Abu Hassan, Azlan Abu Hassan dan Syed EnV
  • Dram: Ujang
  • Bes: Eddie Marzuki
  • Mandolin : Eddie Marzuki
  • Gitar: Sham Kamikaze, Bode & Eddie Marzuki
  • Suara Latar: Adnan Abu Hassan, Azlina Abu Hassan, Teja, Samihah Omar, Sri Temenggong
  • Jururakam: Grooveworks Studio
  • Mastering: Fauzi Marzuki di Sonic Mastering Lab, Don Bartley - Studio 301, Australia

Video Muzik

[sunting | sunting sumber]

BMG Malaysia menerbitkan dua buah video muzik untuk lagu ini pada tahun 2002 dan 2003. Video yang pertama dirakamkan di Malaysia di bawah arahan Bob Hamzah dan dimuatkan dalam album karaoke pada 2003. Video rasmi lagu ini dibuat penggambarannya di Jakarta, Indonesia di bawah arahan pengarah terkenal Rizal Mantovani pada akhir tahun 2003 untuk pasaran kedua-dua negara. Ia menampilkan Misha bersama pelakon dan model terkenal Indonesia, Okan Kornelius. Video ini kemudiannya dimuatkan ke dalam akaun VEVO pada tahun 2009. Selain dua versi ini, terdapat sebuah lagi muzik video promo yang ambil daripada sedutan persembahan live Misha ketika pembukaan konsert kumpulan Westlife di Kuala Lumpur pada tahun 2002.

Video Mashup Karaoke 2002 dan 2003 dan sekali lagi dikeluarkan pada 2012 untuk versi karaoke daripada Sony Music Malaysia.

Persembahan

[sunting | sunting sumber]

Lagu ini mula dipersembahan secara langsung kepada umum ketika Konsert Jelajah Westlife pada 30 Oktober 2002. Misha kemudian menyanyikan lagu ini untuk beberapa program TV termasuk dalam persembahan segmen artis baru terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10. Pada bulan September 2003, Misha menyanyikan lagu ini dan lagu "Ayu" secara mash-up bersama kumpulan V.E di Anugerah Era 2003. Rakaman secara langsung lagu tersebut diputarkan di Radio Era. Lagu ini juga dibawa bertanding ke Anugerah Muzik Asia di Festival Muzik Asia Shanghai 2003 di mana Misha memenangi anugerah utama. Misha juga membuat persembahan lagu ini buat pertama kalinya di bawah pimpinan orkestra Ramli M.S. di Anugerah Juara Lagu ke 18, juga menyaksikan Misha bergelar juara. Ia menjadi permulaan kolaborasi di antara kedua-dua mereka. Misha juga sekali lagu menyanyikan lagu ini di pentas AJL sepuluh tahun kemudian iaitu pada tahun 2013 untuk segmen pembukaan.

Ketika berlangsungnya acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003, Biduanita Negara Sharifah Aini memberi penghormatan kepada Misha dengan menyanyikan lagu ini di segmen penutup, tetapi beliau gagal mengingati lirik lagu tersebut. Misha yang turut muncul bersama Siti Nurhaliza segera membantu Sharifah mendendangkan lagu tersebut. Persembahan tersebut menjadi permulaan episod kontroversi yang panjang melibatkan ketiga-tiga penyanyi tersebut.

Misha menyampaikan lagu ini dalam kesemua konsert solonya.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Prestasi Carta

[sunting | sunting sumber]

Lagu ini pernah menjuarai Carta Radio Muzik selama 3 minggu dan kedudukan tertinggi di dalam Carta Era adalah di tangga kedua setelah beberapa minggu disekat oleh lagu "Kesetiaan" (Sarah) dan "Mak Minah" (Triplenoize).

