[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Muzik Muzik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muzik Muzik
GenreHiburan, muzik
Pengacara
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim39
Penerbitan
LokasiSri Pentas 2, Shah Alam, Selangor
Tempoh siaran1 jam seminggu (2 Mac 1986 - 29 November 2011, 2 Februari 2013 - 31 Julai 2022)
30 minit seminggu (4 Februari - 10 November 2012, 7 Ogos 2022 - 31 Mac 2024, 3 November 2024)
10 minit seminggu (21 April 2024 - kini)
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal2 Mac 1986 – kini



Muzik Muzik ialah rancangan carta muzik mingguan terbitan TV3 di mana lagu-lagu berbahasa Melayu, gubahan komposer dan penulis lirik Malaysia, dipertandingkan untuk dinilai dan diundi para penonton. Tidak seperti rancangan carta muzik televisyen lain yang memutarkan video muzik lagu, di Muzik Muzik, penyanyi harus merakamkan persembahan secara langsung di studio.

Kini, penggambaran Muzik Muzik bertempat di Sri Pentas 2, Shah Alam. Lagu-lagu yang paling berjaya sepanjang tahun akan layak ke acara tahunan Anugerah Juara Lagu yang diadakan pada awal setiap tahun berikutnya.

Muzik Muzik yang dimulakan pada 2 Mac 1986, dua tahun selepas TV3 mula beroperasi, memasuki musim ke-39 pada tahun 2024.

Format rancangan sebelum tahun 1992 ialah juara bulanan, dan digantikan dengan tiga kategori: Pop/Rock, Balada, dan Etnik Kreatif (sebelum 2000, Irama Malaysia). Pembahagian lagu mengikut kategori dimansuhkan pada tahun 2008. Kategori Pop Kreatif dan Rock bertahan pada tahun 1992 sahaja, sebelum pada tahun 1993 digantikan dengan Balada dan Pop Rock.

Lagu-lagu yang dipertandingkan dalam Muzik Muzik tidak lagi dibahagi kepada kategori. Setiap minggu dimuatkan dengan carta dua puluh buah lagu hasil undian penonton, diiringi persembahan oleh pencalonan baru yang layak memasuki carta mulai minggu seterusnya. Penonton boleh mengundi melalui SMS atau borang undian di Internet.

Menjelang akhir setiap tahun, kesemua lagu yang dipertandingkan sepanjang tahun dihitung ketahanannya dalam carta dan bilangan lagu yang sama rata dalam setiap kategori dilayakkan ke peringkat Separuh Akhir. Ketika pusingan Separuh Akhir, kesemua lagu yang layak dipersembahkan lagi di hadapan sebarisan juri yang bakal menentukan siapa yang harus memasuki peringkat Akhir, iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL), dan sekali lagi, lazimnya bilangan lagu yang sama rata mengikut kategori dilayakkan ke peringkat AJL yang berprestij.

Tidak semestinya penyanyi asal sesebuah lagu perlu hadir untuk mempersembahkan lagu dendangannya, kerana Muzik Muzik dan AJL bertujuan memberi penghargaan kepada komposer dan penulis lirik lagu Malaysia. Dari tahun 1997 hingga 2005, semua lagu, sama ada berjaya ke Separuh Akhir Muzik Muzik atau Anugerah Juara Lagu adalah berdasarkan penyanyi asal lagu tersebut.

Pengacara

[sunting | sunting sumber]
Tahun Pengacara Penerbit
1986 Karim Muhammad
Habibah Yusof
Mohamad Lokman
Ida Nerina
Shah Rezza
1987 Nasir Rahman
Uji Rashid
Ho Kwee Leng
Azhar Borhan
1988 ND Lala
Charmaine Agustine
Zarina Jann
1989 Azwan Ali
Charmaine Agustine
Tan Guat Eyu
1990
1991 Azwan Ali
Ferry Anugerah Makmur
1992 Azwan Ali
1993 Azhar Borhan
1994 Azwan Ali
1995 Tan Guat Eyu
1996 Khairul Anuar Abdul Mutalib
Maznah Zolkifli
Azwan Ali
Azwan Ali
1997 Shamsul Ghau Ghau
Anne Hamid
Khalijah Mohamad
1998
1999 Aidil Abdul Ghaffar
Anne Hamid
2000 Khayril Benjamin
Ning Baizura
Sazzy Falak
2001 Shamsul Ghau Ghau
Linda Rafar
2002 Ary Malik Suffian Isa
2003
2004 Cheryl Samad
2005
2006
2007 Dylan Kwon
Cheryl Samad
2008 Khalijah Mohamad
2009
2010 Dylan Kwon
Cheryl Samad
Kory Char
2011
2012
2013 Feroz Faizal
Scha Al-Yahya
2014 Nurhul Huda Khalid
2015 Feroz Faizal
Nelissa Nizam
Faris Isa
Liza Khairuddin
2016 Nabil Ahmad (Era FM)

