[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Bahasa Sango

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sango
yângâ tî sängö
Asli kepadaRepublik Afrika Tengah, Chad, Republik Demokratik Congo
Penutur bahasa
450000
jumlah 1.6 juta
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Republik Afrika Tengah
Kod bahasa
ISO 639-1sg
ISO 639-2sag
ISO 639-3sag

Sango (AFA: /jáŋɡá tí sāŋɡō/) ialah suatu bahasa campuran di Republik Afrika Tengah dan merupakan bahasa utama yang ditutur di negara itu.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Beberapa ahli linguistik, seperti William J. Samarin, mengelaskan bahasa ini sebagai bahasa campuran berasaskan Ngbandi. Salah 1 jenis Sango digunakan sebagai lingua franca di sepanjang Sungai Ubangi sebelum penjajahan Perancis pada akhir 1800-an.[1] Sango diggunakan secara meluas di Republik Afrika Tengah dengan seramai 350000 penutur berdasarkan bancian pada tahun 1970. Kajian oleh Taber menunjukkan bahawa hampir 490 perkataan asli Sango merangkumi 90% bahasa basahan ini.

Sango vowels[2]
  Vokal biasa Vokal sengauan
Depan Belakang Front Back
Sempit i u ĩ ũ
Separuh sempit e o    
Separuh luas ɛ ɔ ɛ̃ ɔ̃
Luas a ã
Sango consonants[3][2]
  Dwibibir Bibir-gigi Gusi Lelangit-gusi Lelangit Velar Bibir-velar Glotis
Letupan p  b  (ɓ)   t  d     k  ɡ k͡p  ɡ͡b
Konsonan pra-sengauan ᵐb (ᶬv) ⁿd ⁿz nj ᵑɡ ᵑ͡ᵐɡ͡b
Sengauan m   n      
Geseran   f  v s  z       h
Malaran tak geser       l  r j w

Tatabahasa

[sunting | sunting sumber]

Struktur suku kata ialah KV secara umumnya. Sango mempunyai 3 nada asas dengan nada kontur juga muncul, umumnya pada kata pinjaman dari Bahasa Perancis.

Sango ialah bahasa isolatif dengan urutan kata SVO seperti Bahasa Inggeris. Sango pada mulanya ditulis pendakwah Perancis, dan gaya bahasa Katolik dan Protestan berbeza sedikit. Sango dianggap sangat mudah dipelajari secara peliknya.

  1. ^ Karan (2006, 12.1 Sango: language of wider communication and of the churches)
  2. ^ a b Karan (2006, 12.5 The phonology of Sango)
  3. ^ Walker & Samarin (1997)