6 Januari
Penampilan
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
6 Januari merupakan hari keenam dalam takwim Gregorius. Tinggal 359 hari (atau 360 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Teofani (Kristian);
- Hari Angkatan Tentera di Iraq.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1066 - Harold Godwinson dinobatkan sebagai Raja England.
- 1205 - Philip dari Swabia menjadi Raja Rom.
- 1449 - Constantine XI Palaiologos dinobatkan sebagai Maharaja Byzantine di Mistra, yang terakhir sebelum Kejatuhan Constantinople.
- 1535 - Francisco Pizarro mengasaskan kota Lima, Peru.
- 1494 - Misa pertama di Dunia Baru disambut di La Isabela, Hispaniola.
- 1540 - Raja Henry VIII dari England berpermaisurikan Anne dari Cleves.
- 1579 - Kesatuan Atrecht ditandatangani.
- 1649 - Parlimen Rump mengundi agar Charles I menhadapi perbicaraan mahkamah.
- 1661 - Thomas Venner dan Pendukung Sistem Pemerintahan Beraja Kelima gagal dalam percubaan mereka merampas London daripada kerajaan baharu Charles II.
- 1690 - Joseph, anakanda Maharaja Leopold I, menjadi Raja Roman.
- 1720 - Jawatankuasa Penyiasatan Rancangan Laut Selatan menerbitkan hasil siasatannya.
- 1781 - Dalam Pertempuran Jersey, pihak British menumpaskan cubaan terakhir Perancis untuk menceroboh Jersey.
- 1838 - Samuel Morse (gambar) dan pembantunya Alfred Vail berjaya menguji telegraf elektrik buat pertama kali, di Morristown, New Jersey, A.S.
- 1853 - Bakal Presiden Amerika Syarikat Franklin Pierce sekeluarga terlibat dalam kemalangan kereta api berhampiran Andover, Massachusetts.
- 1870 - Musikverein (Vienna) dilancarkan.
- 1887 - `Abd-allah II dari Harar melancarkan Pertempuran Chelenqo dengan serangan terhadap kem tentera Shewa pimpinan Najasyi Menelik II.
- 1893 - Gereja Besar Kebangsaan Washington dipiagamkan oleh Kongres Amerika Syarikat. Piagamnya ditandatangani oleh Presiden Benjamin Harrison.
- 1900 - Puak Boer menyerang Ladysmith, Afrika Selatan - lebih 1,000 orang terkorban.
- 1907 - Maria Montessori membuka sekolah dan pusat jagaan hariannya yang pertama, untuk kanak-kanak kaum buruh di Rom, menggunakan falsafah pendidikan sendiri.
- 1912 - New Mexico diterima sebagai negeri Amerika Syarikat yang ke-47.
- 1912 - Ahli geofizik Jerman Alfred Wegener mengemukakan teori hanyutan benuanya.
- 1929 - Raja Alexander dari Serb, Croat dan Slovene memansuhkan perlembagaan negaranya dan memperkenalkan pemerintahan diktator.
- 1929 - Ibu Teresa tiba di Calcutta untuk memulakan usaha membantu golongan termiskin dan teruzur di India.
- 1930 - Perjalanan kereta berenjin diesel sulung dihabiskan (dari Indianapolis, Indiana, hingga Bandar Raya New York).
- 1931 - Thomas Edison menghantar permohonan paten yang terakhir.
- 1940 - Hukuman mati beramai-ramai dijalankan oleh pihak Jerman terhadap orang Poland di bandar raya Poznań, Warthegau.
- 1942 - Pan American Airlines menjadi syarikat penerbangan komersial pertama yang menjadualkan penerbangan antarabangsa.
- 1950 - United Kingdom mengiktiraf Republik Rakyat China. Republik China memutuskan hubungan dengan UK sebagai balasannya.
- 1978 - Mahkota St. Stephen, Mahkota Suci Hungary, dikembalikan ke Hungary dari Amerika Syarikat yang menjadi tempat persembunyiannya selepas Perang Dunia Kedua.
- 1980 - Permulaan epok pertama Sistem Kedudukan Sejagat.
- 1995 - Kebakaran mencurigakan di sebuah rumah pangsa di Manila menyebabkan terhalangnya Komplot Bojinka, pelopor untuk serangan 11 September 2001.
- 2004 - Jaya Bharata Jananiya Tanujate dijadikan lagu rasmi negeri Karnataka.
- 2005 - Pembunuhan Pejuang Hak-hak Awam Mississippi: Edgar Ray Killen ditahan sebagai suspek pembunuhan tiga orang pejuang Hak Awam pada tahun 1964.
- 2008 - Rali Dakar 2008 dibatalkan setelah 4 pelancong dibunuh di Mauritania.
- 2011 - Kajian Andrew Wakefield yang mengaitkan autisme dengan vaksin MMR diisytiharkan satu penipuan oleh jurnal perubatan British BMJ.
- 2019 - Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 yang menjadi pertama dalam sejarah monarki Malaysia.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1929 - Babrak Karmal, Perdana Menteri Afghanistan ke-12
- 1953 – Malcolm Young, penulis lagu dan pemain guitar dari Australian singer-songwriter, guitarist, and producer (m. 2017)
- 1954 – Yuji Horii, pereka permainan video dari Jepun, pencipta Dragon Quest
- 1955 - Rowan Atkinson, seorang pelawak
- 1960 – Nigella Lawson, penulis dan chef dari England
- 1966 – Attilio Lombardo, Italian footballer and manager
- 1967 – A. R. Rahman, penggubah dan pemain muzik dari India
- 1981 – Rinko Kikuchi, pelakon dan pengarah filem dari Jepun
- 1982 – Eddie Redmayne, pelakon dan model dari England
- 1984 – Kate McKinnon, pelakon dan pelawak dari Amerika Syarikat
- 1986 – Jannat, penyanyi dan pelakon wanita Maghribi dan Mesir
- 1992 – Amanda Rigby, pelakon wanita Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 429 - Honoratus, uskup dan santo (l. 350)
- 664 - 'Amr ibn al-'As, jeneral dan Sahabat Nabi (l. 583)
- 1693 - Mehmed IV, Sultan Uthamniyah (diputerakan 1642)
- 1852 - Louis Braille, pendidik dari Perancis, pencipta Braille (l. 1809)
- 1884 - Gregor Mendel, pakar genetik dan botani dari Czechia (l. 1822)
- 1918 - Georg Cantor, German mathematician and philosopher (l. 1845)
- 1919 - Theodore Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat ke-26
- 1972 - Chen Yi, jeneral tentera dan politikus, Menteri Luar Negeri Republik Rakyat China ke-2 (l. 1901)
- 1984 - Ernest Laszlo, pakar sinematografi dari Hungary (l. 1898)
- 1990 -Pavel Cherenkov, ahli fizik dan cendekiawan dari Rusia, pemenang Hadiah Nobel (l. 1904)
- 2017 - Om Puri (66 tahun), seniman veteran Bollywood di India.