[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Bahasa-bahasa Karib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahasa-bahasa Karib ialah keluarga bahasa asli di timur laut Amerika Selatan. Taburannya adalah seluruh utara Amerika Selatan, dari muara Sungai Amazon ke Pergunungan Andes Colombia, dan ia juga dituturkan oleh kelompok-kelompok kecil di tengah Brazil. Bahasa-bahasa keluarga Karib agak rapat hubungannya antara satu sama lain. Terdapat kira-kira 40 bahasa dalam keluarga bahasa ini, tetapi kebanyakannya hanya dituturkan oleh beberapa ratus orang. Bahasa Macushi adalah satu-satunya bahasa antaranya yang mempunyai banyak penutur, dianggarkan 30,000 ramainya. Keluarga bahasa Karib terkenal dalam kalangan ahli bahasa kerana satu bahasa dalam keluarganya—Hixkaryana—mempunyai susunan kata lalai objek–kata kerja–subjek. Sebelum penemuan ini, ahli bahasa percaya bahawa susunan ini tidak wujud dalam mana-mana bahasa semula jadi yang dituturkan.

Pada abad ke-16, penempatan Karib mula berkembang ke Antillen Kecil. Di sana mereka telah membunuh atau memaksapindahkan, dan juga bercampur dengan orang-orang Arawak yang sudah mendiami pulau-pulau itu. Bahasa yang terhasil—bahasa Kalhíphona atau Karib Pulau— ialah suatu bahasa Karib pada nama tetapi intinya bahasa Arawak. Penakluk-penakluk Karib lelaki mengahwini wanita Arawak, kemudian menurunkan bahasa mereka kepada anak-anak mereka. Buat satu ketika, bahasa Arawak dituturkan oleh wanita dan kanak-kanak dan Karib oleh lelaki dewasa, tetapi apabila setiap generasi kanak-kanak lelaki Karib-Arawak mencapai dewasa, bahasa Karib mereka semakin sedikit diperoleh sehingga hanya kosa kata asas dan beberapa unsur tatabahasa yang tinggal. Bentuk bahasa Karib Pulau itu telah pupus di Antillen Kecil pada tahun 1920-an, tetapi ia diturunkan sebagai bahasa Garífuna, atau "Karib Hitam," di Amerika Tengah. Perbezaan gender hanya tinggal dalam segelintir perkataan sahaja. Dominika adalah satu-satunya pulau di timur Karibia yang masih ada populasi dari zaman pra-Columbus, keturunan Orang Asli Karib, kira-kira 3,000 daripadanya tinggal di pantai timur pulau itu.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Anselmo, L.; Gutiérrez Salazar, M. (1981). Diccionario Pemón. Caracas: Ediciones CORPOVEN.
  • Camargo, E. (2002). Léxico bilingüe aparai – português / português – aparai. (Languages of the World: Dictionaries, 28.). München: Lincom Europa.
  • Courtz, H. (2008). A Carib Grammar and Dictionary. Toronto: Magoria Books.
  • Gildea, S. Payne, D. (2007). Is Greenberg's “Macro-Carib” viable? Boletim do Museu Paraense Emílio Goeldi Ciências Humanas, 2:19–72.
  • Girard, V. (1971a). Proto-Carib phonology. Berkeley: University of California at Berkeley. (Doctoral dissertation).
  • Mattei-Müller, M. (1994). Diccionario ilustrado Panare-Español con índice español-panare. Caracas: Comisión Nacional Quinto Centenario.
  • Pet. W. J. A. (1987). Lokono Dian: the Arawak Language of Suriname: A Sketch of its Grammatical Structure and Lexicon. Ithaca: Cornell University. (Doctoral dissertation).
  • Puig, M. M. P. (1944). Diccionario de la Lengua Caribe Cuna. Panamá: La Estrella de Panamá.
  • Vitorino, M. M. (1991). Dicionário bilíngüe Wai-Wai/Português, Português/Wai-Wai. Boa Vista: Missão Evangélica da Amazônia.