Nelissa Nizam
Juzzthin
Zooey Oh

2017 Hefny Sahad
Zooey Oh
Amyra Rosli
Haziq Hussni
Sherry Alhadad
Aida Azira Hussain/ Zamzuri Zaini
2018 Sherry Alhadad
Haziq Hussni
Awal Ashaari6
Nurhul Huda Khalid
2019
2020
2021 Daiyan Trisha
Sissy Imann7
Alif Satar
Muaz Mohamed8
Shahrizan Ghazali
2022 Sissy Imann9
Muaz Mohamed
2023 Izzue Islam Noradillah Adeed Abdullah
2024 Izzadad Khan
  • ↑Nota 1  Ferry Anugerah Makmor menggantikan Azwan Ali selama 8 bulan, termasuk beberapa episod mengacara bersama Azwan yang bertugas sebagai penolong penerbit dan penulis skrip Muzik Muzik 6[1].
  • ↑Nota 2  Azwan Ali yang juga penerbit Muzik Muzik 11 mengambil alih tugas sebagai pengacara setelah dua pengacaranya Khairul Anuar Abdul Mutalib dan Maznah Zolkefli meninggalkan Muzik Muzik sebelum tamat musim [2] [3]
  • ↑Nota 3  Sazzy Falak [4] menggantikan Ning Baizura setelah Ning digantung daripada bersiaran ekoran masalah peribadi [5]
  • ↑Nota 4  Menggantikan Fara/AG secara bergilir (beberapa episod)
  • ↑Nota 5  Menggantikan Amyra ketika cuti bersalin.
  • ↑Nota 6  Menggantikan Haziq dan Sherry yang diharuskan kuarantin (PKP) selama dua minggu pada bulan November 2020.
  • ↑Nota 7  Sissy Imann menggantikan Daiyan Trisha sebagai pengacara baharu Muzik Muzik 36 yang telah tamat kontrak selama 6 bulan.
  • ↑Nota 8  Muaz Mohamed menggantikan Alif Satar apabila bercuti atau sakit.
  • ↑Nota 9  Sissy Imann mengacarakan program ini sehingga Julai 2022.

Juara Carta Mingguan

[sunting | sunting sumber]

Lagu yang mendapat undian paling kerap di kedudukan nombor satu carta mingguan Muzik Muzik mengikut musim carta bersiaran mengikut tahun. Carta pusingan bulanan diperkenalkan sejak musim pertama dan kemudian carta undian secara mingguan mula diperkenalkan sejak musim ke-7 bagi menggantikan sistem pusingan tersebut. Beberapa lagu yang merentas musim dan mengumpul jumlah minggu kejuaraan apabila digabung kedua-dua musim tidak terpakai dalam pengiraaan ini, contohnya lagu "Puncak Kasih" menjadi Juara sebanyak 18 minggu di antara 1997 dan 1998.

1986 1987 1988 1989
1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999
2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
2020 2021 2022 2023 2024 2025 2026 2027 2028 2029

Berikut adalah senarai lagu berprestasi terbaik dalam setiap musim bermula pada musim ke-7:-

