[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Bahasa Karelia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Karelia
karjala
Asli kepadaRusia dan Finland
KawasanKarelia
Penutur bahasa
118,000
Kod bahasa
ISO 639-2krl
ISO 639-3krl
ELPKarelian

Bahasa Karelia merupakan sebuah bahasa yang berkait rapat dengan Bahasa Finland. Bahasa Karelia dituturkan terutamanya di Republik Karelia, Rusia. Loghat-loghat yang dituturkan di Karelia Finland (Karelia Utara dan Karelia Selatan) tidak dikira sebagai loghat Bahasa Karelia tetapi sebagai loghat Bahasa Finland.

Bahasa Karelia ialah sebuah bahasa Finno-Ugrik, dan dibezakan dengan Bahasa Finland dengan beberapa tambahan penting terhadap fonologi dan kekurangan pengaruh daripada Bahasa Finland moden abad ke-19 dan abad ke-20. Bahasa ini tidak boleh diklasifikasikan saja sebagai sebuah loghat Bahasa Finland dengan pengaruh Bahasa Rusia, kerana bahasa ini ada inovasi asalnya dan bahasa ini mungkin agak banyak berbeza daripada Bahasa Finland. Tiadanya Bahasa Karelia piawai, walaupun baru-baru ini pihak berkuasa Republik Karelia cuba memulakan kerja pemiawaian. [1] Setiap penulis menulis Bahasa Karelia dalam loghat sendiri. Tulisan yang digunakan ialah tulisan Rumi yang digunakan untuk menulis Bahasa Finland.

Dalam rencana ini, Karelian mewakili dilek dari Karelia Russia. Bagaimanapin, dalam penggunaan di Finland, Karelian kebanyakannya merujuk kepada dilek bagi 420,000 pelarian dari semenanjung Karelian dan bahagian lain Karelia Finland yang diduduki semula di apa yang tinggal dari Finland selepas Perang Dunia II. Dilek ini dipengaruhi oleh penghijrahan beramai-ramai, kebanyakannya dari Savonia, selepas perluasan Alam Sweden (Realm of Sweden|) Lutheran pada kurun ke-17, sejauh sehingga Ingria. Dengan itu sempadan linguistik antara (Ortodox Russia) Karelia Russia dan (Lutheran) Karelia Finland kemungkinannya lebih menonjol berbanding antara Karelia Finland dan Savonia. [2] Hari ini, dilek ini tertumpu epada bandar di Selatan Karelia kawasan Finland, di mana ramai pelarian tertumpu.

Karelian dipertutur di Republik Karelia, Russia dan juga sehingga 5,000 penutur di Finland.

Variasi Karelian mempunyai tiga cabang utama:

  • Karelian Proper
    • Karelian Utara
    • Karelian Selatan
  • Karelian Olonet (atau Livvi)
  • Bahasa Ludic

Bahasa Ludic atau dialek (Luudi, Lyydi, atau lüüdi dalam bahawa mereka sendiri) kadang kala dikelaskan sebagai dialek bahasa Veps.

Bahasa Finland dan Karelian ditekan dan diharamkan semasa Penghapusan Agung Stalin. Karelian di anggap sebagai dialek Finnish dan dengan itu tidak ditulis sebelum zaman Soviet. Soviet mencipta beberapa piwaian Cyrillic, kesemuanya gagal, akhirnya disebabkan penindasan Stalin pada Karelians sebagai "tidak diingini".

Pada hari ini Republik Karelia (satu dari Persekutuan Russia) menganggap Karelian sebagai dialek Finland. Finland, dan bukannya Karelian, merupakan bahasa rasmi kedua Karelia dari Perang Musim Sejuk 1940 sehingga 1980-an[3], apabila perestroika bermula. Sejak akhir 1990-an terdapat usaha bagi meluluskan legislatif bahasa khas, yang akan memberikan Karelian status rasmi. Finnish turut dicadangkan sekali lagi sebagai bahasa rasmi kedua bagi repbulik inu, tetapi cadangan ini tidak pernah dilaksanakan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ http://www.gov.karelia.ru/News/2006/12/1226_07_e.html
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-06-02. Dicapai pada 2008-03-01.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-23. Dicapai pada 2008-03-01.

Templat:Finno-Ugric languages