Petunjuk
1 Lagu nombor satu dalam carta
Carta belum diwujudkan atau ditamatkan
TD Tarik diri di peringkat pencalonan
Tahun Tajuk Posisi tertinggi
RIM MY Spotify MUZIK ERA Red
104.9
HOT Suria RIA SG Baik Banget ID MM
2002

Bunga-bunga Cinta

1 2 2 3 10 1

Kronologi Carta

[sunting | sunting sumber]
Minggu Carta
RIM MY Spotify MUZIK ERA Red
104.9
MM
11 Ogos 2002 - 18 14 -
18 Ogos 2002 15 18 11 -
25 Ogos 2002 17 16 13 -
1 September 2002 12 11 15 -
8 September 2002 8 12 12 -
15 September 2002 7 11 11 -
22 September 2002 9 4 3 -
29 September 2002 3 2 3 -
6 Oktober 2002 1 4 3 -
13 Oktober 2002 1 4 2 -
20 Oktober 2002 1 2 3 -
27 Oktober 2002 2 11 5 -
3 November 2002 4 6 6 -
10 November 2002 5 8 11 -
17 November 2002 10 9 15 -
24 November 2002 12 15 13 -
1 Disember 2002 11 15 - -
8 Disember 2002 16 11 - -
15 Disember 2002 19 18 - -
22 Disember 2002 16 19 - -
29 Disember 2002 - 17 - -
5 Januari 2003 - - - -
12 Januari 2003 - 16 - -
19 Januari 2003 - 17 - -

Penganugerahan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2003 Anugerah Industri Muzik ke-12 Lagu Terbaik Tercalon
Anugerah Era 2003 Artis Baharu Pilihan Menang
Asia New Singer Competition - Anugerah Muzik Asia Shanghai ke-6 Saringan - Top 35 Mara
Lagu Terbaik Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-18 Separuh Akhir (Balada) Mara
Vokal Terbaik Menang
Persembahan Terbaik Tercalon
Kategori Balada Menang
Juara Keseluruhan Menang
2004 Anugerah Media Hiburan Lagu Sepanjang Tahun Menang
2015 Anugerah Juara Lagu ke-30 Anugerah Qu Diva AJL Tercalon

Nafas Baru

[sunting | sunting sumber]

Versi Diandra Arjunaidi

[sunting | sunting sumber]
"Bunga-bunga Cinta"
Single oleh Diandra Arjunaidi
daripada album The Red Tour's Cornetto's Love
Dilancarkan14 April 2014
Dirakamkan2014
FormatCD
GenrePop dan jaz
Panjang5:05
SyarikatBintang Malam Entertainment
PenulisAdnan Abu Hassan
PenerbitYunalis Zarai
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada tahun 2014, penyanyi jazz Diandra Arjunaidi merakamkan semula lagu ini dalam susunan muzik yang lebih lembut untuk kempen Cornetto's Love [1].

Saduran / Pertandingan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Artis Nota
2003 Liza Akademi Fantasia 1 [2]
2004 Sharifah Aini, Siti Nurhaliza Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003
2005 Marsha Londoh , Amylea Azizan Akademi Fantasia 3
2008 Jess Lo Astro Talent Quest (Wah Lai Toi)
2011 Shila Amzah Youtube cover
2014 Hafiz Suip Segment tribute Adnan Abu Hassan Anugerah Skrin 2014
2015 Princess Pasca Ceria Popstar 3 [3]
2016 Siti Sarah Raisuddin Gegar Vaganza 3
2017 Aina Abdul Youtube cover [4]
2018 Pasya Mentor 7 [5]
2019 Mohamad Yaacob (Si Comel Miaw Miaw) dan Alyssa Rosli I Can See Your Voice Malaysia S2 - Ep 11 (Ajai) [6]
2020 Aiman & Nadja Lagu Cinta Kita 2 [7]
2023 Ziana Zain Konsert Akhir Ceria Popstar Xtra
2023 Nadeera Big Stage 4
2024 Kyuhyun Kyuhyun : Restart Asia Tour 2024[8]