Petunjuk
Menandakan pemenang Juara Lagu Tidak Bertanding di Separuh Akhir
Tahun Lagu Kelayakan AJL Komposer Penyanyi Jumlah Minggu Juara
Finalis Menang Sebarang Anugerah
1992 "Di Alam Fana Cintamu" Ya Ya Fauzi Marzuki/ Lukhman S Kumpulan Fotograf 17
1993 "Teringin" Ya Tidak Fauzi Marzuki Shima 9
1994 "Bukan Aku Tak Cinta" Ya Tidak Umarul Kumpulan Iklim 11
1995 "Lamunan Terhenti" Ya Tidak Saari Amri Aris Ariwatan 17
1996 "Gerimis Mengundang" Ya Tidak Saari Amri Kumpulan Slam 10
"Korban Cinta" Tidak Tidak Johari Teh Ziana Zain 10
1997 "Rendang Tak Berbuah" Tidak Tidak M. Nasir/ Bob Lokman Hattan 10
1998 "Cindai" Ya Ya Suhaimi Mohd Zain Siti Nurhaliza 19
1999 "Purnama Merindu" Ya Ya Azmeer Siti Nurhaliza 16
2000 "Sha Na Na" Ya Tidak Amy Mastura Amy Mastura 13
2001 "Seandainya Masih Ada Cinta" Ya Ya Ajai/ Syed ENV Dayang Nurfaizah 11
2002 "Aladin" Tidak Tidak Tam Mustafah/Loloq Kumpulan Spider 9
2003 "Hi Hi Bye Bye" Ya Ya Edry Abdul Halim Ezlynn 8
2004 "Pulangkan" Ya Ya Ajai/Habsah Hassan/Shuhaimi Baba Misha Omar 12
2005 "Aduh Saleha" Ya Ya M. Nasir/Loloq Mawi 7
2006 "Lagu Jiwa Lagu Cinta" Ya Tidak M. Nasir/Loloq Mawi
M. Nasir
8
2007 "Sembunyi" Ya Tidak Aidit Alfian Misha Omar
Andy Flop Poppy
10
2008 "Sampai Syurga" Ya Ya Audi Mok Faizal Tahir 6
2009 "Kau Aku" Ya Ya Aizat Amdan/Anas Amdan Aizat Amdan 7
2010 "Selamat Malam" Ya Tidak Audi Mok Faizal Tahir 7
2011 "Awan Nano" Ya Ya M. Nasir / Budhi Hekayat Hafiz Suip 5
2012 "Andaiku Bercinta Lagi" Ya Tidak Edry Abdul Halim Kumpulan Mojo 5
2013 "Jagalah Dirimu" Tidak Tidak Edry Abdul Halim Jaclyn Victor 7
2014 "Mewangi" Tidak Tidak Zulkifli Majid Akim & The Majistret 4
"Apa Khabar" Ya Ya Mikael Adam Lozach/ Joe Flizzow Joe Flizzow & SonaOne 4
2015 "Assalamualaikum" Ya Ya Faizal Tahir Faizal Tahir 7
2016 "Hidup Dalam Mati" Tidak Tidak Syamel / Edry Abdul Halim Syamel 6
2017 "Luluh" Ya Tidak Khai Bahar Khai Bahar 5
2018 "Dia" Tidak Tidak Omar K / Hael Husaini/ Ezra Kong Dayang Nurfaizah 5
"Selamat Tinggal Sayang" Tidak Tidak Ridzuan Haqim Rusli Haqiem Rusli 5
2019 "Dinda" Ya Tidak Ali Sariah Kugiran Masdo 7
2020 "Aku Bidadari Syurga Mu" Ya Tidak Ippo Hafiz / Siti Rosmizah Siti Nurhaliza 7
2021 "Mimpi" Ya Ya Ridzuan Haqim Rusli / Zaidah Awang Haqiem Rusli 8


Separuh Akhir Muzik Muzik

[sunting | sunting sumber]

Separuh Akhir Muzik Muzik mula diperkenalkan pada edisi ke-7 pada tahun 1992 setelah kategori terbuka diubah kepada kategori berasaskan genre muzik iaitu Balada, Pop Rock dan Irama Malaysia/Etnik Kreatif. Ia bagi membolehkan 10 buah lagu mewakili setiap genre bertanding bagi merebut empat kerusi yang layak ke peringkat akhir. Pada edisi ke-24, penganjur kembali menggabungkan semua kategori menjadi terbuka namun separuh akhir masih dijalankan dengan memilih 30 buah lagu yang mempunyai merit yang cukup dalam carta untuk bersaing secara berperingkat selama tiga minggu bagi merebut tempat sebagai 12 atau 14 (bergantung kepada juri) lagu yang layak ke peringkat akhir. Keputusan diumumkan pada minggu ketiga pertandingan.

Kebiasaannya Separuh Akhir Muzik Muzik dijalankan pada pusingan mingguan ke-50 iaitu pada bulan November (kemudian pada bulan Disember pada tahun 2021 (kecuali pada tahun 2022)) setiap tahun (kecuali 2000 dan 2003 di mana ia diadakan pada pertengahan Oktober). Ia membolehkan finalis yang layak ke peringkat akhir membuat persiapan dalam tempoh hampir dua bulan sebelum acara Anugerah Juara Lagu. Separuh Akhir Muzik Muzik biasanya dihoskan oleh pengacara Muzik Muzik pada musim tersebut.


Perkembangan terkini

[sunting | sunting sumber]

Untuk tahun 2016, bersempena dengan tahun ke-31, rancangan Muzik-Muzik memperkenalkan konsep showcase. Dengan konsep ini, lagu terbaik sepanjang bulan akan terpilih ke Separuh Akhir Muzik Muzik secara automatik.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]