[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Ahli farmasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alu dan lesung merupakan simbol andatabangsa bagi ahli farmasi dan farmasi.

Ahli farmasi, juga dikenali sebagai farmasis adalah penjaga kesihatan profesional yang bekerja di farmasi, bidang sains kesihatan yang menumpu pada kegunaan ubat-ubatan secara berkesan dan selamat. Peranan ahli farmasi telah bertukar dari peranan pemberi "jilat, tampal, dan tuang" klasik (iaitu, "jilat & tampal label, mengira pil dan menuang cecair"), kepada ahli bersepadu bagi pasukan penjaga kesihatan yang terbabit secara langsung dengan penjagaan pesakit.[1][2] Ahli farmasi melalui pendidikan tahap universiti bagi memahami mekanisma biokimia mengenai tindakan dadah, kegunaan dadah, dan peranan terapeutik, kesan sampingan, potensi tindak balas dadah, dan parameter pemantauan. Ini digabung dengan anatomi, fisiologi, dan patofisiologi. Ahli farmasi menafsir dan menjelaskan pengetahuan khususu ini kepada pesakit, interpret and communicate this specialized knowledge to patients, doktor , dan pembekal penjagaan kesihatan yang lain.

Selain syarat perlesenan, negara berlainan memerlukan ahli farmasi memiliki samada Ijazah Farmasi atau ijazah Doktor Farmasi.

Farmasi (bahasa Inggeris: pharmacy, berasal daripada perkataan Greek φάρμακον, pharmakov yang bermaksud dadah) merupakan kerjaya kesihatan yang melibatkan penyediaan, peramuan, penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat-ubatan serta membekal maklumat tentang ubat.[1] Seorang ahli farmasi juga bertugas menjamin penggunaan ubat-ubatan dengan selamat.[2] Peranan ahli farmasi yang lebih tradisional membabitkan penyediaan dan pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut prespkripsi doktornya. Namun, peranan ini telah berkembang kepada perkhidmatan klinikal, kajian semula ubatan dan pemberian maklumat tentang ubat.


  1. ^ A Situational Analysis of Human Resource Issues in the Pharmacy Profession in Canada. Human Resources Development Canada, 2001. Accessed 15 July 2011.
  2. ^ MedScape News, Preceptors' Perspectives on Benefits of Precepting Student Pharmacists, accessed 15 July 2011.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]