Agensi Kawalan Sempadan Malaysia
Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Jawi: اݢينسي کاولن سمڤادن مليسيا ) atau AKSEM ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang mengawal jalan masuk dan keluar Malaysia daripada aktiviti haram seperti penyeludupan, pendatang tanpa izin, dan pemerdagangan manusia.[1][2] Ditubuhkan pada 2015, agensi ini dikendalikan lebih kurang 10,000 pegawai dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).[3][4]
Pada tahun 2021, AKSEM diletakkan sepenuhnya di bawah kawalan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM sebagai langkah memperkasa fungsi agensi ini.[5] AKSEM dibubarkan pada tahun yang sama.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Agensi Kawalan Sempadan Malaysia ditubuhkan pada 29 Disember 2017 melalui pewartaan Akta Aksem 2017 (Akta 799) dengan keanggotaan oleh PDRM, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Pada 1 Januari tahun berikutnya, AKSEM menerima tugas sebagai sebuah agensi kerajaan Persekutuan di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.[6]
Pada 12 Mac 2021, sebuah mesyuarat oleh jemaah menteri telah bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula AKSEM ke dalam PDRM.[7] Pada 30 Jun pula, pembubaran AKSEM diumumkan dengan tugas pengawalan sempadan negara diambil alih oleh PDRM. Penstrukturan semula kepada PDRM ini dijalankan secara berperingkat sehingga 30 September tahun yang sama.[8] Setelah penstrukturan semula ini selesai, Akta 799 bakal dimansuhkan.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Prashanth Parameswaran (18 September 2015). "Malaysia Eyes New Border Security Agency". The Diplomat. Dicapai pada 19 April 2016.
- ^ Aizyl Azlee (2 November 2015). "Government introduces new Border Security Agency to curb smuggling". The Malay Mail. Dicapai pada 19 April 2016.
- ^ "DPM: UPP to be upgraded to Border Security Agency". Bernama. The Borneo Post. 18 September 2015. Dicapai pada 19 April 2016.
- ^ "GOF to reinforce state's Border Security Agency". The Borneo Post. 1 February 2016. Dicapai pada 19 April 2016.
- ^ Mohd Iskandar Ibrahim; Safeek Affendy Razali (25 Mac 2021). "AKSEM di bawah PDRM perkasa kawalan sempadan - PM". Berita Harian. Dicapai pada 24 April 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Nor Azizah Mokhtar (30 Jun 2021). "AKSEM dibubar, PDRM ambil alih kawalan sempadan". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2021. Dicapai pada 1 Julai 2021.
- ^ Bernama (30 Jun 2021). "AKSEM dibubar, tugas diambil alih PDRM- Hamzah". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2021. Dicapai pada 1 Julai 2021.
- ^ Bernama (30 Jun 2021). "Aksem dibubarkan, tugas diambil alih PDRM". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2021. Dicapai pada 1 Julai 2021.
- ^ "Aksem dibubarkan, tugas diambil alih PDRM: Hamzah". Sinar Harian. 30 Jun 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2021. Dicapai pada 1 Julai 2021.